Apabila Si Dia Menangis Tatkala pemergian Mu.
Aku masih lagi tak dapat menerimanya, aku dapat merasakan sesuatu dari air mata nya.
adakah tangisan itu ikhlas atau fake aku masih tak dapat lupakan bila dia katakan sesuatu yang kesannya sering kali berputar-putar di ingatan ku.
Di kala aku memerlukannya, si dia pergi. semuanya sudah di jangka. Penyampaian nya ku ragu
di situ ku tahu semuanya. Sebelum semuanya terlambat. aku mengalah dahulu. katanya dia tidak mahu ada yang terluka tapi aku tahu mesti ini akhirnya, lalu ku berhijrah mencari noktah.
Currently, saya sangat suka melihat blog street fashion. model igauan aku adalah di bawah.
mungkin aku akan tukar penulisan dari emosi ke fakta atau blog fashion jalanan. dan masih dalam pembelajaran.
Maaf Dipinta Seribu Bahasa
Mengapa sekarang aku menjadi tidak menentu ? dari dulu atau semenjak ini, aku tidak mengetahui apa yang terjadi. Mungkin kerana azali lagi aku begini. Aku tiada petunjuk yang boleh menyuloh ku ke hadapan, semuanya berjalan sendiri. dengan tapak kaki ini aku berjalan, jatuh, lari. Dengan tangan ini semua bukti dosa, pahala. Aku sedar yang berat hanya dosa. Hari ini aku rasa begini lagi ankara sebuah perhubungan yang tak tahu mana usul nya. semua membuat aku jadi begini. mungkin hanya seketika ini sementara mencari pengganti. Lebih komited aku lebih menjadi begini. Tapi kenapa dia layan aku begitu. Hanya untuk meluangkan masanya, melepaskan dendam nya, perasaan palsu nya. bila semua otak tahu semua palsu. fikiran membelenggu. Otak syaitan sekarang menguasai diri. Apa sekarang mahu di buat ? Mahu ikut kata hati, nafsu, akal atau iman ? semuanya tanda soal. Otak ku pasti memikirkan kata hati. Hati aku buta. Siapa mahu membimbing ku. Itulah yang ku cari, seorang pembimbing san aku mahu berjalan bersama mu. mendorong ku. Tapi si dia tak mahu. Dan aku terkedu. Sekali lagi aku terjatuh. kali ini emosi aku terjatuh. Haaa TOLONGG !
Siapa lagi bergini. tolong aku.. aku mahu share semua ini. sekarang ni aku sedar semuanya lari dari ku. semua lari. memang nampak happy tapi hati siapa yang tahu. aktiviti ! ya ia cara yang bernas, melalui kawan. tapi semua kawan hilang. I,m lost in transaction. alone in a thousand faces. wtf. apa semua ini. seperti yang di tulis. aku hanya mahu penunjuk arah. pembimbing. YANG ESA tolong lah aku. aku terasa keseorangan sekarang ini. bukan nak meminta-minta.
ini hakiki.
Publikasi Hati
Aku cuba untuk mengeksploit. Cuba untuk memerangkap diri. Menangkap sipulan eksploitasi. Melihatnya bergelejat. Cara buatan hipokrit. Diam ku kerdil. Datang ke pulau itu. Ramai sesama nya. Bergelejat bergembira, hala tuju mana, musim sama saja.
Apa sebenarnya di sana. Pulau itu cara mereka. Pergi semula semalam, sama saja apa kelebihan. Aku kembali ke pulau, berdiri kebingungan, hala tuju sudah di suai. Purba kembali ke zaman. Cuma itu hari ini. Mungkin itu hadapan, semalam, tapi ia sama. Apa
kelebihannya; sama.
