HOME

CERITA HARI INI #10


MARMADUKE MARMADUKE MARMADUKE

Jalan-jalan di Tropicana City. Dapat 14 tiket wayang free Marmaduke. Walaupun rating dua bintang dari aku. Tetapi puas aku berjalan.

Ya, puas yang dimahukan.

AKU DAN KENANGAN #1


2003
2003 * gambar di ambil dari FB Mr Im

Ini adalah ketika aku semester 2 di Politeknik Seberang Prai. Tahun 2002/2003. Ketika ini aku memang tidak gemar bergambar. Jika ada kamera mungkin aku akan mengalihkan diri atau menundukkan muka. Serius. Cari la aku.

CERITA HARI INI #8

TAKEO KIKUCHI
TAKEO KIKUCHI
TAKEO KIKUCHI
Baju ini ramai juga kaki bundle yang cari. Tetapi aku dapat di butik dengan harga yang diatas. Diskaun 10% lagi. Menyelam di butik mungkin lebih bagus. Menarik bukan.

CERITA HARI INI #7


AISKRIM AISKRIM AISKRIM

sedap nye... RM200.00++

HOBI DAN MARKET VALUE

WE DONT HAVE A TOWN DRUNK, WE ALL TAKE TURN
Cerita baju di atas ni memang banyak sekali. Mana tak nya, kalau diikutkan dah lebih 10 tahun aku pakai baju ni. 10 tahun yer OK ! dan aku masih pakai baju ini lagi. Aku masih ingat aku beli baju ni di Kedai Bundle Mat Skru di Sungai Besar. Ketika itu aku dalam tingkatan 2 sekolah SMK Sungai Besar. Bulan 2 @ Februari tahun 1998. Ini adalah baju bundle kedua yang aku beli. Sehingga hari ini aku masih pakai baju ini untuk tidur. Ya, ini adalah baju tidur aku.

Aihh, baju tidur pun nak cerita dekat blog ke bro ??

Ermm.. bukan baju tidur yang aku nak ceritakan sebenarnya. Ada dua cerita yang aku hendak cerita di sini. Market Value dan Hobi, itu adalah perkara yang hendak dirungkai.

Sedikit info tentang baju di atas. Ia adalah baju 3 kain, dari campuran cotton, polister dan rayon. Sumpah, aku tak tahu baju ini adalah baju 3 kain ketika aku beli 12 tahun yang lepas. Aku beli kerana baju ini lawa, kain lembut dan baju jenis ring. beli dengan harga yang murah RM5. Sekarang aku agak gemar menziarahi blog-blog baju bundle, jadi aku agak terkejut la dengan perubahan harga baju ini. Harga pasaran baju ini dikatakan boleh mencecah RM200.

Sumpah sekali lagi aku terkejut !!

Ini la yang dikatakan Market Value. Semakin lama sesuatu barang, semakin bernilai dan semakin ramai yang meminati. Antara kegilaan kaki-kaki bundle Malaysia ini adalah baju vintage dan kain 50/50. Simpan la baju ini jika terjumpa. Mungkin tahun 2020 ia akan naik 200 kali ganda

Bundle akan terus menjadi hobi. Aku akan terus menyelam untuk kepuasan diri sendiri sahaja. Lebih kurang macam kumpul setem la, korang kumpul korang simpan. Nanti dah 20 tahun setem hari ini akan jadi benda vintage.

haha simple. =)

CERITA HARI INI #6


Photobucket
18052010 Hari ini cuti. Tiada apa untuk dibuat.
Menyelam sekali sekala dapat melegakan fikiran.
Hasil selaman :

1 ) Takeo Kikuchi / wikipedia
2 ) Graniph

Semua dengan harga RM10.

:)

CERITA HARI INI #5


17052010 hari ni kawan serumah aku Alip Ilyas diserang penyakit gastric @ pedih ulu hati dan appendicitis . Kesian aku tengok dia. Aku hantar ke HKL. Ketika di sana aku jadi macam ni.


Kenapa ... ?

Kerana Aku Penat Menunggu.

Semoga dia cepat sembuh. Amin..

TAMAN TASIK PERDANA





Pelbagai manusia suka kunjung ke mari. Angin subuh yang dingin waktu bersuka-neka. setelah penat mencari ilmu rezeki disiang hari. sebelum senja kala riadah tiada saingnya. Hirup udara tubuh segar bugar. Padang menghijau rumput dihiasi. aku laksana seekor serangga. hingap di bunga taman tasik perdana. Alangkah puas kalbu melihat langit biru. Pudar sedikit rasa duka dan nestapa. imbas kembali zaman waktu ku curah dulu. kini dulu semalam esok hari bermakna. Hirup udara tubuh segar bugar. padang menghijau rumput dihiasi. aku laksana seekor serangga. hingap dibunga taman. Di Taman Tasik Perdana. Singgah sebentar taman tasik perdana. Taman tasik perdana Ilhamku.
Singgah sebentar ditaman tasik perdana aku laksana serangga

Band = Butterfinggers
Album = Selamat Tinggal Dunia
Tahun = 2004