HOME

BERSIH 2.0 = 09072011



Ok ini ada lah pendapat aku sebagai seorang rakyat biasa. Dalam hal BERSIH 2.0 ini aku tidak memihak kepada mana-mana pihak. Samada parti memerintah atau pembangkang. Bagi aku semuanya ada pro dan kontra biasa.
Jika sana baik, sini ada buruknya dan sebaliknya. itu biasa.

Ini adalah dari rakyat yang di harapkan untuk berhimpun kerana termaktub dalam perlembagaan :


Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.


(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

* Refer link clik here

Jadi kita semua ada hak untuk berhimpun, bersosial, berjalan, dan semua mesti dalam keadaan aman.

Bila cakap pasal pemerintah simboliknya adalah kuasa. Kuasa ini adalah besar. Bila sebesar Selangor
dia berkuasa ke atas Selangor. Maka akan jadi kuasa Selangor. Semua akan dicontrol oleh nya.
Itu perumpamaan.

Media adalah sumber informasi kita, jadi bila dicontrol oleh satu kuasa, ia akan mempengaruhi minda,
akal, otak dan perbuatan. Hasilnya adalah hiburan. Bila media mencanangkan sesuatu itu buruk maka
rakyat akan mengangguk buruk.

Bila dicanangkan sesuatu perkara itu buruk dan ia boleh di manipulasi seperti pada perlembagaan :

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.


(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—
(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan 
sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana 
Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau 
golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui 
undang-undang; atau
(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada 
orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana 
bahagiannya; atau
(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, 
atau yang memudaratkan keselamatannya,

* Refer link clik here

Bila kuasa besar memonopoli sfera jajahannya jadi hasilnya adalah seperti video di bawah. Mereka
hanya lakukan kerja, arahannya untuk membasmi perhimpunan yang menyebabkan keganasan dan memulihkan perkara yang memudaratkan ketenteraman awam.

Walhal yang berhimpun juga adalah orang awam yang takut akan keganasan.

Truth that Cannot Be Covered - Bersih 2.0 09/07/2011



Pada hari kejadian, aku ada di sana aku jual aiskrim di kawasan Masjid Negara, Pasar Seni dan
Petaling Street. Apa yang aku nampak para peserta perhimpunan tiada la membawa senjata
seperti yang digemburkan Buletin Utama TV3 bawa parang dan molotov cocktail. Jadi aku berpendapat
berita itu adalah TIPU!. Apa yang aku nampak adalah warga-warga Malaysia yang begitu semangat
untuk perjuangan.



Perjuangan apa ?  itu kamu tanya pada diri sendiri .

Apa-apa pun :)

SEJARAH 09072011

Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

* Sebenarnya saya jual aiskrim pada hari berkenaan. Akan aku ingat hari ini dalam sejarah.

09072011 habis bersih aiskrim.