HOME

SUSAH DAN SENANG


Sekali lagi aku berasa keseorangan. Terasa kosong walaupun ramai di sekelilingku. Mana pergi teman-teman ku semua ? Hilang lagi kali ini. Arghh.. Biarlah aku seorang lagi. Apa perlu kamu semua. Bikin susah sama aku saja. Menyusahkan aku sahaja. Apakah aku akan senang selamanya ? Persoalan lagi ini. Benci aku ini. Yang sebenarnya aku. Tidak mahu. menyusahkan dan disusahkan

BOSAN !


Selepas hari raya ini aku bersemangat untuk mengupdate blog ini dengan harapan untuk meletak gambar-gambar hari raya. Tapi bila aku nak update mengapa sudah 3 hari belum lagi update apa yang aku post ? Dan aku fed-up aku akan buat blog yang lain dan aku aku publish kepada masyarakat antarabangsa, kerana blog ini lebih kepada personal blog. Tulis & Baca. Dan aku mula sakit hati di hari raya di sebabkan dengan Blogger. Dan aku malas nak update picture ! huh

SELAMAT HARI RAYA

Tahun ini aku beraya di ofis, Sesuatu yang baru bagi aku. berbaju melayu di ofis, makan kuih, rendang di ofis bersama rakan sejawat sedikit sebanyak melupakan kemeriahan beraya di kampung halaman. Aku sudah dewasa. Ya ! Sebelum ini, aku sanggup melakukan apa saja asalkan aku akan balik ke kampung untuk berhari-raya. Tapi berbeza dengan tahun ini kerana aku sanggup meninggalkan kampung untuk berhari raya. Menunjukkan yang aku lebih mementingkan tanggungjwab di sini. Di ofis semuanya seperti sedia ada. Balik ke kampung ? Ya, aku akan balik ke kampung pada raya ke 3 dan ke 4 untuk beraya di sana. Kepada semua datang la beraya di kampung halaman ku. Beraya di bandar semestinya tidak menyeronokkan.

BIARLAH PANAS SEHINGGA HITAM

240908 mungkin hari keramat bagi aku. Mungkin hari ini hari luck aku. Hah ye ke ? Setelah aku bertungkus ke sana ke mari dan akhirnye aku dapat apa yang aku kehendaki. Cuma sekarang ini aku hanya perlu menjaga nya denagn sebaik mungkin. Pada hari itu aku telah keluar savvy hijau WNK 8763
dan satu lagi yang aku berasa seronok aku dapat sambung contract selama 3 tahun di tempat kerja ku. walaupun ramai kawan batch aku yang sudah tidak mahu kerja di sini tapi aku seronok kerja di sini... Wat ever.. saya mahu saja kerja di sini kerana sekarang aku sudah ada tanggungjawab.. good luck ujang.. :)

INI 2007 dan MUNGKIN 2008

masih segar diingatan ku.. mungkin tahun ini lebih ___________ ?

OHH BASIKAL TUA...

Semenjak ini aku selalu melayari web blog fashion. Ini yang aku tertarik melihat sesetengah orang berfashion dan berbasikal. Ohh in Malaysia someday. Saya mahu jumpa ia atau saya yang lakukannya. nice =)

SELAMAT BERBUKA PUASA

Kepada semua umat yang berpuasa selamat berbuka puasa aku ucapkan. Tapi yang tidak puasa harap maaf. Hah. Aku pun tidak berpuasa hari ini sebab tidak dapt menahan nafsu ku. Aku gagal pada puasa ke empat. Emm tapi aku senyap je wat tak tau. Memang aku begini hipokrit. Menipu diri sendiri. Semua orang ingat aku puasa, Tetapi aku dah makan nasi beli di kedai mamak. RM5. Dan langsung aku tertido. Tetiba, aku tersedar seorang yang ladyboy datang kepada ku menunjukkan kumis nya yang tumbuh merata. bertanya kepada ku.kenapa kumis nya lebat. Muka nya penuh bulu. HUH aku terjaga. aku bermimpi pondan rupanya. Haih terus ake send sms pada dia. "Awak nanti kejut saya kul 3.30 ya". Dan singgah di pasar Ramadhan.. Nyumm

Tetapi... hakikat nya aku berbuka di Ofis dengan kuew tiaw goreng dan air soya. emm sedih.. alhamdullilah.. ;)
ini juga di hati.

KEMERDEKAAN

Sempena bulan kemerdekaan. Aku mahu bertanya siapa yang sedar tentang erti kemerdekaan di kalangan muda-mudi. Hanya parti dan pesta muda-mudi sahaja yang diadakan. Apa yang mahu di ingati ? Hanya dikala Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengalukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957.Hanya itu saja yang diingati. Dan malam merdeka menjadi satu sejarah yang tidak mungkin dilupai. Malam sejarah oleh muda-mudi. Malam untuk meluaskan pengalaman di jalanan. Itulah malam merdeka.seronok ! Ingat lah sedikit sebanyak apa yang terjadi sebelum ini. cuba berfikir mana pergi hala tuju kita semua ini. semuanya hilang dimamah 51 tahun. Ingat sementara semuanya masih ada lagi. Sementara semuanya masih di Malaysia. :)

NOW AND EVER ......

Setelah selama sebulan menyepikan diri. Mengkaji tengtang hal-hal dalaman manusia aku berfikir untuk bertukar arah mengubah blog ini menjadi lebih reasonable dan lebih trendy. Tidak terlalu personal di mana hanya ada luahan hati cuma aku sahaja yang paham. Mungkin lebih user friendly. Dengan kegilaan kebendaan aku akan tunjukkan di sini. TQ Sekarang aku gilakan ini : * bundle ( since 2000 ) * collection bag/old shoes/branded clothing /RayBan * Bicycle * Paris/Italy/London * Model

Apabila Si Dia Menangis Tatkala pemergian Mu.

Aku masih lagi tak dapat menerimanya, aku dapat merasakan sesuatu dari air mata nya. adakah tangisan itu ikhlas atau fake aku masih tak dapat lupakan bila dia katakan sesuatu yang kesannya sering kali berputar-putar di ingatan ku. Di kala aku memerlukannya, si dia pergi. semuanya sudah di jangka. Penyampaian nya ku ragu di situ ku tahu semuanya. Sebelum semuanya terlambat. aku mengalah dahulu. katanya dia tidak mahu ada yang terluka tapi aku tahu mesti ini akhirnya, lalu ku berhijrah mencari noktah. Currently, saya sangat suka melihat blog street fashion. model igauan aku adalah di bawah. mungkin aku akan tukar penulisan dari emosi ke fakta atau blog fashion jalanan. dan masih dalam pembelajaran.