HOME

Lu orang pernah rasa diri kecil tak ?




* gambar dicilok dari google.

Ok, Mana yang saiz besar tu memang la semua orang tengok lu orang besar.
Tapi ni aku nak lu orang cuba berasa kecil sikit. Kenapa ?

Sebab lu orang selalu di atas, bila orang dia berada dia atas dan dia sentiasa di atas dia akan berasa dia besar. walaupun saiz nya kecil. kerana ego yang menjadikan dia besar. Kerana dia selalu diatas.

Kenapa untuk menjadi kecil ?

Kecil bukan untuk melemah-lemahkan atau membodoh-bodohkan anda. Untuk mengingat untuk menyedar kerana bukan semua selalu di atas. Jadilah kecil atau di bawah sebentar untuk tahu keadaan di bawah. Kerana untuk berasa betapa lemahnya lu orang.

Bukan apa,

Aku sekarang terasa kecil kerana tidak semua apa yang aku rancang jadi seperti yang dirancang. Bila perancangan itu dipotong oleh Nya dan di situ aku sedar yang aku ini kecil dan aku tak berasa kecil dengan lu orang walaupun aku agak kecil.

CERITA HARI INI #1



Menaiki LRT dari tempat kerja ke rumah... melihat gelagat segerombolan pelajar-pelajar perempuan menaiki tren yang sama dari KLCC, bersantai cuti sekolah.. dressing dalam tema yang sama.. mengalahkan artis korea... macam kumpulan Feminin - JamalizaJaffar.

982.5KM = 22HRS. ADA BERANI ?



14032010

Macam biasa jika aku dah set nak berjalan, aku akan jalan kaw-kaw.

Jadi set dalam kepala nak pegi jalan-kaw-kaw pada 14032010. Journey pun bermula pada pukul 3pg.

KL - Ipoh - Penang - Alor Setar - Penang - Ipoh - KL

Dalam perjalanan pergi memang menyeronokan. Dengan suasana sejuk malam hari, dingin udara, dengkuran penumpang dan bunyi paip ekzoz. Yeah seronok. Dalam 4 jam aku dah sampai Perda. Sampai Perda, teringat semua kisah gelap dulu. fuhh..

Ok singgah masjid perda. 830 gerak !

2 jam sampai Alor Setar dan aku sarapan pasta macam ini. Pak Lah cakap macam gerudi. Yang penting sedap. Terima Kasih. Tunggu Apek dan pergi rumah dia. Berehat dan 1230 ke destinasi kenduri. Sampai kenduri dan pengantin sampai dalam pukul 200 pm. Wahh awesome gitu.


Din. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. itu je ucapan aku.

Aku juga agak terharu berjumpa dengan kawan-kawan. Al-maklum lah 6 tahun tak jumpa. Ada yang manis ada yang pahit. Manis tu sedap la di telan, yang pahit tu sabar ye. Anyway lu orang memang Rawkk !!

Ok kawan-kawan, aku nak balik. TQ so much.

Sepanjang ke Ipoh rahmat mengikuti perjalanan ku. Semoga mendapat rahmat Nya. Hujan sepanjang Perak. Sampai di Ipoh 630 p.m. Pergi rumah Zura. Jumpa sekejap je. Sorry la datang lewat dan tak dapat duduk lama. Jangan lupa simpan souvenir special untuk aku haa. Aku kena balik awal sebab ada hal penting. alrite.


Selamat pengantin baru Zura.

Balik ke KL rahmat mengiringi ku, Nasib baik ada Senyum boleh la tukar driver. Aku pun tido sedar di KL hantar dia balik. Aku tengok meter 982.5km untuk 22 jam. Aku makan lagi sebungkus nasi, dan aku sedar jam sudah pukul 8 am.

arghh aku kena pergi kerja !

CADANGAN #2




Kali ni aku nak menulis tentang melayu. Kenapa ? Sebab ramai orang yang kondem si melayu ni. Dan ada juga yang mempertahankan melayu.

Ya, 70% aku tak terasa apa-apa daripada kutukan dan pujian itu kerana aku bukan melayu. Tapi 20% aku terasa kerana kulit sawo matang ku dan percakapan harian ku adalah dalam bahasa melayu. 10% aku terasa sedih kalo korang kutuk bangsa korang sendiri.

Bila kita google cerita melayu, semua cerita akan keluar kan. Bosan bukan.

cerita melayu kuat

cerita melayu lemah

Kesian juga, Macam mana aku nak tolong. Dah melayu yang nak jadi macam ni. aku nak tengok ja. Bila aku baca pendapat kamu. Aku dapati semuanya unsur politik. jadi melayu memang kuat berpolitik. politik sana, politik sini. kan. Lagi yang aku baca melayu suka kroni, untung atas angin, malas, dan macam lagi sifat negatif. Apa pun aku tak setuju dengan yang ni. pendapat korang apa, mana lah tahu kan.

