HOME

aku adalah hipokrit

*radio telur ku Aku adalah seorang scientist yang suka mengkaji sifat manusia. Sifat-sifatnya yang semula jadi tidak pernah puas dan cukup dengan apa yang ada menjadi bahan eksperimenku pada kali ini. Sifatnya yang tidak mahu kalah sehingga sanggup menjadikan apa-apa saja untuk dieksperimenkan termasuklah kucing, bantal, kasut, pokok kelapa, sungai, hujan dan mannusia itu sendiri. Apa yang penting ia akan menang dalam pertandingan ini dan mendapat benefit dari apa yang dilakukan atau diusahakan itu. Antara bahan yang menjadi bahan eksperimen adalah muzik. Pelik, mengapa ? sesetengah manusia sungguh ekstremis dengan muzik sehingga sanggup memukul, memijak, menyayangi, menangis, ketawa kerana muzik. Aku sunguh pelik sehingga deruan bunyi air, bunyi angin, bunyi anjing menyalak, bunyi bom, lori, menjadi bahan pertaruhan di dalam sesebuah lagu sedangkan ia adalah bunyi-bunyi biasa yang kita dengar hari-hari. Sehingga aku membeli sebuah kaset di sebuah gig kecil-kecilan di ibu kota. Beli dengan harga yang murah serendah Rm4. Aku melihat cover nya yang cantik dengan gambar yang tidak aku fahami. Huh ! Was-was. Itulah perasaan yang aku rasa selepas aku membeli tape itu, adakah ia berunsur pemujaan. Dan aku sedikit berasa kesal dengan apa yang telah aku beli. Sedangkan aku ada berlambak cd dirumah, Cd dari artis popular tempatan idola Malaysia. LAgu-lagu yang membuat aku berasa tenang, teringatkan kekasihku di kampung, kisah-kisah silam ku berasmara dengan si dia dan bekas-bekas kekasih ku. Semua ini akan bermain di fikiran ku bila lagu-lagu kegemaranku berkumandang. Bila aku sampai dirumah, seperti biasa aku akan membuka tv melihat rancangan menarik pada malam ini, tetapi malangnya tiada apa yang menarik lalu ku menutup tv dan masuk kedalam bilik dan aku mengONkan radio telur ku, "Panas fm berkumandang sekarang ", kata djnya Fafau. " Ahh,, mandi dulu la" kata ku dan aku pun ke toilet untuk membersih badan setelah berpeluh-peluh dari gig tadi, dah la panas, bau busuk, huh tak suka ! Setelah selesai membersihkan diri, aku pun membuka bungkusan kaset tadi, hatiku berdebar-debar memikirkan apa yang ada di dalam nya. Aku pun membuka perlahan-lahan cover kaset itu dan aku terkejut kerana mendapati terdapat buku kecil dalam casing kaset itu. Huh ! ini mesti tentang pemujaan. Perlahan-lahan kau membaca dan fahami. Cuma terdapat unsur politik di dalam nya. Politik untuk kita bersatu, bersikap positif, sayang-menyanyi, sayangi haiwan dan alam sekitar. Wow ! aku terkejut, sesuatu yang baru bagi aku kerana tiada dalam koleksi lagu-lagu aku. Perlahan-lahan aku masukan kedalam radio. Bila aku play, ' warghh - wargh - warrrgghhh' aku terkejut !! lalu ku perlahankan volumenya sambil menghayati dengan kusyuk. Wow, adunan muzik yang bagus ! ini pertama kali aku dengar lagu yang suaranya tidak jelas tetapi sound dan arrangement muzik yang bagus. Dan yang lebih membanggakan ia adalah band malaysia yang kita tahu ketinggalan jauh dalam seni hiburan ini jika nak di bandingkan dengan negara-negara jiran... Dan aku menghayati sambil membaca buku kecilnya itu.. dan aku semakin seronok kerana mendapat sedikit pengajaran dan ilmu dari apa yang aku baca. Selepas dari kejadian itu baru aku tahu mengapa muzik menjadi satu flatform untuk kita berubah menjadi lebih terbuka, positif, negatif, pasif dan pelbagai lagi. Mungkin disebabkan oleh genre yang sedang didengar oleh seseorang pendengar. selepas dari itu, aku terus mengumpul koleksi dari band-band tempatan kerana aku berpendapat aku akan menjadi lebih positif dari dulu yang negatif. Itulah jawapannya mengapa ada manusia yang sungguh ekstreme hanya dengan muzik sahaja.

pulang/kembali

kau pergi membawa jalanmu sendiri, pergi bersama jalan yang berduri, berkeseorangan mengubat pedih dihati, menunggu jawapan yang semuanya kan kembali, Kau pergi keseorangan tanpa arah tuju, tanpa haluan, kemana perginya semua kasih-sayang ? hanya sementara anugerah tuhan, kembalilah pada asal dan usul mu, kembalilah yang maha satu, *dan itulah hanya satu jalan yang benar....

bersama kawan-kawan lama.

