HOME

buang semua EMOSI di sini....

ya aku tak mahu beremosi disini lagi. mari kita bercerita. ha tadi aku pergi makan dekat dengan tempat kerja. aku makan nasi+ayam+ikan.. fuhh memang sedap ! murah lak tu rm2.50 je. tengah aku melayan makanan tu, aku terperasan seseorang. Eh macam kenal la mamat ni... sekali kawan aku la masa kecik-kecik dulu.. fuh sekarang badan diaa... macam umur 32 tahun. padahal dulu cekeding je macam aku. sembang punya sembang dia kerja kat kilang buat rokok kat p.j. dan hulur la rokok sebatang kat aku. aku pun hisap. dah abes sembang pasal kerja. sekali dia tanya aku 'Jang, ko tau kan ? aku dah kawin bulan 5 hari tu" Ya Allah.. terkejut aku ! dulu sikit punya nakal macam aku sekarang dah nak jadi bapak.. baru malam tadi dia pergi cek kat doktor yang isterinya dah mengandung 1 bulan. Alhamdullilah. seronok aku dengar kawan-kawan semua dah berjaya dalam hidup. patut la badan dia semakin besar. hati senang rupanya. Ni tak lama lagi, kawan aku nak bersanding bulan depan. Lagi bulan 2 ni pun ada. Yang baru lepas bertunang pun ada. Siap tak mahu cincin. nak rantai atau gelang !! fuhh. Yang kahwin lari kat siam pun ada ! siap pinjam duit orang rm250.00 lepas tu lari pergi siam ! Masyaallah.. "JANGAN LA MACAM TU KAWAN ! SABAR LA SIKIT." Mana-mana yang dah lepas kahwin tu, semoga berbahagia la ye.. (aku cemburu sebenarnya! haha)Macam-macam karenah kawan-kawan aku ni. sekarang aku menunggu, mana la tahu ada lagi jemputan mengejut dari kawan-kawan lain. jadi get ready for the surrrpppriiiseee !! haha Eeii bila la turn aku agaknye ya.. haha sabar je la kan.

mana perginya semua keikhlasan kamu ?

mendengar lagu radiohead sambil mengupdate blog sungguh menyilukan. terasa bagai terluka di langit-langit. mendengar karma polis seperti menanti sesuatu yang perit tetapi menjadi sebaliknya.berlari-lari mencari orang adalah seperti berjalan tanpa hala tuju. kemana kamu hendak pergi ? lalu terkejut dan menjawab "maaf encik saya mahu berjalan kehadapan" dia tidak tahu kemana. tapi hala tujunya satu. kedepan. apabila permintaan tidak ditunaikan ia merengek lalu menangis, eh tapi kenapa tidak keluar air mata ? mulutnya bising bagai makcik yang dicuri pasu bunganya. mood yang hilang bagai kita menaik tangga ke tingkat 15. ianya sungguh memenatkan. semuanya akan berlaku apabila kita sedih. kita akan menusuk pisau ke hati dan kita akan berasa pedih, tetapi mengapa tak berdarah ? otak hari-hari berfikir mencari idea bagaimana caranya untuk menghilangkan semua. tapi hati yang tertusuk tadi akan terus berdarah. tapi mana darahnya ya ?

meniti hari-hari yang mendatang.......

yayya.. selepas raya nih rutin kembali seperti biasa. kerja, makan, minum, tido, tengok tv. dan kembali membuat dosa. ya itu lah realitinya. Sama seperti ku, banyak dosa yang aku lakukan apabila ramadhan menghilang. aku banyak tidak mengotakan kata-kata ku. mungkir janji kepada kawan-kawan ku. menipu ! huh semua salah aku. aku tidak lagi seperti dahulu. aku sudah tidak lagi sporting seperti dahulu, tidak lagi tahu gelak tanpa punca, tiada la hiruk pikuk ketawa, hanya cerita-cerita masa depan saja yang aku ku bincangkan. aku tidak mahu bercerita benda yang tidak berfaedah. aku tidak suka. tapi realitinya aku tidak lah seserius ini. cuma hanya seketika saja. aku masih merindukan zaman remajaku. zaman kegemilangan ku. dan baru-baru ini aku terkena juga dengan tabiat ku yang tidak menunaikan kata-kata, baru aku tahu betapa sakit hati apabila seseorang membuat perkara itu kepada aku. memang sakit hati !! (p/s sorry banyak-banyak untuk teddy, kerana tak pergi rumah dia hari tu. aku penat sangat. aku minta maaf) dan aku tidak mahu lagi membuat sebarang janji apa-apa. biar aku sendiri menjalani hidup ini. tiada teman untuk berbicara, meluahkan perasaan, apa-apa saja, hati aku kosong. dan dari itu aku belajar mengenal siapa diriku. dengan kembalikan diri kepadaNya. aku sedar aku hanya hamba. bila aku fikir kembali aku ini adalah antara orang-orang munafik. dan orang munafik ni adalah antara orang yang di muarakai oleh tuhan, dan aku tak nak di murkai oleh tuhan. jadi aku akan cuba tidak melakukannya lagi. sekarang aku banyak meluangkan masa bersama keluarga ku. bersama ibu bapa, adik beradik. melayan karenah nya. haha dan aku menjadi semakin tua. dan menulis cerita untuk orang-orang tua. mengapa ? kerana aku sudah puas untuk remaja.