HOME

AKU DAN KENANGAN #1


2003
2003 * gambar di ambil dari FB Mr Im

Ini adalah ketika aku semester 2 di Politeknik Seberang Prai. Tahun 2002/2003. Ketika ini aku memang tidak gemar bergambar. Jika ada kamera mungkin aku akan mengalihkan diri atau menundukkan muka. Serius. Cari la aku.

CERITA HARI INI #8

TAKEO KIKUCHI
TAKEO KIKUCHI
TAKEO KIKUCHI
Baju ini ramai juga kaki bundle yang cari. Tetapi aku dapat di butik dengan harga yang diatas. Diskaun 10% lagi. Menyelam di butik mungkin lebih bagus. Menarik bukan.

CERITA HARI INI #7


AISKRIM AISKRIM AISKRIM

sedap nye... RM200.00++

HOBI DAN MARKET VALUE

WE DONT HAVE A TOWN DRUNK, WE ALL TAKE TURN
Cerita baju di atas ni memang banyak sekali. Mana tak nya, kalau diikutkan dah lebih 10 tahun aku pakai baju ni. 10 tahun yer OK ! dan aku masih pakai baju ini lagi. Aku masih ingat aku beli baju ni di Kedai Bundle Mat Skru di Sungai Besar. Ketika itu aku dalam tingkatan 2 sekolah SMK Sungai Besar. Bulan 2 @ Februari tahun 1998. Ini adalah baju bundle kedua yang aku beli. Sehingga hari ini aku masih pakai baju ini untuk tidur. Ya, ini adalah baju tidur aku.

Aihh, baju tidur pun nak cerita dekat blog ke bro ??

Ermm.. bukan baju tidur yang aku nak ceritakan sebenarnya. Ada dua cerita yang aku hendak cerita di sini. Market Value dan Hobi, itu adalah perkara yang hendak dirungkai.

Sedikit info tentang baju di atas. Ia adalah baju 3 kain, dari campuran cotton, polister dan rayon. Sumpah, aku tak tahu baju ini adalah baju 3 kain ketika aku beli 12 tahun yang lepas. Aku beli kerana baju ini lawa, kain lembut dan baju jenis ring. beli dengan harga yang murah RM5. Sekarang aku agak gemar menziarahi blog-blog baju bundle, jadi aku agak terkejut la dengan perubahan harga baju ini. Harga pasaran baju ini dikatakan boleh mencecah RM200.

Sumpah sekali lagi aku terkejut !!

Ini la yang dikatakan Market Value. Semakin lama sesuatu barang, semakin bernilai dan semakin ramai yang meminati. Antara kegilaan kaki-kaki bundle Malaysia ini adalah baju vintage dan kain 50/50. Simpan la baju ini jika terjumpa. Mungkin tahun 2020 ia akan naik 200 kali ganda

Bundle akan terus menjadi hobi. Aku akan terus menyelam untuk kepuasan diri sendiri sahaja. Lebih kurang macam kumpul setem la, korang kumpul korang simpan. Nanti dah 20 tahun setem hari ini akan jadi benda vintage.

haha simple. =)

CERITA HARI INI #6


Photobucket
18052010 Hari ini cuti. Tiada apa untuk dibuat.
Menyelam sekali sekala dapat melegakan fikiran.
Hasil selaman :

1 ) Takeo Kikuchi / wikipedia
2 ) Graniph

Semua dengan harga RM10.

:)

CERITA HARI INI #5


17052010 hari ni kawan serumah aku Alip Ilyas diserang penyakit gastric @ pedih ulu hati dan appendicitis . Kesian aku tengok dia. Aku hantar ke HKL. Ketika di sana aku jadi macam ni.


Kenapa ... ?

Kerana Aku Penat Menunggu.

Semoga dia cepat sembuh. Amin..

TAMAN TASIK PERDANA





Pelbagai manusia suka kunjung ke mari. Angin subuh yang dingin waktu bersuka-neka. setelah penat mencari ilmu rezeki disiang hari. sebelum senja kala riadah tiada saingnya. Hirup udara tubuh segar bugar. Padang menghijau rumput dihiasi. aku laksana seekor serangga. hingap di bunga taman tasik perdana. Alangkah puas kalbu melihat langit biru. Pudar sedikit rasa duka dan nestapa. imbas kembali zaman waktu ku curah dulu. kini dulu semalam esok hari bermakna. Hirup udara tubuh segar bugar. padang menghijau rumput dihiasi. aku laksana seekor serangga. hingap dibunga taman. Di Taman Tasik Perdana. Singgah sebentar taman tasik perdana. Taman tasik perdana Ilhamku.
Singgah sebentar ditaman tasik perdana aku laksana serangga

Band = Butterfinggers
Album = Selamat Tinggal Dunia
Tahun = 2004


CERITA HARI INI #4





Hari ini aku cuti.
Tiada apa-apa mahu buat.
Aktiviti lama ketika aku tidak keruan dulu kembali.
Hasil selaman adalah :
- Barbara Kruger / wikipedia
- Hollister ( vintage )
- Kemeja Kerja ( vintage )
Dengan Harga RM15.


:)

NASIHAT ORANG TUA



Ketika aku bersiar-siar di Taman tasik Perdana, singgah di Masjid Bukit Aman untuk menunaikan kewajipan. Sambil menaiki kapcai ku, hendak masuk ke pintu masjid ada sebiji Mercedes Benz CLK masuk ke halaman masjid. Ketika itu aku di belakangnya, kereta itu ke depan ke belakang. Aku dengan biasanya memaki dalam hati lah. " Aduii apa la orang ni, nak jalan. Jalan je la terus." aku potong kereta itu dan parking terus ke depan masjid.

