HOME

Adakah kamu sedar bila waktu yang tepat kamu akan terlelap.....

Pada mulanya aku mahu menulis tentang perkembangan semasa didalam penulisan ku. Tentang idea ideology terkini. Tapi tiada apa yang aku mahu tuliskan dan aku banyak menulis cerita hidupku. Jadi aku mahu cerminkan diri ku disini. Aku mahu ikhlas. Aku semuanya semulajadi. Aku tidak mahu menjadi hipokrit disini. Biar dilepaskan semua nya disini. Sekarang ini aku banyak memikirkan tentang hal yang remeh-temeh. Perkara yang aku benci semuanya bermain difikiran ku. Terngiang-ngiang di otak. Jam sudah 3.30am tapi aku masih tidak tidur. Dan aku mesti bangun awal hari ni. Bnayak perkara yang terngiang-ngang dalam benak ku ini. Hati ku runsing. Jiwa ku kacau. Semuanya tidak tentu arah. Terfikir tentang masalah yang tidak pernah selesai, duit yang sentiasa habis, kawan yang sentiasa menyusahkan, soulmate yang terpah muncul-muncul. Aku terus terfikir. Semuanya datang bila aku mahu melelapkan mata. Sdang aku sungguh penat hari ni.memandu sejauh 110km. menolong orang untuk kenduri kahwin. Tapi, bila aku mahu tidur malam ini ? aku tidak boleh. Lalu aku menulis sesuatu diruangan bodohku ini untuk melepaskan apa yang terpendam. Apa yang aku fikirkan ? Honda Accord,Juara, Wira, Kembara, Adik aku memancing dapt 3 ekor ikan haruan yang besar dengan menggunakan umpan cacing, pergi ke pekan sabak bernam dengan menggunakan kereta hanya untuk membeli sebuku roti dan kaya. Adakah perempuan yang kahwin tadi masih dara lagi ? (aku tidak mahu mengulas lelebih), Minyak motor belum isi lagi sedangkan aku tak tidur lagi, kalau lah aku lewat esok. Mampus. Kenapa filem porno melayu semakin banyak sekarng ini. Sentiasa up-to-date. Ahli parlimen Jasin yang mengatakan terlalu banyak perkataan english di melayukan (ya, aku setuju), Kawan aku nak tolak baju burberry rm15 dengan condition yang cantik (tapi dah ada orng booking).Adakah jodoh aku pada umur 25. lagu radja patah hati (walaupun aku tak suka band ini). Blogger semakin mengancam kerajaan?. Bila pilihanraya?. Kalaulah aku boleh hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Mpv ke Honda accord. Kenapa panas sangat malam ni, Kenapa dia dah dapat kad ? aku tak dapat lagi. Dan sampai bila aku terus beremosi begini ?. kematian. Bajet bulan ni cukup-cukup makan. Aku akan terus bergini sampai ada seseorang yang memahami dan mendalami diri ini. Aku terus terfikir siapakah si dia itu ? Akhirnya aku terlelap… zzzz

buang semua EMOSI di sini....

