HOME

Lumrah Konflik Manusia

aku mahu menjadi biasa dan dewasa. Seperti kamu semua, ada segalanya, bahagia didunia dan bahagia selamanya. Aku ingin menjadi senang. Ya, hidup indah.. adakah semua ini perlu dengan duit ? kebahagian boleh dibeli dengan duit ? mungkin ia adalah benar. manusia sekarang lebih mementikan kebendaan. kesemua benda ini boleh dibeli. jika tiada duit ? macammana mau beli? huh Tapi, aku tiada duit. jadi aku tidak boleh hidup bahagia seperti kamu. selalu aku tonton rancangan besamamu di tv3 tentang hidup susah orang, semuanya adalah benar masalah yang sama sepeti aku. Duit. duit. duit.. tapi aku tidaklah sebodoh duit. boleh digunakan sesuka hati, ada jalan lain untuk kita berbahagia tanpa benda itu. gunakan akal mu, buka minda, pejam mata, ingat tuhan mu. dan kamu akan ketemui kebahagian yang kamu idamkan. Kebahagian sebenar. Apakah ia ? adakah mempunyai seorang kekasih cantik seperti bidadari menjadi bahagia? oh, tidak. Kebahagia ini boleh di cari dengan ketenangan. dimana kita mahu mencari ketenangan ? adakah di tempat yang indah ? di tasik, tepi pantai, di hutan ? ini juga salah, itu adalah ketengan yang sementara. ketenangan yang sebenar adalah megabdikan diri kepada tuhan kita yang satu. Allah swt. sembahyang lima waktu sehari semalam. Pasti kita akan mendapat ketenangan yang diidamkan dan seterusnya bahagia dengan apa yang kita ada. Semua ini sudah diperaktikan sejak dari turun temurun lagi. tapi sewaktu dulu, aku dengan sikap ku yang suka membantah. mahu hidup dengan jalan aku sendiri, jalan yang aku sendiri tidak tahu dari mana hujung pangkalnya, mana asalnya. aku hanya mengikut. Bodohnya aku ! Sekarang aku tahu apa yang benar dan apa yang salah. semua ini telah dilalui dan aku tidak menyesal dengan apa yang aku lalui. sekarang aku hanya mahu menjadi orang biasa yang normal dan bahagia. kembali ke jalan yang benar. Dan sekarang, aku ingin mengamalkan apa yang aku rasa benar dan sebenar-benar. Mengamalkan perintah Allah swt. yeahh.. back to your root !