HOME

PELUH SI BURUH ITU MUNGKIN SEDAP JIKA DIBANDINGKAN DENGAN BAU PELUH MU. ( walau kamu tidak berpeluh )




Melihat tajuk di atas menunjukan sesebuah emosi pemberontak. Melepaskan sebuah tekanan. Menghembuskan tekanan nafas. Mungkin tidak sesegar dulu. nasibnya yang baik tidak semesti hatinya suci. melihat mukanya yang kusam mungkin itu sesebuah pengorbanan. Jika sesebuah pengorbanan itu dieksploitasi adakah kamu akan kembali berkorban ? mungkin cukup untuk sekali. Mungkin ini permulaan untuk berkali-kali. melihat situasi bergini, aku kesedihan. Menangis. Masam mukanya melihat air mata lalu dikerahnya untuk sekali lagi. Inilah permulaan nya. Ia pun sedar, lalu mengambil jalan untuk beredar. Inilah yang sebenar, inilah dia fana, dan inilah dia dunia. Penindasan = sesuatu yang tidak akan hilang. Kasih - sayang = mungkin akan hilang, lenyap di bumi. Semuanya sudah tertulis dan hanya waktu yang menentukan. aku sendiri tidak tahu dimana kasih sayang sebenarnya,hanya kekerasan yang menghantui ku. kekejaman yang mendewasakan ku. dan menyelinap di sanubari ku.Ketika aku mahu lari, mahu mencari di mana itu kasih-sayang. Ia datang lagi menghatui ku.Sesekali aku terfikir di mana tempat yang sesuai untuk berpijak sebenarnya. aku puas melihat kekejaman ini. Aku sudah karat dengan cerita semua ini. Hak asasi di jual beli. Orang menjadi murah-murahan.Maruah di sedekahkan. Jahil dibangga-bangga. Muak. Aku Muak. Mungkin kehijauan itu ketenangan. Daun-daun itu keamanan untuk melambai sebuah kegembiraan. Leka ku diuruti oleh angin-angin yang nyaman. Ya, aku selalu mengimpikan nya. Aku mahu berada di sana. Melihat senyuman si nenek dan atuk. mengembirakan. Hiruk pikuk sungai mengalir. Ohh bahagianya.. berpeluh mencari sesuap nasi yang tidak seberapa, manusia menjadi lupa. alpa. Sanggup menjadi tuhan dengan darjat yang tak seberapa. Ya, aku kalah dalam situasi ini. Dan ada yang sanggup menjadi malaikat dengan menurut segala arahan nya. walaupun ia terbalik dengan dokma mu. Sakit aku dengan dunia ini.mungkin situasi sebenarku belum sampai. Ia dalam perjalanan. ya dalam perjalanan sebenar.