ya aku tak mahu beremosi disini lagi. mari kita bercerita. ha tadi aku pergi makan dekat dengan tempat kerja. aku makan nasi+ayam+ikan.. fuhh memang sedap ! murah lak tu rm2.50 je. tengah aku melayan makanan tu, aku terperasan seseorang. Eh macam kenal la mamat ni... sekali kawan aku la masa kecik-kecik dulu.. fuh sekarang badan diaa... macam umur 32 tahun. padahal dulu cekeding je macam aku. sembang punya sembang dia kerja kat kilang buat rokok kat p.j. dan hulur la rokok sebatang kat aku. aku pun hisap. dah abes sembang pasal kerja. sekali dia tanya aku 'Jang, ko tau kan ? aku dah kawin bulan 5 hari tu" Ya Allah.. terkejut aku ! dulu sikit punya nakal macam aku sekarang dah nak jadi bapak.. baru malam tadi dia pergi cek kat doktor yang isterinya dah mengandung 1 bulan. Alhamdullilah. seronok aku dengar kawan-kawan semua dah berjaya dalam hidup. patut la badan dia semakin besar. hati senang rupanya. Ni tak lama lagi, kawan aku nak bersanding bulan depan. Lagi bulan 2 ni pun ada. Yang baru lepas bertunang pun ada. Siap tak mahu cincin. nak rantai atau gelang !! fuhh. Yang kahwin lari kat siam pun ada ! siap pinjam duit orang rm250.00 lepas tu lari pergi siam ! Masyaallah.. "JANGAN LA MACAM TU KAWAN ! SABAR LA SIKIT." Mana-mana yang dah lepas kahwin tu, semoga berbahagia la ye.. (aku cemburu sebenarnya! haha)Macam-macam karenah kawan-kawan aku ni. sekarang aku menunggu, mana la tahu ada lagi jemputan mengejut dari kawan-kawan lain. jadi get ready for the surrrpppriiiseee !! haha Eeii bila la turn aku agaknye ya.. haha sabar je la kan.

mana perginya semua keikhlasan kamu ?

mendengar lagu radiohead sambil mengupdate blog sungguh menyilukan. terasa bagai terluka di langit-langit. mendengar karma polis seperti menanti sesuatu yang perit tetapi menjadi sebaliknya.berlari-lari mencari orang adalah seperti berjalan tanpa hala tuju. kemana kamu hendak pergi ? lalu terkejut dan menjawab "maaf encik saya mahu berjalan kehadapan" dia tidak tahu kemana. tapi hala tujunya satu. kedepan. apabila permintaan tidak ditunaikan ia merengek lalu menangis, eh tapi kenapa tidak keluar air mata ? mulutnya bising bagai makcik yang dicuri pasu bunganya. mood yang hilang bagai kita menaik tangga ke tingkat 15. ianya sungguh memenatkan. semuanya akan berlaku apabila kita sedih. kita akan menusuk pisau ke hati dan kita akan berasa pedih, tetapi mengapa tak berdarah ? otak hari-hari berfikir mencari idea bagaimana caranya untuk menghilangkan semua. tapi hati yang tertusuk tadi akan terus berdarah. tapi mana darahnya ya ?

meniti hari-hari yang mendatang.......

yayya.. selepas raya nih rutin kembali seperti biasa. kerja, makan, minum, tido, tengok tv. dan kembali membuat dosa. ya itu lah realitinya. Sama seperti ku, banyak dosa yang aku lakukan apabila ramadhan menghilang. aku banyak tidak mengotakan kata-kata ku. mungkir janji kepada kawan-kawan ku. menipu ! huh semua salah aku. aku tidak lagi seperti dahulu. aku sudah tidak lagi sporting seperti dahulu, tidak lagi tahu gelak tanpa punca, tiada la hiruk pikuk ketawa, hanya cerita-cerita masa depan saja yang aku ku bincangkan. aku tidak mahu bercerita benda yang tidak berfaedah. aku tidak suka. tapi realitinya aku tidak lah seserius ini. cuma hanya seketika saja. aku masih merindukan zaman remajaku. zaman kegemilangan ku. dan baru-baru ini aku terkena juga dengan tabiat ku yang tidak menunaikan kata-kata, baru aku tahu betapa sakit hati apabila seseorang membuat perkara itu kepada aku. memang sakit hati !! (p/s sorry banyak-banyak untuk teddy, kerana tak pergi rumah dia hari tu. aku penat sangat. aku minta maaf) dan aku tidak mahu lagi membuat sebarang janji apa-apa. biar aku sendiri menjalani hidup ini. tiada teman untuk berbicara, meluahkan perasaan, apa-apa saja, hati aku kosong. dan dari itu aku belajar mengenal siapa diriku. dengan kembalikan diri kepadaNya. aku sedar aku hanya hamba. bila aku fikir kembali aku ini adalah antara orang-orang munafik. dan orang munafik ni adalah antara orang yang di muarakai oleh tuhan, dan aku tak nak di murkai oleh tuhan. jadi aku akan cuba tidak melakukannya lagi. sekarang aku banyak meluangkan masa bersama keluarga ku. bersama ibu bapa, adik beradik. melayan karenah nya. haha dan aku menjadi semakin tua. dan menulis cerita untuk orang-orang tua. mengapa ? kerana aku sudah puas untuk remaja.

