HOME

GOODBYE 2010











2010 antara tahun yang berjaya bagi saya. Ok saya nak sambung tahun hadapan pula

* Gambar adalah untuk tahun hadapan.

KUALA LUMPUR CAR BOOT BAZAAR



KUALA LUMPUR CAR BOOT BAZAAR

Saya akan berniaga di sana. Sungguh excited kerana ini adalah salah satu cita-cita saya. Akhirnya saya dapat tapak ni. Jadi lets go there on every Saturday and Sunday...


TUNGGU DI SANA YAA !!!

CERITA HARI INI #22



" Jika aku ada BMW, aku akan pasang lampu bila driving di Highway"

aku benci orang ini yang memandu pada tengahari dan buka lampu.

Dia ingat aku tak nampak ke kereta kau atau kau nak
tunjukkan yang kereta kau tu laju sangat.

Damn !

CERITA HARI INI #21





Sehari di Cameron Highland with my lovely wife,, Really freshing my mind..

KENAPA ABANG DIAM.. ... ...

WOW !

Dah sebulan lebih aku tak update blog ni,

bukan tak da cerita, bukan malas tapi dia sudah di "dua" kan.

Abang dah di dua kan kerana ada skandal. kesian abang pemerhatibebas ni.

Banyak cerita sebenarnya.......

Pasal raya, pasal nikah, pasal kahwin, pasal rumah, pasal kerja, semua tak sempat

nak update dekat blog. Terasa rugi. Tapi aku akan cerita suatu hari nanti..

ketika semuanya selesai dan tenang.

Sebenarnya,,

aku dah terjebak dengan bisness online ni..

aku jual selected bag vintage dan branded bag.

jadi tak da masa skit nak update abang pemerhatibebas ni.


PMRHTBBS

clik picture untuk more info..

BERBUAT BAIKLAH KAMU, SESUNGGUHNYA TUHAN ITU MAHA ADIL DAN BIJAKSANA

Begini..

Aku ni boleh dikatakan pemurah, baik-hati dan juga suka tolong orang.

Ini kenyataan. Tanya lah orang-orang yang kenal rapat dengan aku.

Aku percaya dengan ketentuan Allah.

Suatu hari ditakdirkan aku mengalami sedikit masalah.

Kenderaan aku boleh rosak tengah-tengah highway. Aku berkata dalam hati " tak pe lah aku tolak la pelan-pelan" 2 minit lepas aku tolak motor ada seorang pakcik naik motor Yamaha Lagenda menghampiri ku. "Adik motor rosak ke". Ya, jawabku. di terus offer untuk tolak.

Masyaallah...

Teringat pada kebaikan yang aku telah buat sebelum ini. Bukan niat untuk mengungkit cerita lama atau membangga diri, tetapi sekadar bercerita. Aku selalu tolak motor kawan-kawan aku yang rosak pada suatu ketika dulu. Sehingga sekali tu aku berdetik, Moga-moga la jika motor aku rosak nanti ada orang tolong macam ni.. Nak merasa juga kena tolak motor.

Dan akhirnya...

Semua ini dah tertulis. Pakcik yang baik hati tu memang baik hati. Agak jauh juga perjalanan tu, adalah dalam 6 kilometer. Ketika dia sedang tolak motor aku. Aku berfikir, Nanti aku nak bagi la dia RM15. RM5 untuk minyak. RM10 untuk upah. Bila sampai ke destinasi, aku hulur Rm15. Ishhhh dia punya menolak.. macam tolak bala...

Antara kata-katanya yang aku ingat.

" Hari ni hari adik, esok lusa mana la tau hari pakcik pula. Tak pe lah simpan je la duit tu. "

Dalam hati aku berkata lagi...

Ada lagi orang yang baik macam ni.. ketika dunia kritikal dengan kes-kes keganasan..

Aku bersyukur.. Sesungguhnya tuhan itu Maha Adil.

HARI PERNIKAHAN KU......


HARI PERNIKAHAN KU......

Alhamdulillah...

Dengan 2 kali lafaz status saya sudah bertukar menjadi suami..

IKLAN RAYA LAGI....

Ok hari ni raya ke enam. 6 Syawal..

Tak lambat lagi kan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya..

AAAA JANK

AAAA JANK

AAAA JANK

p/s = jika kita marah tengok iklan raya TV3 2010 .
Awak marah tak tengok Iklan ini ??