Mungkin melayu dah bosan cerita dengan sejarah gemilang, Zaman hitam putih Melaka dulu mungkin Melayu kuat. Bila dah habis cerita, cari cerita baru tu yang keluar cerita terkini yang sensasi certa bangsa sendiri. Biarlah. Tapi sebenarnya tiada faedah. semua kenangan lepas dan mungkin esok akan jatuh. Sebelum jatuh tu kuatkan akar tu.

Mana kekuatannya ?

Sebenarnya ada pada agama nya. Tapi biasa lah melayu tu dia ada rasa tidak yakin pada diri sendiri dan agama sebab itu lah jadi begini. Melayu ada Tanah malaya, jangan gadaikan ya. Jangan gadaikan kepada indonesia, myanmar dll. sedih. kan.

Jadi sekarang aku tak nak tulis panjang-panjang, cerita bum-bang. Lebih baik buat kerja. Dapat hasil dari melayu juga. Pandai. Jadi di sini aku cadangkan kepada korang semua tolong la jangan cerita kelemahan melayu lagi. meluat. Biarkan yang sudah jadikan sejarah. Esok jadi tumpuan.

Tumpuan di mana ?

Datang la Taman Tasik Perdana !! kerana ada Melayu United Kingdom, Melayu Jalan Yap Kwan Seng, Melayu bangang kondem bangsa sendiri, Melayu Boleh, Melayu Pandai, dll. ada lagi. Sekian.

Korang pernah buat ke ??


Pada 2/3/10 aku dah set dalam kepala ni. Nak jalan-jalan sampai puas, Memang aku puaskan hati nya. tak bagi kesian langsung !

macam ni. Team kerja aku ada buat outing pegi ke Lata Kijang. Ok. Ke Lata Kijang
la kita ye yob. katenye ! ok fine.

Sampai lata Kijang, OMG really awesome. memang best la tempat tu. Macam ni rupanya tempat ni. Selama ini aku dengar orang cerita je, Lata Kijang dengan Lata Iskandar. Dan selama ini aku angguk2 geleng2. Hari tu aku dah pegi. Puas hati.

Korang kena pegi !!

Memang best la untuk tujuan release tension. ok fine.

So, kami semua mandi-manda lah apa lagi. Ada yang tak mandi di rumah dengan harapan nak mandi di sana dan hajat termakbul. alhamdulillah.

Aku hidupkan api nak buat BBQ. haram tak jadi bara. Jadi api bakar sampah lak. siut.

Ahh, aku mandi lagi bagus.

mandi mandi mandi ..... ok dah puas
makan makan makan ..... ok dah puas
amek gambar amek gambar amek gambar ... ok puas juga


ada lagi kat [ sini ]

ok nak balik.

sekali ada suara " JOM KE CAMERON HIGHLAND"

aku yang dah set dalam kepala ni nak jalan-jalan puas-puas.

apa lagi JOM !!! kata ku

sekali 2 kereta je yg pegi. Tapi memang awesome.

Jalan dia ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan. memang tak berhenti !

Aku lepaskan gian stereng la, apa lagi. sampai atas , aku beli strawberry banyak-banyak. puas hati lagi !

Yang kat belakang tidor. siut. tapi korang memang best la.

memang gila awesome. korang penah buat ke.. ??

apa-apa pun aku sayang korang doh. i <3 u guys.

sebab kenapa ?? SEBAB KORANG AWESOME !!!!



17022010



Aduh.

kenapa lu orang tak bagi tahu aku ada mogok depan Kedutaan Australia hari tu. Kalau tak aku boleh datang sana lepak dan juga boleh aku panggil aku punya taiko duduk sana.

Aduyai.

500 orang tu. 100 kompom, 200 boleh jadi. apa nak buat. bukan rezki. Lain kali kalu ada mogok ke, reformasi ke, rusuhan ke, panggil la aku. email la aku. Boleh la aku lepak sana.

Sedih la aku tengok lu orang ni.

Kenapa sedih ?

[ tekan sini ]


RAHSIA POHON CEMARA



Nak kahwen,, nak kahwen,, nak kahwen,,

Wah seronok nye.

Seronok ke kahwen ?

Melihat keadaan sekeliling, Kawan-kawan, abang-abang, adik-adik pun dah ada yang berumah-tangga membuat aku terasa jelous, Arghh aku pun nak berumah-tangga.

Tapi.

Jangan ingat semudah 1, 2, 3,

[ sini ada cerita nya ]


Jadi, setelah masak-masak berfikir. Aku tetapkan pendirian
yang aku insyaallah akan bernikah pada bulan syawal nanti.


*sample kad jemputan

CADANGAN #1



Sesiapa yang teringin nak pegi travel dan bercuti.
Tengah berfikir ke mana ??








* kemana lagi pada hari cuti, TAMAN TASIK PERDANA lah