HOME

CERITA HARI INI #3

Seronok bila baca blog yang comel-comel. Samada tuan blog yang comel ataupun barang yang dijual. terfikir nak buat sedikit part-time. Setelah beberapa bulan berniaga terus. Nak cuba perniagaan online. Mungkin boleh membantu mengiklankan. Meramaikan. Ya, sedikit sebanyak. Insyaallah.

sila lah lawat

chocolateskrim.blogspot.com .

:D

21042010 BIRTHDAY BOY



Sempena hari jadi aku yang ke 26. Ya yang ke 26. Tua ke ? tetapi aku masih lagi rasa muda walaupun badan agak berat. Ya pada umur aku 26 berat badan aku naik menjadi berat idaman wanita. Opss. Tetapi hati aku akan tetap muda walaupun kematangan telah menuakan aku. Ya sedikit walaupun tidak banyak.

Pada umur 26 tahun ini cuba kamu baca bait-bait lagu dari POH ini " Satu lagi nak pesan, Busuk hati janganlah simpan, Nasihat untuk rakan dan taulan, Simpan semua jadi panduan, Sudah 26 tahun, Ilmu didada aku susun, Kalau berkat tak datang turun, Sampah sarap datang berduyun". POH. Ini adalah bait-bait sesuai dengan sesiapa yang sebaya dengan aku. Baca, selami dan hayati. Mudah.

Pada umur 25 tahun yang lepas aku berterima kasih kepada insan-insan yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat memahami aku. Membantu aku. Menolong aku. Mengajar aku. Mencelikkan aku. Menasihatkan aku. Dalam segala urusan dan hal. Sesungguhnya pada umur sebelum ini banyak pengalaman yang telah dilalui. Terima kasih kepada si dia, mama, adik beradik, pakcik dan makcik ku, saudara-mara dan kawan-kawan.

Pada umur 26 tahun aku berjanji akan improvekan diri aku ini. Improve apa ? Aku tidak boleh jawab sekarang kerana semuanya belum dilalui lagi. Tapi aku akan tinggalkan yang lepas-lepas itu sebagai pengalaman untuk menghadap 26. Apa yang aku sadar 26 akan lebih mencabar kerana hidup aku akan berubah ke level yang kedua. Harap dipermudahkan oleh Nya. Dipermudahkan segala-galanya. Amin.

Pada umur 26 dan seterusnya aku berjanji akan lebih menyayangi dan mengenali dia dengan lebih. Selebih-lebihnya. Bagaimana ? Biarkan saja, aku dengan dia saja yang tahu. Kepada keluarga, ibuku aku akan terus menyayangimu hingga ke akhir hayat ku. itu aku berjanji. adik beradik, saudara mara, kawan-kawan juga aku sayang. Jadi pada umur aku 26 dan seterusnya aku akan lebih berkasih-sayang. Kan Kasih-Sayang itu punk. OK

Jadi pada hari lahir ini tunang kesayangan ku bertanya,

Dia =" Sayang nak hadiah apa tahun ini?",

Aku =" hadiah pengorbanan awak kepada saya selama ini dah memadai untuk saya buat terharu, jadi tidak perlu ditukar ganti dengan material. Kasih sayang awak kepada saya adalah yang terbaik untuk saya. Terima kasih sayang."

Dia = " Wahh.. betul ke ni ? macam tak percaya je"

Aku = " Betul sayang, tapi jika nak bagi hadiah, baldi saya tadahkan " heee

:D

P/s : Jika kita gaduh atau ada krisis ke pesan lah saya untuk baca entri ini.

14042010


HARI INI GENAP 2 TAHUN BEKERJA JADI OPERATOR !!

alhamdulillah. bersyukur kerana di murahkan rezeki oleh-Nya.

Amin

CERITA HARI INI #2


P

OK. sekarang ni aku nak bagi kamu fokus pada sesuatu kejadian. Hendak mengingatkan kamu mana asal-usul kamu. Begini. Cuba tangkap satu bola warna biru, cari dari mana dia datang dan di mana dia mati.

Compare lah dengan manusia. Bola biru = manusia = kamu.

Apa akan jadi ?

OK

"Over-Confident"



Photobucket

Lihat balik posting ini. Aku memang bersifat begitu. Aku kekadang agak meluat bergandingan, mendengar, bercerita, berseloroh, berkerja bersama dengan orang yang "over-confident". Bila dia ada sifat tersebut dengan sendirinya menjadi macam ini :

- Bersembang dan bercerita bagai tahu semua benda
- Sekerasnya menolak idea orang lain. 100% hendak menerima idea dia walaupun jelas ideanya sebaik idea orang lain.
- Mulut manis @ soft spoken tapi sebenarnya menipu.
- Orang yang begini biasanya tidak boleh duduk berseorangan, dia akan sentiasa mencari peneman di kala sunyi.

Pengalaman bergaul bercampur dengan orang sebegini adalah memualkan. Berbagai karenah, perangai dan kehendak nya perlu diikut. Idea orang lain dia curi dan dengan kelembutan kata-katanya dia mencuri semuanya. Dengan kelembutannya juga aku terkena dengan kata-katanya. Boleh dikatakan ditipu dengan orang jenis begini. Aku kalah dengan orang begini dan seterusnya hanya mampu diam memerhatikan keadaan.

Seseorang yang sifat nya begitu kebiasaannya memang tidak akan berfikir panjang. Berfikir caranya adalah sesuatu yang gila. melihat sesuatu adalah dari perspektif objektif matanya sendiri. Jangan di halang. mungkin kamu akan terjebak bersama. Amaran ! Biarkan sahaja melihat dari kesimpulannya dan lihat dari keakhirannya.

Habiskan cerita tentang over-confident, Jadi carilah tahap konfiden yang sama level dengan kepandaian atau kecerdikan kamu. Jangan level kepandaian kamu 3 tetapi tahap konfident kamu 5. itu adalah over-confident.

Bagaimana hendak menilai tahap konfiden ?
Ambil cermin dan cermin muka, kamu akan dapat jawapan. OK

AKTIVITI HARI MINGGU



Cuba tengok gambar di atas, apa yang lu orang fikir ??

lu orang datang Taman Tasik Perdana. Jumpa mamat jual aiskrim, lu orang beli aiskrim dekat dia. cuba rasa, kalu sedap beli lagi banyak-banyak. Yang penting datang Lake Garden @ Taman Tasik Perdana jika gian makan aiskrim. OK