Apabila Syaitan Dikeluarkan Semula....

aku menjadi malas untuk mengupdate blog ini.. huh tak ada mood untuk menulis. mungkin tiada apa yang untuk di kongsi, tiada idea, tak kan aku nak buat cerita bodoh ?, tak style la tulis cerita yang tak best, apa lagi.. semua nak orang tengok. semua nak nampak macam best. padahal ???? apa yang best ?? semua tak BEST. Ahh Itu semua karut, aku hanya mahu keikhlasan dalam ini. aku tidak mahu apa-apa selain dari itu. Kenapa aku menjadi serius kebelakangan ini ? berfikir macam orang yang berumur 32 tahun ? Ohh aku terpengaruh dengan perangai kawan ku, aku terpengaruh dengan perangai nya yang lebih matang dan serius, konon-kononnya aku mahu jadi matang.. tapi aku try... last-last aku rasa bosan dengan kematangan itu. mungkin kematangan nya tidak sesuai dengan peringkat umur ku. eh tapi dia sebaya dengan ku. apa lagi ini ? aku pun tidak faham.. mungkin memang sifatnya yang begitu dan lain dengan cara aku sendiri yang boleh bertukar-tukar menjadi seseorang lain. dengan itu aku cuba mencari diri ku sendiri, macammana aku nak kenal diri sendiri ni ? tak kan dengan mengikut nafsu aku boleh kenal diri sendiri ? jika begitu, habis la aku. semua aku mahu. emmm adakah aku sudah matang ? apa itu matang ? (aku pun tak tahu jawapan nya) arrghhh help me. mungkin aku baru mahu bertukar dari remaja ke dewasa. perasaan remaja itu ingin hilang dari diri ku. lalu aku memberontak di hati. mengatakan itu tipu. tapi aku sedar. pergerakan semakin perlahan. tutur kata semakin teratur. semuanya sudah perlahan. keriangan perlahan-lahan hilang. gelak ketawa kerana terpaksa. semuanya terpaksa. termasuk lah nak update blog ini. adakah itu dinamakan dewasa ?

Selamat menyambut hari raya "maaf zahir & batin"

"Hari Raya ku adalah begini"

am i commited ?

“Love is a feeling you feel when you feel you’re feeling a feeling you never felt before.” Sounds profound, doesn’t it? I quoted it for years until I thought about the first time I received an electric shock. That was a feeling I’d never felt before, but I’ll guarantee you it wasn’t love! The problem with the word love is that we use it to apply to so many emotions or situations that we sometimes don’t know what it means. So what is it? What is this thing called love? Somebody talking this probably defines it best. They says that love consists of three components: 1) decision/commitment; 2) intimacy; and 3) passion. When all three strongly exist in our feelings for another person, he says that we feel consummate love for that person. What do these components mean? 1 )Decision/Commitment has both a short-term and long-term dimension. The short-term dimension occurs when we consciously decide that we love someone. The long-term dimension occurs when we commit to maintain that love. Interestingly, some evolve into commitment without ever consciously deciding to do so. 2)Intimacy means closeness, connectedness, warmth, and bondedness. It has to do with understanding each other, accepting each other, and having open and intimate communication with each other. 3)Passion is physical attraction, sexual desire, and other strong emotional attraction to another person by Joe Beam. what sould i do if somebody talk this question for you? hmm.. adakah aku sudah bersedia untuk semua ini ? inilah yang bermain di minda ku. sesiapa boleh jawab ??

melihat hari ini.