Picture diambil dari Katalog SOGO.

KERANA MULUT BADAN BINASA

Al-kisah..

Suatu hari ada seorang sahabat baik nak pinjam duit untuk nak cover bisness dia. dia cerita macam-macam yang katanya bisness yang semakin rancak. Nak pinjam RM1k. Aku tak bagi. Aku bagi separuh. Dari mulut manis nya "Aku pinjam tak lama, dalam 3 hari aku bayar balik". Ok fine.

Ok 3 hari berlalu..

Just tanya la perkhabaran, macam mana bisness dia. Macam-macam alasan dia bagi.. Itu ini bla bla bla..

Ok aku faham.. belum rolling duit lagi...

Ok 3 bulan berlalu..

Tanya la perkhabaran mana la tau bisness meletup. Ale-ale terkentut ada la. Dia offer bisness hotel, sewa bilik monthly. Sekali lagi aku terkedu dengan mulut manis dia. Ok aku ikut lagi. tunggu lagi 3 bulan dengan harapan beranak la 500 aku tu.

Tunggu... tunggu... tunggu.. ok dah 3 bulan..

tanya perkhabaran lagi... harammmm satu apa pun tak da.. Kena tipu ada la..

Jadi dari 3 hari jadi ke 6 bulan aku sabar. Jika aku sabar macam ni jadi 3 tahun la baru nak bayar hutang tu. Jadi aku aku buat la macam-macam bagi dia bayar hutang. Sekali aku risik punya risik ramai lagi la yang terkena macam aku ni. Bukan aku seorang. Jadi niat aku taknak bagi kawan-kawan aku yang kenal dia ni terkena macam aku, aku bagi tau la diorang. Ok diorang selamat. kawan-kawan selamat. Aku terkena. tak pe. Aku nekad. duit kena bayar dengan duit atau barang. hutang mesti bayar. tak banyak skit pun jadi lah. Ini sedikit pun tak da, sembang saja lebih.

aku sudah bosan, anoyed, kena tipu, fed up........................................

aku minta... aku minta... aku minta... aku minta... .
.
.
.
.
.
dan akhirnya..

aku malas nak minta....

masih lagi hampa... x dapat satu sen pun...

tak pe lah.. sabar lah..

Suatu hari di pagi raya dia call aku.. kata nak bayar...

tunggu lagi.. haha.. tunggu lagi.. haha.. tunggu lagi......

Raya kelima aku dapat sms di bawah apabila minta banyak kali tak dapat-dapat....

Ak nk tnye smthng kt ko.. nape ea ko bole cte kt org ak brhtng kt ko?? ko xpcye kt aku ? dr ari2 ak nk byr,, tp ble bdk2 cte kt ak.. ak jd sket ati..ak ni xpnh wat baek ngn ko ke?? jgn jd bgsat sgt bro..krane mlt bdn binase..time ksh ar tlg ak.xsgke ar kwn ak mcmni..

Ni jawapan aku...

Ni pasal duit bro.. aku tak kisah ko nak bayar bila, ko cakap nak bayar 2 tahun pun ko cakap la.. aku tak kisah.. tapi makesure ko bayar la.. tak dapat full, skit pun tak pe.. tapi ada.. jika dah sengkek sangat pun at least ko cakap la dengan aku. Ini ko cakap nak bayar 3 hari, bila dah sampai time tu ko ingat aku tak tunggu ke ??? aku tunggu bro.. lepas tu ko cakap nak masuk kan. aku tunggu lagi.. pastu tak da juga.. bukan sekali ko buat. banyak kali bro ! mula-mula tu aku percaya la. Bila dah jadi macam ni, memang aku tak percaya la cakap ko tu.

Sebab aku bagi tahu semua orang tu sebab aku taknak semua orang terkena dengan ko. Dah la ko pinjam duit pastu apa ko buat dengan duit tu ?? macam-macam la aku dengar aktiviti ko.. berfaedah tak pe, Ni negative element yang aku dengar. aku ni bukan main tuduh je tau, aku research dulu OK. Ko ingat duit tu aku dapat senang ke ??susah kawan..Dan kalo ko sakit hati sebab semua orang dah tahu ko hutang dengan aku, memang itu la sewajarnya. So sama la nanti kalo ko dah bayar hutang aku , dorang pun tahu la yang ko dah bayar. Cuma nama ko sedikit buruk la. sebab hal ko juga kan.. ?? mungkin bila ko dah bayar hutang aku nama ko jadi baik semula. boleh jadi.