* Kehenseman aku selalu tergugat oleh lelaki ini ! damn !!! *Bersama sahabat baik dari umur 3 tahun ! *Hati lelaki ini sering gundah gulana kerana cinta yang berbelah bagi. *lihat lah mukanya yang resah menanti cinta sebenar. *Tiga sahabat baik, peniaga cd yang berjaya. * Kami adalah sahabat baik, dan kami telah terpisah disebabkan oleh orang ketiga ! *Dia adalah manusia "PERFECT" yang saya pernah saya jumpa ! * Ini semua adalah gambar kawan-kawan yang baik. * Kawan-kawan yang selalu menolong ketika aku susah. * Selalu belanja makan, bagi awek free, keluar jalan-jalan, belikan baju, * best la diorang ni,,

Puisi Racun Perut.

Umm,, Sudah 4 hari ni aku sakit Perut. Pret Pprrreeettt prett aku cirit birit. Prutt prrruutttt pppppprutt perut ku berbunyi Lala laalaa lala aku masih menyanyi

Ini Adalah Racun .

sudah 3 hari aku sakit perut !! adakah tanda H5N1 ? emm.. esok aku pegi check doctor.

pak tolong urut-urut

yah,,, ini adalah pertama kali aku buat weblog ini. mengapa aku perlu buat? mungkin aku terikut-ikut dengan blogers di siber ini,, ya,, aku adalah 'pak turut' . suka mengikut style remaja sekarang walaupun ianya tidak sesuai dengan jiwa ku sendiri,, tapi perlahan-lahan aku mensesuaikan. tapi sampai bila ? untuk apa ? inilah aku, hipokrit ! hahaha,, kawan-kawan jangan percaya dengan ku, aku adalah penipu. Aku peduli apa dengan ini semua,, semua ini adalah tragedi. tragedi yang kita sendiri tidak tahu kesudahannya, ngeri, suram, seronok, gelak, tangis atau malapetaka hitam. semua kita tidak tahu. bukan urusan kita. Untuk apa kita persoalkan ?
Untuk kawan ku di siber, semua ini adalah maya yang bebas, bebas
untuk segalanya, melepaskan apa yang di beku di hati. menulis tanpa belas kasihan, membebel, menangis, berceloteh dan pelbagai lagi karenah. semuanya tanpa batasan dan apa yang hendak dibatas kan ? semuanya ada disini,, taip saja apa yang kamu mahu ! ya,,, semua ada, mesti kamu seronok kan ? -up to you- seronok aku membaca luah isi hati kamu, semua ingin bebas, semua ingin dicintai, semua ingin menjadi diri sendiri, semua mahu apa yang dikehendaki. kini giliran aku untuk melepaskan apa yang terpendam di hati ku ini. aku juga ingin menjadi seperti kamu... aku kan pak turut

intro ,,

ermmm.. aku orang yang biasa saja.. orang yang suka tersengih, happy, dan ingin hidup indah.Walaupun hidup ini penuh dengan segalanya, tapi aku tabah,tak mudah aku dengan segalanya... Jalan dan terus berjalan.. Mengejar apa yang dikehendaki, didunia ini.. Janganlah kita mengeluh kerana ini semua memang lumrah dunia.. Prinsip dunia ini memang begitu.. Aku pernah nak menolak lumrah dunia ini, tapi akhirnya aku HILANG ! hilang bersama dunia ku.. Dan aku masih bernasib baik kerana masih didunia kerana apa yang disini semuanya sementara, jadi kita masih boleh mengubahya dengan izinNYA.. Mencari segala apa yang dikehendaki didunia ini ketika masih sempat untuk kita mngecapinya, bukan bererti aku alpa dengan keindahan semua ini tapi hanya menggunakan semua peluang yang ada.. Hanya sekali, jadi gunakan sekali itu dengan sebaik baik2nya.. Tapi aku juga harus beringat kerana degan sekali itu aku juga boleh menjadi lupa dengan asal usul ku ini.. Segalanya adakeburukan dan segalanya ada kebaikan.. Banyakkan lah menggunakan kebaikkan dan minimakanlah keburukan. Akhirnya aku akur dengan kehendak dunia.. mengikuti pusingan dunia ini dengan redha dan tabah.. Dan harini aku sedar dari tidur ku selama ini. Dan aku sedar aku masih di dunia.....