Ya, selamat berpuasa kekawan. seperti biasa tiada apa dari sebelumnya. hanya hari-hari yang normal. pergi kerja, melihat-lihat orang, berjalan-jalan melihat gelagat orang namun tiada apa yang menarik. cuma yang bezanya adalah ini di bulan Ramadhan. dan sebagai hamba Nya, aku berpuasa mengikut kehendaknya. dan aku tidak mahu menjadi hamba. ya, aku akan cuba. cuma aku tertarik dengan sesuatu, sesuatu yang mengajak aku berubah. dari text nya aku terharu. seseorang mengajak aku pergi sembahyang terawih. Oh, dah lama aku tak terawih. sewaktu aku kecil dahulu, ayah dan mak aku selalu mengajak aku pergi sembahyang terawih. aku mengikut. malah aku siap bertadarus lagi. tapi mengapa aku tidak meneruskan ketika aku remaja ? huh, mungkin aku ego. ingin menongkah arus. arus apa yang aku tuju?. semua sia-sia. semua permainan dunia. di bulan yang mulia ini, dari hati ku. aku ingin menjadi diri aku yang sebenar. mungkin berubah dari aku dahulu dan mungkin menjadi lebih dewasa. mungkin menjadi lebih matang dan mungkin menjadi macam orang tua. harap kawan-kawan ku dapat memahami apa yang aku fikir. aku dah bosan berjalan mengikut punggung mu. biar aku bejalan sendiri. tapi, aku masih memerlukan kamu. aku biasa dengar orang berkata "ala si polan tu dah ada awek, patut la dia dah drop. orang lain pun ada awek. ok je. boleh pegi gig lagi. boleh kickboxing lagi siap 2step lagi" nanti mungkin ada sesiapa yang berkata begini kepada ku. cakap la, aku tak kisah. it's all yours now. sorry la kawan, aku tak ada awek lagi tapi, nanti kamu tahu apa yang sebenarnya. bila semuanya kamu dah lalui. tunggu. masa yang menentukan. dan aku menulis ini bukan nak mengajak kamu ikut aku. tidak. aku hanya untuk meluahkan apa yang aku simpan, yang aku rasa, yang aku perlu bawa. hanya untuk aku. tiada apa yang special. untuk orang biasa macam aku sahaja.

ehem-ehem

ehem-ehem.. sekarang aku rapat dengan kawan aku masa belaja dulu.. dan sekarang sedang rancak berkawan. only you and me saja yang tahu. itupun kalau dia perasan. atau pun aku yang perasan. ;p harap dia baca blog ini.. its me.. :))

Selamat Menyambut Ramadhan.

kawan-kawan.. selamat berpuasa. Jangan ponteng-ponteng Jangan lupe niat. Tahun ni aku nak berpuasa penuh. kerna aku tak penah berpuasa penuh. aku nak puasa penuh. jangan jadi syaitan ye kawan-kawan. Selamat Berpuasa dan ini niat dia. :) Do'a Niat Puasa : nawaitu shauma godhin 'an adaai fardli syahri ramadlaani haadzihis sanati lillahi ta'aalaa Do'a Buka Puasa : allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin Amin..

huh..

huh,, penat aku rasa. tak tahu kenapa,, bulan 9 baru update blog ini. huh,, sebulan tak online. tak ku tahu bagaimana rasa tapi tiada apa huh,, bulan lapan. aku kehilangan antara orang yang ku sayang. atuk ku, kesayangan ku. huh,, dulu aku dah la banyak menyusahkan dia. aku pernah curi duit dia. aku pernah melawan katanya. aku pernah nak robohkan rumah nya. huh,, tapi kini dia tiada. tiada untuk selama-lamanya.. aku tak menyesal apa yang aku lakukan. Inilah masanya untuk ku memberikan hadiah. hadiah yang tak ternilai.. al-fatihah..