Ok, ko memang pernah buat baik dengan aku, Tapi ko kena ingat, sekarang ni bila ko dah buat hal, semua kebaikan ko aku tak nampak. Keburukan ko je yang aku nampak.

"kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"..... betul tak ??

Lagi satu, ko selalu cerita masalah ko itu la ini la bla la la bla la la la... ko tau ke masalah aku apa ?? keadaan aku macammana ?? kalau tak ada duit, cakap terus takda. senang aku nak arrange apa-apa. masalah aku nak guna duit dari apa yang ko janji tu.. ko ingat aku ni orang senang ke ?? betul la kata orang cakap kalo kita kena tindas, doa kita makbul. so aku ilang 500 aku dapat 5000.. Jadi aku tak heran la sebenarnya..

cuma aku nak tuntut kata-kata manis 3 hari dari mulut ko tu jer.

ok ha.. aku bangsat ke ko yang bangsat ?



Akhirnya...

14 September 2010. Dia bankin bayar balik RM tu. Puas hati aku.

KEJAM KEJAM KEJAM

Dulu Mona fendi... Lepas tu kes Altantuya... Ni sekarang Sosilawati dan partners.

Jika kes mona fendi dulu memang dah terang-terang dia yang salah. Dan dah selamat kena gantung. semoga rohnya di cucuri rahmat.

Kes Altantuya ni pun dulu saya dengar ada dalang besar punya jaga. Tetapi yang kena hukum pencacai yang buat kerja tu juga. Saya orang biasa ni tak tahu lah apa yang terjadi dengan Si polis tu sekarang. Tapi yang pasti dalang besar tu ada lagi. saya tak tahu siapa. Tetapi jika ikut logik pemikiran saya ni. Takkan lah pencacai nak buat kerja, jika boss tak bagi arahan.

betul ?

Kes yang terbaru Sosilawati n Partners. Ini antara yang dasyat juga ni. Sebabnya dia bakar 4 orang sekaligus. Bukan nye calang-calang orang. Jika 4 orang tu perempuan, tau la sebab lemah. Ini 3 orang lelaki !. Fuhh Jadi yang tangkap, pukul dan bunuh tu mesti lebih dari 5 orang.

Ok Seorang pegang Sosilawati, Seorang pegang Driver, Seorang pegang peguam, Seorang pegang pegawai bank. tapi takkan dorang tak melawan, mesti la melawan. Jadi datang lagi 4 orang pegang dorang semua tu. Jadi jika suspek tu 8 orang kira logik lah. Jika ada labih pun saya percaya. Jadi kudrat yang tangkap mereka ni mesti kuat.

Jika ada 2 orang tangkap saya, insyaallah 50% saya boleh lari dan lepaskan diri.

Ok lepas tu takkan suspek yang 8 orang ni buat kerja tanpa ada mastermind mereka. Macam yang korang tengok movie tu kan, yang buat kerja semua pencacai. Bos dia dekat office hisap curut. haa jadi si Pathmanabhan a/l Nalliannen hisap curut la di pejabat. Dan si adik dia ni doktor gigi Surrendren a/l Nalliannen. dia ni jadi supervisor. Dia datang last untuk ikat mangsa atau pun dia yang bunuh mangsa.

Selepas semua selesai supervisor ni balik office. hantar laporan dekat boss. Boss hisap sebatang curut lagi. Alang-alang dah bunuh lebih baik bakar sekali, biar tiada bukti. boss bagi arahan. Supervisor pun buat la. Dia akan ikut sebab abang dia dah ada duit berjuta-juta dalam akaun. sebagai adik dia mesti ikut cakap abang. nanti derhaka !

Dan si adik ni pun bagi arahan kepada pencacai nya untuk bakar semua mayat tu. Abu mayat tu buang dekat sungai. Arahan diterima. 4 orang pun dah boleh buat kerja tu. Dekat ladang sawit ni bakar-membakar memang senang.

Dalam masa yang sama polis tengok ada transaksi pada akaun sosilawati. Jadi secara tidak langsung b-party tu boleh membantu sisatan. Jadi daripada membantu sisatan terus jadi kepada suspek utama. Terus dapat membongkar dan merungkai kemana perginya sosilawati dan partners. S iap ada yang kata mereka pergi holiday lagi.

