HOME

CERITA HARI INI #17

PMRHTBBS

Tipu ! sebenarnya bukan la hari ini.. dah lama dah.
Cuma baru terdetik nak post kat blog hari ni.
Somewhere on Jun.. First time aku beli seluar bundle online.
Aku lebih prefer untuk COD dari post.

Dan aku berpuas hati. TQ untuk brother Ashraf.

AKU DAN RAYBAN


Aku ni anak pertama. Jadi tiadalah insan yang boleh jadi influence selain dari ibu bapa aku. Bila aku meningkat awal remaja dan ibu bapa aku semakin tua, tiadalah influence yang boleh diikuti. Jadi dengan drastiknya aku jadikan pakcik aku sebagai influence aku. Dia ni memang style-lah. Baju Keevin Keegan dengan baju fans Liverpool 1970an tu dia la yang punya.

Apa kena mengena dengan Rayban ?

Ok Suatu hari dia balik kampung dengan membawa Rayban baru. Aku jeling je. Mentah lagi la katakan. dalam hati cakap, "cantik juga cermin mata ni". Dia cakap dia beli Rm300 masa tu tahun 1994 aku darjah 4. Kebetulan aku ada konvoi ke Sungai Bil, kebetulan dia dah balik KL, kebetulan juga dia tinggalkan Rayban tu. jadi apa lagi. Bergaya sakan la aku pakai Rayban dia ditambah naik moto Yamaha Y80. berangan jadi Azroi !.

Suku perjalan ke Sungai Bil aku pening. Maklumlah, masa tu mata tak biasa lagi pakai sunglasses. Jadi otak tak dapat menerima lah. Aku jadi pening. Aku bagi pinjam Rayban tu pada Sunardi. Dia pakai sehingga sampai ke air terjun Sungai Bil. Yang aku peliknya, dia pakai Rayban sambil mandi dalam air terjun. Masa tu juga Rayban tu jatuH lalu di bawa arus deras. aku bengang !.

Terus aku marah dengan dia. Tak puas hati tapi aku takut dengan dia sebab dia tua 2 tahun dari aku dan badan dia besar. Kalau dia tumbuk aku nanti, mati aku berkata dalam hati. jadi aku pendam dendam dalam hati. dan sekarang dah 16 tahun masih segar dalam ingatan.

Lepas kejadian itu aku mula menyimpan perasaan untuk memakai Rayban. Aku juga telah di lempang kerana hilangkan Rayban. Aku juga tak pasti Rayban model apa, yang pastinya driving series.

CERITA HARI INI #15


Dapat Rayban idaman dengan harga yang sangat berpatutan,. Jadi aku beli sekali dua. haha..

CERITA HARI INI #14

 AAAAA CANON
Ini adalah hasil dari aku balik Sungai Besar hari Rabu. Lepas ni hari Rabu aku akan balik Sungai Besar.