Lumrah Konflik Manusia

aku mahu menjadi biasa dan dewasa. Seperti kamu semua, ada segalanya, bahagia didunia dan bahagia selamanya. Aku ingin menjadi senang. Ya, hidup indah.. adakah semua ini perlu dengan duit ? kebahagian boleh dibeli dengan duit ? mungkin ia adalah benar. manusia sekarang lebih mementikan kebendaan. kesemua benda ini boleh dibeli. jika tiada duit ? macammana mau beli? huh Tapi, aku tiada duit. jadi aku tidak boleh hidup bahagia seperti kamu. selalu aku tonton rancangan besamamu di tv3 tentang hidup susah orang, semuanya adalah benar masalah yang sama sepeti aku. Duit. duit. duit.. tapi aku tidaklah sebodoh duit. boleh digunakan sesuka hati, ada jalan lain untuk kita berbahagia tanpa benda itu. gunakan akal mu, buka minda, pejam mata, ingat tuhan mu. dan kamu akan ketemui kebahagian yang kamu idamkan. Kebahagian sebenar. Apakah ia ? adakah mempunyai seorang kekasih cantik seperti bidadari menjadi bahagia? oh, tidak. Kebahagia ini boleh di cari dengan ketenangan. dimana kita mahu mencari ketenangan ? adakah di tempat yang indah ? di tasik, tepi pantai, di hutan ? ini juga salah, itu adalah ketengan yang sementara. ketenangan yang sebenar adalah megabdikan diri kepada tuhan kita yang satu. Allah swt. sembahyang lima waktu sehari semalam. Pasti kita akan mendapat ketenangan yang diidamkan dan seterusnya bahagia dengan apa yang kita ada. Semua ini sudah diperaktikan sejak dari turun temurun lagi. tapi sewaktu dulu, aku dengan sikap ku yang suka membantah. mahu hidup dengan jalan aku sendiri, jalan yang aku sendiri tidak tahu dari mana hujung pangkalnya, mana asalnya. aku hanya mengikut. Bodohnya aku ! Sekarang aku tahu apa yang benar dan apa yang salah. semua ini telah dilalui dan aku tidak menyesal dengan apa yang aku lalui. sekarang aku hanya mahu menjadi orang biasa yang normal dan bahagia. kembali ke jalan yang benar. Dan sekarang, aku ingin mengamalkan apa yang aku rasa benar dan sebenar-benar. Mengamalkan perintah Allah swt. yeahh.. back to your root !

