HOME

17022010



Aduh.

kenapa lu orang tak bagi tahu aku ada mogok depan Kedutaan Australia hari tu. Kalau tak aku boleh datang sana lepak dan juga boleh aku panggil aku punya taiko duduk sana.

Aduyai.

500 orang tu. 100 kompom, 200 boleh jadi. apa nak buat. bukan rezki. Lain kali kalu ada mogok ke, reformasi ke, rusuhan ke, panggil la aku. email la aku. Boleh la aku lepak sana.

Sedih la aku tengok lu orang ni.

Kenapa sedih ?

[ tekan sini ]


RAHSIA POHON CEMARA



Nak kahwen,, nak kahwen,, nak kahwen,,

Wah seronok nye.

Seronok ke kahwen ?

Melihat keadaan sekeliling, Kawan-kawan, abang-abang, adik-adik pun dah ada yang berumah-tangga membuat aku terasa jelous, Arghh aku pun nak berumah-tangga.

Tapi.

Jangan ingat semudah 1, 2, 3,

[ sini ada cerita nya ]


Jadi, setelah masak-masak berfikir. Aku tetapkan pendirian
yang aku insyaallah akan bernikah pada bulan syawal nanti.


*sample kad jemputan

CADANGAN #1



Sesiapa yang teringin nak pegi travel dan bercuti.
Tengah berfikir ke mana ??








* kemana lagi pada hari cuti, TAMAN TASIK PERDANA lah

GONG XI FA CHOI



Selamat Tahun Baru Cina. Semoga berbahagia ke anak cucu..
( macam tak kena je ucapan aku ni ) what ever.



Apa-apa pun aku terfikir.



Cuba orang kita sambut Maal Hijrah macam orang cina sambut tahun
baru. Mesti akan lebih meriah. Jadi orang kita akan jadi bertambah muafakat.

CERITA PEMERHATI BEBAS



PEMERHATI BEBAS ADA DI SINI
Maklumat lanjut sila ketik sebelah [ klik sini ]
Dia pun pemerhati bebas juga ya

RM4JUTA TU bai



Wahhh banyak tu..

kaya lah aku..

boleh enjoy sakan la..

macam-macam boleh buat woo..

boleh percaya ke..

ikut majoriti katanya..

Jangan sampai tergadai ke tangan lain sudah laa..

nanti biru mata...

baru padan muka..

jaga-jaga permainan sudah bermula..

Jika leka, lalai habis hancurlah kita..

Maklumat lanjut sila ketik sebelah [ klik sini ]
* Kesahihannya mungkin diragui, maklumat lanjut, sila hubungi editor

WANG BESAR RM 8 8 8 8



lapan , kenapa ya.. ?

Sekarang aku tengok banyak syarikat ² besar yang membuat peraduan dengan hadiah yang lumayan. Maklumlah awal tahun, semua nak capai target 1st Quarter pada tahun 2010 ni. Apa yang aku nampak hadiah yang di tawarkan agak lumayan. Apa yang pelik lagi kebanyakkan hadiahnya mesti ada amount lapan.

Kenapa lapan ya, kenapa tidak tujuh, enam, sembilan atau sebagainya. Mesti ada sesuatu. Nanti aku kaji sebentar ya..

Haaa, setelah aku tanya kawan aku orang cina. Dia cakap nombor lapan tu adalah nombor bertuah. Bagi mereka kalau dapat nombor lapan tu macam murah rezeki la. Lagi banyak wang akan masuk. Mereka percaya nombor plate lapan juga "ong". Cuba kamu tengok kereta² besar di luar. Macam kereta Alphard, Caldina, BMW, Mercedes benz, kebanyakkan nombor nya mesti ada angka lapan. kalau tak percaya cuba google tengok.

Nombor telefon yang ada simbol lapan. Ini pun mungkin "ong" juga. Cuba dial nombor ni 1300 80 8888, 1300 82 8888 atau 03-3630 8888. Ini pun syarikat kaya juga ni.

Ni kiraan yang aku dapat dari website :

8 = kaya
88 = kaya,kaya
888 = kaya,kaya,kaya
8888 = kaya,kaya,kaya,kaya


jadi, lagi banyak jumlah lapan, lagi kaya lah dia.

apa² pun aku kurang gemar sangat angka ni, aku lebih suka tujuh. ada sesiapa yang boleh bagi tahu aku apa maksud nombor tujuh ?

di bawah antara syarikat yang bagi hadiah dalam angka ini. Boleh la masuk. Nanti jadi kaya. :)

CELCOM : 888 CMT Ang Pow Promotion

Send CNY CallMeTones Jukebox to your cliques & stand a chance to win RM888 AngPow! 10songs@RM5 only! Type CMT GIFT 88888 (Recipient’sNo) , send to 22990

Grab your chance to win RM888 worth of ANGPOW Contest.(Song1)-(code1). Type CMT (code) & send to 22990. RM3.50/CMT. T&CApply

HOTLINK : CNY ANG POW



TM : TM-iTalk iWin



HP = GONG XI FA 8888 CHAI


Banyak lagi lah. cuba lah google sendiri.

Yang terakhir, nombor plate "ong" nak jual. [ klik sini ]
Ada nombor lapan juga.

p/s : Bagi umat islam dan saya sendiri, ini adalah seronok² saja ya. cerita² kedai kopi saja. Jangan percaya sangat nanti syirik.

PENAT SERONOK PELIK KECEWA



Sabtu Ahad Isnin = 30/1 - 31/1 - 1/2 - 2010

Adalah hari yang sgt memenatkan kerana aku telah memandu sejauh 700km kurang dari 24jam.

Tapi hari yang amat menyeronokkan juga, kerana dapat berjumpa sanak saudara, dia, dan kawan lama.

Juga hari yang pelik kerana tanpa diduga hari itu aku dah beli "gelang emas". Pada mulanya hanya hendak survey tapi akhirnya terbeli juga.

Kecewa kerana aku telah berjaya mengikut segala rancangan tetapi rancangan aku yang gagal akhirnya tanpa diduga.

Tapi aku puas hati.

Esok, lusa mungkin ada lagi. Siapa yang tahu kan.

"kita hanya merancang, tuhan yang menentukan"