Selesai menunaikan kewajipan. Bersedia untuk bersiar-siar lagi. Pemandu Mercedes Benz CLK itu pun dekat kepada aku. Nampaknya macam nak membeli dari sesuatu. Aku tunjukkan barang yang aku ada. Bila sudah dibeli. Dia tanya aku.

Dia = Kerja mana adik ?
Aku = Sy kerja kat TTDI, call centre.
Dia = Ohh, kamu ada kelulusan apa.
Aku = Sijil
Dia = Ohh. ok la tu. Ingat tadi tiada kerja, Kalau tiada kerja pakcik nak bagi kerja.
Aku = ohh.kerja apa.. ?

Dia diam.... itu yang aku terfikir sehingga sekarang. Jika aku tahu kerja apa yang ditawarkan kepada aku. sedikit sebanyak aku akan tahu nama company dia seterusnya tahu apa jawatan dia.

Dia menukar tajuk perbualan.

Dia = Ok. saya tengok awak ni rajin buat banyak kerja ni. Tengok anak muda yang lain banyak yang buat jahat.
Aku = Eh.. tak la cik
Dia = bukan awak.
Aku = Ohh..
Dia = Saya tangok awak ni ok la. Ada kerja meniaga sendiri. Yang penting kreatif, planning, berdoa kepada Allah. Insyaallah ada rezeki nanti.
aku = Ye la cik. masa muda ni la nak buat. Dah tua nanti tak dapat nak buat semua ni. Dia = Elok la tu ada planning macam tu.
Aku = Ok la cik. Nak bersiar-siar ni

Pengajaran.

Dari pemerhatian aku. Orang yang berpengalaman atau orang yang lebih tua dari kita biasanya akan memberi nasihat dan dorongan semangat kepada kita. Hanya orang yang sebaya saja yang akan cuba meng"argue"kan apa yang kita buat sebenarnya. Dan orang yang lebih tua akan hormat kepada kita jika kita buat apa benda yang dia tak buat pada masa muda nya.

wallahualam.

SAYA LEBIH SUKA KENA MARAH DENGAN ORANG YANG NIAT NYA HENDAK MEMPERBETULKAN KITA DARI KENA PUJI DARI ORANG YANG HANYA UNTUK MEMPERGUNAKAN KITA.


pemerhatibebas

ADAKAH KUALITI ITU UNTUK BERTAMBAH MUTU ATAU KUALITI ITU HANYA UNTUK KEPENTINGAN.



Tempat kerja aku adalah tempat agak stress walaupun fizikal nya nampak bersahaja. Semua stress di dalam. Dalam mana ? Kedalamannya adalah dari mimpi atau igauan para pekerjanya. Sesungguhnya pekerja tidak akan tahu apa yang terjadi seterusnya. Jadi seboleh-boleh semua pekerja mahu mengurangkan risiko untuk bermimpi pada malam hari.

Untuk mengurangkan risiko ada beberapa cara. Ianya adalah sebuah situasi organisasi. Bagaimana organisasi syarikat kapitalis ? Jadi seperti biasa hirarki memainkan peranan. Semua boleh dibuat jika kamu berada di atas. Berada di atas adalah sesuatu yang seronok pada luaran. Lihatlah di mana-mana organisasi dan lihat orang atasan mereka semua perut ke depan. Berperinsip kerja kurang tetapi income banyak masuk. Kesimpulannya semua boleh dibuat oleh orang atas dan aku orang bawah selalu menjadi mangsa keadaan. wtf.

Jadi aku yang buat kerja lebih disini walaupun aku antara orang lama. Gelaran "orang lama" tidak menimbulkan manfaat. Jadi pekerja yang beratus di tepi aku ini hanya sekadar batuk di tangga. Dapat gaji kemungkinan besar akan berhenti kerja. Ya ini adalah tempat pekerja keluar dan masuk. Bagaimana dengan gaji ?

Alhamdullilah. aku cukup makan di sini.

Bukan niat untuk kompelin tapi niat hati tak puas hati lah dengan orang atasan. Sekarang aku tahu cara orang atasan berfikir. Mereka tidak akan mengurangkan produktiviti, mereka akan menambahkan produktiviti. Dengan cara bagaimana, profesionalisme orang lama yang akan menambahkan produktiviti, jadi bagilah mereka kerja yang lebih. Manakala yang baru, ajar lah mereka dengan sambil lewa. Jika mereka bertahan, dia kuat pada mental nya. Dan seterusnya produktiviti mereka akan bertambah kerana disiplin pada mental nya yang kuat sudah terbentuk. Dalam masa yang sama hanya orang yang berkualiti saja yang akan tinggal di organisasi tersebut.

Berbeza dengan organisasi kerajaan di mana semuanya akan tetap. Jadi jika sekali kamu dipilih, mungkin kamu bertuah kerana kamu akan berada di sana tetap. Jadi mungkin kamu akan begitu sekarang dan begitu 10 tahun hadapan nanti. contoh mungkin sudah ada, cuba perhatikan.

Sekarang aku rela menjadi yang berkualiti dan cuba berubah dalam masa ke semasa. Cuba untuk berubah dan mengubah diri dari hitam kepada putih, bengkok kepada lurus, negatif kepada positif dll. Walaupun aku terasa ditindas. Yang menindas juga manusia. Dan yang ditindas ( aku ) adalah manusia juga. Jadi ada cara untuk penyelesaian.

Insyaallah.