HOME

IDEA SUNGGUH MENARIK

Haha.. faham-faham sendiri sesiapa yang terasa...
Jika gambar ini diletak di dalam tandas lelaki, mesti ramai lelaki yang tersengih ketika membuang air. Mungkin ada sesetengah yang tidak mahu berfikir dan buang air dengan laju-laju dan keluar dan keluar dengan cepat kerana makan dalam dengan gambar ini. Aku tahu benda ini tidak menimbulkan masalah kepada wanita, tetapi pada lelaki adalah sesuatu yang perlu diusahakan untuk menjadi lebih gagah. Jika tidak pada saiz mungkin pada pengendalian. Aku sendiri masih lagi belum mengalaminya. haha. malu nya. Hati aku meluap-luap untuk cuba. Tapi masih belum berkesampaian. Ok kita kembali, dari apa yang aku baca, saiz tidak penting. Hanya pengendalian saja yang penting. Jadi kepada lelaki jaga lah pemanduan anda...
Have a nice day...

HOW TO KNOT A TIE

Sekarang aku nak pakai tie begini di tempat kerja. Mungkin lebih style. Haha.


Kalau begini ?? over la pulak..


Kalau begini ?? best la juga kan..


Apa-apa pun kamu memang cantek. :p

HARI MINGGU DATANG LAGI

SABTU

Hari yang menghiburkan rasa. Sebenarnya aku hanya ingin melihat POH dan ingin berjumpa Mikie dan Kurie dan hajat tidak kesampaian untuk melihat POH. Aku terlepas dan aku hanya duduk sahaja ditepi melihat anak-anak muda berdansa. Sesekali berjalan ke mosh-pit dan aku ternampak sesuatu yang pelik. Seoarang remaja memakai helmet putih di tengah crowd. Oh betul-betul cool aku tengok dia. terkinja-kinja sambil jari mencucuk langit melayan MUH. sempat aku ambil gambar bersamanya.

AHAD

Blur - Pada mulanya adalah seperti biasa pergi makan besar di Kg Baru. Umm makan sedap-sedap lepas tu pergi Kl Central hantar siapa ntah nama budak tu. Lepas tu, sekali lagi blur. Kemana arah nak tuju ni ?? Tak pe, Isi minyak je dulu. Ok minyak dah isi, sekarang kita pergi jalan-jalan. Mula-mula nak pergi PD.

Tapi tak jadi.
Si A : "Weh, aku tak ada duit la nak isi minyak."
Si S : "ak ala ko ni, potong la. jom la."
Si U : "Tak pe kita pegi mandi air terjun, Sungai congkak ke Sungai Gabai ke ?"
Si S : "OK ! set."
Si A : "Tapi jauh la weh."
Si U : "Ko ni memang banyak hal la, jom je lah."
Si S : "Lets go !"

Wow. spontan.

BUNGA INI ADALAH DIA

umpanya sahaja...

Semalam aku berasa bahagia. Terasa melepas rindu. Sudah lama aku tidak berjumpa bersamanya. Bila sesekali berjumpa, luangkan waktu bersama. Aku berasa bahagia sekali. Ini bukan bermakna aku jatuh cinta. Mungkin aku jatuh hati padanya dengan kelembutan, tawa, simpul malunya. Doakan aku akan bersamanya.

Semestinya bukan seperti di bawah....

SUSAH DAN SENANG


Sekali lagi aku berasa keseorangan. Terasa kosong walaupun ramai di sekelilingku. Mana pergi teman-teman ku semua ? Hilang lagi kali ini. Arghh.. Biarlah aku seorang lagi. Apa perlu kamu semua. Bikin susah sama aku saja. Menyusahkan aku sahaja. Apakah aku akan senang selamanya ? Persoalan lagi ini. Benci aku ini. Yang sebenarnya aku. Tidak mahu. menyusahkan dan disusahkan

BOSAN !


Selepas hari raya ini aku bersemangat untuk mengupdate blog ini dengan harapan untuk meletak gambar-gambar hari raya. Tapi bila aku nak update mengapa sudah 3 hari belum lagi update apa yang aku post ? Dan aku fed-up aku akan buat blog yang lain dan aku aku publish kepada masyarakat antarabangsa, kerana blog ini lebih kepada personal blog. Tulis & Baca. Dan aku mula sakit hati di hari raya di sebabkan dengan Blogger. Dan aku malas nak update picture ! huh