HOME

Adakah diam itu ketika kita mati sahaja ? fikirkanlah...

Duduk di kerusi, di depan PC, pejamkan mata sebentar. Mungkin anda akan hilang sebentar. Berenang di lautan kamu, tak tahu kemana. Bila kerusi di gerakan, dan kamu akan gementar serupa tiada di dunia. Mungkin di neraka.Minda bergelora memikirkan kamu yang kemana. Siapa yang berani menggerakan kerusi empuk ku ini ? Biadap kamu. Kalau saya tanya kamu, boleh kah kamu menjawab dengan ikhlas ? Bolehkah kamu diam sebentar? Saya sakit la.Tolong lah dengar dan lakukan apa yang ku katakan ini. Hanya suatu perbuatan mudah. SENYAP sebentar. Aku penatlah melayan karenah mu. Aku penat la melayan nafsu mu. kalau ku tahu kamu begitu. Aku tak akan masukkan kamu di dalam separuh hidupku.melihat mukanya yang berpipi tembam dan bermata kuyu, aku berasa kesal kerana melakukan sedemikian kepadanya. Tapi, sekali ini sahaja ya, tolong lah jaga perasaan ku. Aku sudah tak tahan melayan karenah ortodoks mu. Adakah kamu seorang yang pelupa ? Eh tak lah. Aku ingat lagi dulu sewaktu kecil, kita bermain bersama, pegi sekolah bersama. Lepak bersama. Kau yang mengajar aku banyak perkara positif. Kesemuanya masih ku ingat lagi. Tapi apa kena mengenanya dengan sekarang ? adakah kau perlu ? aku tak ingat la kau sekarang. Ish muka kau pun dah berubah. Hey ! pergilah kau. Apa kena mengenanya kedua di atas ? aku tidak mengerti. Ianya adalah dua perkara yang menghantui pemikiran ku. Tentang seorang yang tiada maknanya dan ianya datang kepada ku. Pandai berbicara. Mulut manis. Tapi apakah yang dia mahu sebenarnya. Adakah dia ikhlas ? Aku hanya mahu ikhlas. Aku hanya tidak ikhlas tentang kerja dan duit. Maaf. Adakah berkawan itu ikhlas ? ya, ikhlas berkawan. Kamu tidak akan kepura-puraan bila ikhlas. Bila kepura-puraan, semuanya tidak lama. Akan terkandas di tengah jalan. Sesuatu akan hilang dari perhubungan. Itulah dia tidak keikhlasan. keihlasan akan juga menjadi fenomena. Biarkan. Menekankan keihklasan. Tema ku. Aku teruk. Aku Busuk. Aku Buruk. Semua adalah aku. Jadi kamu apa ? Mungkin kamu sebaliknya. Aku tidak tahu apa-apa tentang kamu. Jangan mempedulikan ku. Aku tak mahu menjadi orang-orangan seperti kamu. Melalak terpekik. Tapi mana hala mu. Aku tiada kuasa menunjukkan jalan mu. Membetulkan mu. Aku juga rosak. Jangan ikut ku lagi. tolong. Aku berlari, lari dari semua. Eh tapi kemana ya ? Akhirnya aku kembali ke situ juga. Dan aku masih lagi berjumpa dengannya. mendengar segala cerita egonya. Aku menunduk tanda mengalah. Memandang keatas berfikir. Adakah kau sedar atau masih berada di dunia mu. Kerana mu aku hilang punca. Sifat mu aku hilang arah. Mungkin kamu akan sedar sendiri. Bila semua ini sedah kamu lalui. Kenapa aku tidak mampu petah seperti mu ya ? Aku sedari, idea tidak datang dari mulut ku. Mungkin ia boleh diadaptasi di entri ini. Jadi aku hanya petah disini. Hakikat aku bisu diam membisu. Ha tolong lah. Aku tidak mahu menjadi perwira mu. Gagah perkasa seperti suria. Biar lah aku disini menjadi diri sendiri. Biarkan aku menulis ini. Jangan mengata karena membaca ini. Sssyyyy.....

hilang mood

Setelah separuh apa yang ditaip hilang tetiba, arghh black out. tanpa save. arghh terus aku takde mood untuk menulis. next time yah