aku adalah hipokrit

*radio telur ku Aku adalah seorang scientist yang suka mengkaji sifat manusia. Sifat-sifatnya yang semula jadi tidak pernah puas dan cukup dengan apa yang ada menjadi bahan eksperimenku pada kali ini. Sifatnya yang tidak mahu kalah sehingga sanggup menjadikan apa-apa saja untuk dieksperimenkan termasuklah kucing, bantal, kasut, pokok kelapa, sungai, hujan dan mannusia itu sendiri. Apa yang penting ia akan menang dalam pertandingan ini dan mendapat benefit dari apa yang dilakukan atau diusahakan itu. Antara bahan yang menjadi bahan eksperimen adalah muzik. Pelik, mengapa ? sesetengah manusia sungguh ekstremis dengan muzik sehingga sanggup memukul, memijak, menyayangi, menangis, ketawa kerana muzik. Aku sunguh pelik sehingga deruan bunyi air, bunyi angin, bunyi anjing menyalak, bunyi bom, lori, menjadi bahan pertaruhan di dalam sesebuah lagu sedangkan ia adalah bunyi-bunyi biasa yang kita dengar hari-hari. Sehingga aku membeli sebuah kaset di sebuah gig kecil-kecilan di ibu kota. Beli dengan harga yang murah serendah Rm4. Aku melihat cover nya yang cantik dengan gambar yang tidak aku fahami. Huh ! Was-was. Itulah perasaan yang aku rasa selepas aku membeli tape itu, adakah ia berunsur pemujaan. Dan aku sedikit berasa kesal dengan apa yang telah aku beli. Sedangkan aku ada berlambak cd dirumah, Cd dari artis popular tempatan idola Malaysia. LAgu-lagu yang membuat aku berasa tenang, teringatkan kekasihku di kampung, kisah-kisah silam ku berasmara dengan si dia dan bekas-bekas kekasih ku. Semua ini akan bermain di fikiran ku bila lagu-lagu kegemaranku berkumandang. Bila aku sampai dirumah, seperti biasa aku akan membuka tv melihat rancangan menarik pada malam ini, tetapi malangnya tiada apa yang menarik lalu ku menutup tv dan masuk kedalam bilik dan aku mengONkan radio telur ku, "Panas fm berkumandang sekarang ", kata djnya Fafau. " Ahh,, mandi dulu la" kata ku dan aku pun ke toilet untuk membersih badan setelah berpeluh-peluh dari gig tadi, dah la panas, bau busuk, huh tak suka ! Setelah selesai membersihkan diri, aku pun membuka bungkusan kaset tadi, hatiku berdebar-debar memikirkan apa yang ada di dalam nya. Aku pun membuka perlahan-lahan cover kaset itu dan aku terkejut kerana mendapati terdapat buku kecil dalam casing kaset itu. Huh ! ini mesti tentang pemujaan. Perlahan-lahan kau membaca dan fahami. Cuma terdapat unsur politik di dalam nya. Politik untuk kita bersatu, bersikap positif, sayang-menyanyi, sayangi haiwan dan alam sekitar. Wow ! aku terkejut, sesuatu yang baru bagi aku kerana tiada dalam koleksi lagu-lagu aku. Perlahan-lahan aku masukan kedalam radio. Bila aku play, ' warghh - wargh - warrrgghhh' aku terkejut !! lalu ku perlahankan volumenya sambil menghayati dengan kusyuk. Wow, adunan muzik yang bagus ! ini pertama kali aku dengar lagu yang suaranya tidak jelas tetapi sound dan arrangement muzik yang bagus. Dan yang lebih membanggakan ia adalah band malaysia yang kita tahu ketinggalan jauh dalam seni hiburan ini jika nak di bandingkan dengan negara-negara jiran... Dan aku menghayati sambil membaca buku kecilnya itu.. dan aku semakin seronok kerana mendapat sedikit pengajaran dan ilmu dari apa yang aku baca. Selepas dari kejadian itu baru aku tahu mengapa muzik menjadi satu flatform untuk kita berubah menjadi lebih terbuka, positif, negatif, pasif dan pelbagai lagi. Mungkin disebabkan oleh genre yang sedang didengar oleh seseorang pendengar. selepas dari itu, aku terus mengumpul koleksi dari band-band tempatan kerana aku berpendapat aku akan menjadi lebih positif dari dulu yang negatif. Itulah jawapannya mengapa ada manusia yang sungguh ekstreme hanya dengan muzik sahaja.

pulang/kembali

kau pergi membawa jalanmu sendiri, pergi bersama jalan yang berduri, berkeseorangan mengubat pedih dihati, menunggu jawapan yang semuanya kan kembali, Kau pergi keseorangan tanpa arah tuju, tanpa haluan, kemana perginya semua kasih-sayang ? hanya sementara anugerah tuhan, kembalilah pada asal dan usul mu, kembalilah yang maha satu, *dan itulah hanya satu jalan yang benar....

bersama kawan-kawan lama.

* Kehenseman aku selalu tergugat oleh lelaki ini ! damn !!! *Bersama sahabat baik dari umur 3 tahun ! *Hati lelaki ini sering gundah gulana kerana cinta yang berbelah bagi. *lihat lah mukanya yang resah menanti cinta sebenar. *Tiga sahabat baik, peniaga cd yang berjaya. * Kami adalah sahabat baik, dan kami telah terpisah disebabkan oleh orang ketiga ! *Dia adalah manusia "PERFECT" yang saya pernah saya jumpa ! * Ini semua adalah gambar kawan-kawan yang baik. * Kawan-kawan yang selalu menolong ketika aku susah. * Selalu belanja makan, bagi awek free, keluar jalan-jalan, belikan baju, * best la diorang ni,,

Puisi Racun Perut.