Bila melihat haiwan. Ada lagi kasih diantaranya. Mungkin monolognya ganas. Sifatnya sama. Bila melihat diri, monolognya suci hakikat sebaliknya. Ahh apa yang ada? Lalu ku lari mencari kasih. Masa yang belum tiba. aku berhenti. Tekad mengetahui kemahuan apa yang dimahu. Masih mencari. Hanya pada-Nya aku berserah. Kutahu kekerdilan ku di fana sementara ini. Sshhh,, lalu ku diam.
Kembali ke pulau itu. Indah nya fenomena sementara. Lupa dengan keindahan ini. ada yang terindah lagi dihadapan. Lalu ku eratkan genggaman ini, mencari siapa di hadapan itu.
Tapi aku masih lupa ! siapakah dia itu dan siapakah dia ini.
kembali lah keasal mu. jangan lah alpa dengan keadaan mu.
PELUH SI BURUH ITU MUNGKIN SEDAP JIKA DIBANDINGKAN DENGAN BAU PELUH MU. ( walau kamu tidak berpeluh )
Melihat tajuk di atas menunjukan sesebuah emosi pemberontak. Melepaskan sebuah tekanan. Menghembuskan tekanan nafas. Mungkin tidak sesegar dulu. nasibnya yang baik tidak semesti hatinya suci. melihat mukanya yang kusam mungkin itu sesebuah pengorbanan. Jika sesebuah pengorbanan itu dieksploitasi adakah kamu akan kembali berkorban ? mungkin cukup untuk sekali. Mungkin ini permulaan untuk berkali-kali. melihat situasi bergini, aku kesedihan. Menangis. Masam mukanya melihat air mata lalu dikerahnya untuk sekali lagi. Inilah permulaan nya. Ia pun sedar, lalu mengambil jalan untuk beredar. Inilah yang sebenar, inilah dia fana, dan inilah dia dunia. Penindasan = sesuatu yang tidak akan hilang. Kasih - sayang = mungkin akan hilang, lenyap di bumi. Semuanya sudah tertulis dan hanya waktu yang menentukan. aku sendiri tidak tahu dimana kasih sayang sebenarnya,hanya kekerasan yang menghantui ku. kekejaman yang mendewasakan ku. dan menyelinap di sanubari ku.Ketika aku mahu lari, mahu mencari di mana itu kasih-sayang. Ia datang lagi menghatui ku.Sesekali aku terfikir di mana tempat yang sesuai untuk berpijak sebenarnya. aku puas melihat kekejaman ini. Aku sudah karat dengan cerita semua ini. Hak asasi di jual beli. Orang menjadi murah-murahan.Maruah di sedekahkan. Jahil dibangga-bangga. Muak. Aku Muak. Mungkin kehijauan itu ketenangan. Daun-daun itu keamanan untuk melambai sebuah kegembiraan. Leka ku diuruti oleh angin-angin yang nyaman. Ya, aku selalu mengimpikan nya. Aku mahu berada di sana. Melihat senyuman si nenek dan atuk. mengembirakan. Hiruk pikuk sungai mengalir. Ohh bahagianya.. berpeluh mencari sesuap nasi yang tidak seberapa, manusia menjadi lupa. alpa. Sanggup menjadi tuhan dengan darjat yang tak seberapa. Ya, aku kalah dalam situasi ini. Dan ada yang sanggup menjadi malaikat dengan menurut segala arahan nya. walaupun ia terbalik dengan dokma mu. Sakit aku dengan dunia ini.mungkin situasi sebenarku belum sampai. Ia dalam perjalanan. ya dalam perjalanan sebenar.
Adakah diam itu ketika kita mati sahaja ? fikirkanlah...
Duduk di kerusi, di depan PC, pejamkan mata sebentar. Mungkin anda akan hilang sebentar. Berenang di lautan kamu, tak tahu kemana. Bila kerusi di gerakan, dan kamu akan gementar serupa tiada di dunia. Mungkin di neraka.Minda bergelora memikirkan kamu yang kemana. Siapa yang berani menggerakan kerusi empuk ku ini ? Biadap kamu.
Kalau saya tanya kamu, boleh kah kamu menjawab dengan ikhlas ?