Si pencacai yang sudah sedia takut tu pun jika kena tangkap dengan polis, apa lagi terus mengaku saja la. sebab boss dia tak bagi tahu suruh jangan mengaku. Jika boss mereka sudah bagi tau jangan mengaku, mesti diorang tak mengaku punya. kan ?. Sebab tu mereka senang sangat mengaku.

Ok sekarang mari kita jadi pemerhatibebas, di sebabkan mastermind tu peguam. Mungkin dia boleh memutarbelitkan keadaan fakta. Dari A jadi B jadi C hingga ke Z. Dari ada bukti hingga hilang bukti. Jadi mari kita lihat apa akan jadi kepada mastermind tu lepas kes ni selesai. mungkin kena gantung, penjara seumur hidup, atau lepas begitu sahaja. Tapi yang pasti pencacai tu akan kena hukum.

Tahniah kepada Polis kerana dapat tangkap penjenayah kolar hitam dan kolar birunya sekali. Sekarang saya nak lihat keberkesanan pihak Perhakiman atau pihak peguam untuk menghakimi mereka. Bila Akta 302 kanun keseksaan semua nya mesti kena hukum bunuh juga. jadi rakyat Malaysia mahu justice sebab sudah bosan dengan kes jubor Anwar. Jika mastemind tu terlepas saya akan assume sistem perhakiman, belum telus sepenuhnya. Saya buat statement begitu kerana mastermind ada wang yang melampau.

AL - FATIHAH kepada Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsuddin , Noorhisham Mohammad dan Ahmad Kamil Abd Karim. Sedih kerana yang tidak bersalah pun menjadi mangsa keadaan.

SUATU HARI DI AIDILFITRI

Selamat hari raya. ucapan untuk semua di luar sana ya !

Ok kali ni nak tanya korang Satu Malaysia.

Korang time raya ni korang tau tak ada satu aktiviti tu di panggil Bara'an ??

Apa itu bara'an ??

Mungkin dalam bahasa ia di panggil "berarak"



Bara'an ni tidak asing lagi bagi penduduk-penduduk Tanjung Karang , Sungai Besar , Sabak Bernam, Bagan Datoh dan lain-lain lagi. Tapi ada sesetengah tempat dipanggil Marhaban. ermm itu saya tidak pasti.

Ok. bara'an ni adalah aktiviti ziarah menziarahi antara satu rumah ke satu rumah pada Hari Raya Aidilfitri. Keunikan Bara'an ni ialah kerana ia di sertai dari semua ahli qariah sesuatu kampung itu. Jika satu qariah itu ada 40 rumah, maka 40 rumah akan diziarahi oleh ahli-ahli bara'an tersebut. Jadi secara tak langsung ada 40 orang akan ikut dalam aktiviti bara'an ini. Jika ada 2 orang satu rumah ?? haa tak ke 80 orang.. Lagi ramai, mesti la lagi meriah kan !

Kebiasaanya bara'an ini di buat pada hari raya pertama atau hari raya kedua kerana waktu itu masih ramai anak muda, saudara mara yang masih berada di kampung halaman. Sedikit sebanyak dapat lagi memeriahkan suasana hari raya dengan adanya majlis bara'an ini.

Tetapi ada juga sesetengah tempat yang buat aktiviti ini pada waktu malam, selepas solat Isyak, saya tidak pasti di kawasan mana. Tetapi niat asalnya adalah masih sama untuk ziarah-menziarahi, merapatkan silaturrahim, memohon maaf dan kepada kanak-kanak untuk dapat duit raya lah.

Ok. apa yang korang buat ketika bara'an tu ?

Kebiasaannya ada bacaan doa , selawat, takbir hari raya, ucapan dari tuan rumah dan juga ada jamuan makan yang disediakan oleh tuan rumah sendiri. Purata satu rumah dalam 10 hingga ke 15minit sahaja. tidak lah terlalu lama. Biasanya dalam 40 rumah boleh habis satu hari. Kalo 40 rumah makan lemang ?? haa puas la makan lemang. Tapi tak la 40 rumah buat makan lemang. Makanan mesti pelbagai, ada ketupat, pecal, bihun goreng, bihun sup, bakso, keropok, nugget, kuih muih dan macam-macam lagi.

Meriah. Ya memang meriah..