Umm,, Sudah 4 hari ni aku sakit Perut. Pret Pprrreeettt prett aku cirit birit. Prutt prrruutttt pppppprutt perut ku berbunyi Lala laalaa lala aku masih menyanyi

Ini Adalah Racun .

sudah 3 hari aku sakit perut !! adakah tanda H5N1 ? emm.. esok aku pegi check doctor.

pak tolong urut-urut

yah,,, ini adalah pertama kali aku buat weblog ini. mengapa aku perlu buat? mungkin aku terikut-ikut dengan blogers di siber ini,, ya,, aku adalah 'pak turut' . suka mengikut style remaja sekarang walaupun ianya tidak sesuai dengan jiwa ku sendiri,, tapi perlahan-lahan aku mensesuaikan. tapi sampai bila ? untuk apa ? inilah aku, hipokrit ! hahaha,, kawan-kawan jangan percaya dengan ku, aku adalah penipu. Aku peduli apa dengan ini semua,, semua ini adalah tragedi. tragedi yang kita sendiri tidak tahu kesudahannya, ngeri, suram, seronok, gelak, tangis atau malapetaka hitam. semua kita tidak tahu. bukan urusan kita. Untuk apa kita persoalkan ?
Untuk kawan ku di siber, semua ini adalah maya yang bebas, bebas
untuk segalanya, melepaskan apa yang di beku di hati. menulis tanpa belas kasihan, membebel, menangis, berceloteh dan pelbagai lagi karenah. semuanya tanpa batasan dan apa yang hendak dibatas kan ? semuanya ada disini,, taip saja apa yang kamu mahu ! ya,,, semua ada, mesti kamu seronok kan ? -up to you- seronok aku membaca luah isi hati kamu, semua ingin bebas, semua ingin dicintai, semua ingin menjadi diri sendiri, semua mahu apa yang dikehendaki. kini giliran aku untuk melepaskan apa yang terpendam di hati ku ini. aku juga ingin menjadi seperti kamu... aku kan pak turut

intro ,,

ermmm.. aku orang yang biasa saja.. orang yang suka tersengih, happy, dan ingin hidup indah.Walaupun hidup ini penuh dengan segalanya, tapi aku tabah,tak mudah aku dengan segalanya... Jalan dan terus berjalan.. Mengejar apa yang dikehendaki, didunia ini.. Janganlah kita mengeluh kerana ini semua memang lumrah dunia.. Prinsip dunia ini memang begitu.. Aku pernah nak menolak lumrah dunia ini, tapi akhirnya aku HILANG ! hilang bersama dunia ku.. Dan aku masih bernasib baik kerana masih didunia kerana apa yang disini semuanya sementara, jadi kita masih boleh mengubahya dengan izinNYA.. Mencari segala apa yang dikehendaki didunia ini ketika masih sempat untuk kita mngecapinya, bukan bererti aku alpa dengan keindahan semua ini tapi hanya menggunakan semua peluang yang ada.. Hanya sekali, jadi gunakan sekali itu dengan sebaik baik2nya.. Tapi aku juga harus beringat kerana degan sekali itu aku juga boleh menjadi lupa dengan asal usul ku ini.. Segalanya adakeburukan dan segalanya ada kebaikan.. Banyakkan lah menggunakan kebaikkan dan minimakanlah keburukan. Akhirnya aku akur dengan kehendak dunia.. mengikuti pusingan dunia ini dengan redha dan tabah.. Dan harini aku sedar dari tidur ku selama ini. Dan aku sedar aku masih di dunia.....