Bolehkah kamu diam sebentar?
Saya sakit la.Tolong lah dengar dan lakukan apa yang ku katakan ini. Hanya suatu perbuatan mudah. SENYAP sebentar. Aku penatlah melayan karenah mu. Aku penat la melayan nafsu mu. kalau ku tahu kamu begitu. Aku tak akan masukkan kamu di dalam separuh hidupku.melihat mukanya yang berpipi tembam dan bermata kuyu, aku berasa kesal kerana melakukan sedemikian kepadanya. Tapi, sekali ini sahaja ya, tolong lah jaga perasaan ku. Aku sudah tak tahan melayan karenah ortodoks mu.
Adakah kamu seorang yang pelupa ?
Eh tak lah. Aku ingat lagi dulu sewaktu kecil, kita bermain bersama, pegi sekolah bersama. Lepak bersama. Kau yang mengajar aku banyak perkara positif. Kesemuanya masih ku ingat lagi. Tapi apa kena mengenanya dengan sekarang ? adakah kau perlu ?
aku tak ingat la kau sekarang. Ish muka kau pun dah berubah.
Hey ! pergilah kau.
Apa kena mengenanya kedua di atas ? aku tidak mengerti. Ianya adalah dua perkara yang menghantui pemikiran ku. Tentang seorang yang tiada maknanya dan ianya datang kepada ku. Pandai berbicara. Mulut manis. Tapi apakah yang dia mahu sebenarnya.
Adakah dia ikhlas ? Aku hanya mahu ikhlas. Aku hanya tidak ikhlas tentang kerja dan duit. Maaf.
Adakah berkawan itu ikhlas ? ya, ikhlas berkawan. Kamu tidak akan kepura-puraan bila ikhlas. Bila kepura-puraan, semuanya tidak lama. Akan terkandas di tengah jalan. Sesuatu akan hilang dari perhubungan. Itulah dia tidak keikhlasan.
keihlasan akan juga menjadi fenomena. Biarkan. Menekankan keihklasan. Tema ku. Aku teruk. Aku Busuk. Aku Buruk. Semua adalah aku. Jadi kamu apa ? Mungkin kamu sebaliknya. Aku tidak tahu apa-apa tentang kamu. Jangan mempedulikan ku. Aku tak mahu menjadi orang-orangan seperti kamu. Melalak terpekik. Tapi mana hala mu. Aku tiada kuasa menunjukkan jalan mu. Membetulkan mu. Aku juga rosak. Jangan ikut ku lagi. tolong.
Aku berlari, lari dari semua. Eh tapi kemana ya ? Akhirnya aku kembali ke situ juga. Dan aku masih lagi berjumpa dengannya. mendengar segala cerita egonya. Aku menunduk tanda mengalah. Memandang keatas berfikir. Adakah kau sedar atau masih berada di dunia mu. Kerana mu aku hilang punca. Sifat mu aku hilang arah. Mungkin kamu akan sedar sendiri. Bila semua ini sedah kamu lalui.
Kenapa aku tidak mampu petah seperti mu ya ? Aku sedari, idea tidak datang dari mulut ku. Mungkin ia boleh diadaptasi di entri ini. Jadi aku hanya petah disini. Hakikat aku bisu diam membisu. Ha tolong lah.
Aku tidak mahu menjadi perwira mu. Gagah perkasa seperti suria.
Biar lah aku disini menjadi diri sendiri. Biarkan aku menulis ini. Jangan mengata
karena membaca ini.
Sssyyyy.....
hilang mood
Setelah separuh apa yang ditaip hilang tetiba, arghh black out. tanpa save. arghh terus aku takde mood untuk menulis.
next time yah
mari berjalan-jalan
27-01-08 Trip ke Melaka. wuweee..
menyeronokan dan memenatkan.
puas ! itu yang ku mahu.
di bawah adalah tinggalan dari hari itu.
bila
Subscribe to:
Posts (Atom)