Secara tidak langsung, bara'an ini juga dapat mengurangkan aktiviti kanak-kanak beraya di depan TV, beraya dengan TV3 , Astro, beraya di sinema. Ternyata itu adalah aktiviti hari raya yang sia-sia. Jadi sesiapa yang baru tahu tentang bara'an ni boleh la mula dengan kecil-kecilan seperti ziarah ke rumah jiran-jiran, saudara mara dan sahabat handai. Siapa lagi nak start jika bukan anda.

Mesti hari raya anda lebih meriah. betul tak. ??

p/s = Alhamdullilah tahun ni dapat ikut bara'an di kampung aku. Penuh semua rumah aku naik. tak rugi aku MC hari raya kedua coz value hari raya kedua tak dapat di tukar dengan RM bro.. huhu

SELAMAT HARI RAYA

Selamat hari raya dari saya. Dijemput juga ke majlis perkahwinan saya pada Sabtu 18/9/2010/ Di Sungkai Perak.



CERITA HARI INI #20

26/10/2010

Hari ini dari Damansara - Tanjung Malim - Sungai Besar - Kuala Lumpur.

Nak try baju nikah. Tapi kakak tu pegi Bandung daaa..

Aku terus balik kampung.. fuhhh Sg Besar dah macam Danau Kota la. Sapa yang balik ke Perak
ikut jalan lama Kuala Selangor tu, singgah la bazar raya kat pekan Sg Besar.. ada Uptown skali.

Dapat la barang skit.

Lagi 3 minggu aku nak menikah.. ohhh..

BENAR REPLIKA TIRUAN

Kajian demi kajian telah aku buat. Selaman demi selaman telah dilakukan, rungkaian dan telekan telah dilangsaikan semua jadi pengalaman. Bagai merangkai sejarah misteri nusantara. Sejarah demi sejarah diceritakan. Harata ditinggalkan itulah bukti adanya sejarah. Harata itu yang berharga untuk membuktikan sejarah itu. Semakin lama harata itu semakin berharga nilai nya. Bila nilainya melonjak maka adalah pesaing yang ingin menurunkan harganya dengan mencuri idea dan keaslian maka jadinya tiruan.

Tiruan ini dulunya amat mudah untuk dikenal pasti. Lihat kepada material nya kita boleh tahu ianya fake atau authentic. Oleh kerana zaman berubah, barang tiruan juga mengikut peredaran zaman dan semuanya berubah. Sekarang ini tiruan juga setaraf dengan dengan authentic. Malah tiada apa beza dari A hingga ke Z.

Bagi collector macam aku. Benda ini agak menyusahkan mungkin agak mencabar. Dari situ aku akan belajar-belajar dan belajar. Harap-harap suatu hari aku dapat barang yang betul-betul ada value. Untuk contoh aku beli RM5, aku jual RM500, orang yang beli barang aku tu boleh jual lagi dengan harga RM1000.

Seperti barang ini, telekan demi telekan dibuat. googlelan sudah dibuat, tanpa disangka barang yang semestinya authentic tanpa disangka adalah tiruan. Ya, sungguh susah untuk menilai sebenarnya. Begitu susahnya untuk menilai barang, Ini barang buatan manusia, belum lagi barang buatan Tuhan,

Contoh manusia, cuba kamu cuba untuk menilai manusia ??

Jawapannya hanya pada pengalaman yang dapat memberikan jawapan sebenar dan bukan hanya kata-kata sembang kencang.

RAYBAN OUTDOORSMAN UNTUK DIJUAL

JANK RAYBAN JANK RAYBAN JANK RAYBAN

Ada rayban nak letgo ni.
barang baru ,new old stock.
dekat cermin, belah tepi dan atas ada cop BL
saiz 58[]14. made in USA
warranty card semua ada.
kain pengelap je tak da.


Barang ni ada seorang askar tu beli kat Lubnan masa dia ditugaskan dekat sana. Ada juga orang cakap Made in China. Kajian yang aku buat, aku berani cakap 100% original B&L Made in USA. Tapi jika ada yg cakap Made in China, boleh la kita jumpa untuk tengok barang. Aku nak proof yg dia cakap Made in China tu.

harga RM280 leh nego lagi kalo rase2 mahal..
apa2 hal sms je no kat bawah..

barang mesti original, kalo tak ori, moneyback guarantee

CERITA HARI INI #19


Hadiah dari Sungai Besar. Collection yang tak seberapa rare. Orang lain pakai Supra, yang ini je aku ada.
Offer la saya kalo berminat. =)