HOME

CERITA HARI INI #20

26/10/2010

Hari ini dari Damansara - Tanjung Malim - Sungai Besar - Kuala Lumpur.

Nak try baju nikah. Tapi kakak tu pegi Bandung daaa..

Aku terus balik kampung.. fuhhh Sg Besar dah macam Danau Kota la. Sapa yang balik ke Perak
ikut jalan lama Kuala Selangor tu, singgah la bazar raya kat pekan Sg Besar.. ada Uptown skali.

Dapat la barang skit.

Lagi 3 minggu aku nak menikah.. ohhh..

BENAR REPLIKA TIRUAN

Kajian demi kajian telah aku buat. Selaman demi selaman telah dilakukan, rungkaian dan telekan telah dilangsaikan semua jadi pengalaman. Bagai merangkai sejarah misteri nusantara. Sejarah demi sejarah diceritakan. Harata ditinggalkan itulah bukti adanya sejarah. Harata itu yang berharga untuk membuktikan sejarah itu. Semakin lama harata itu semakin berharga nilai nya. Bila nilainya melonjak maka adalah pesaing yang ingin menurunkan harganya dengan mencuri idea dan keaslian maka jadinya tiruan.

Tiruan ini dulunya amat mudah untuk dikenal pasti. Lihat kepada material nya kita boleh tahu ianya fake atau authentic. Oleh kerana zaman berubah, barang tiruan juga mengikut peredaran zaman dan semuanya berubah. Sekarang ini tiruan juga setaraf dengan dengan authentic. Malah tiada apa beza dari A hingga ke Z.

Bagi collector macam aku. Benda ini agak menyusahkan mungkin agak mencabar. Dari situ aku akan belajar-belajar dan belajar. Harap-harap suatu hari aku dapat barang yang betul-betul ada value. Untuk contoh aku beli RM5, aku jual RM500, orang yang beli barang aku tu boleh jual lagi dengan harga RM1000.

Seperti barang ini, telekan demi telekan dibuat. googlelan sudah dibuat, tanpa disangka barang yang semestinya authentic tanpa disangka adalah tiruan. Ya, sungguh susah untuk menilai sebenarnya. Begitu susahnya untuk menilai barang, Ini barang buatan manusia, belum lagi barang buatan Tuhan,

Contoh manusia, cuba kamu cuba untuk menilai manusia ??

Jawapannya hanya pada pengalaman yang dapat memberikan jawapan sebenar dan bukan hanya kata-kata sembang kencang.

RAYBAN OUTDOORSMAN UNTUK DIJUAL

JANK RAYBAN JANK RAYBAN JANK RAYBAN

Ada rayban nak letgo ni.
barang baru ,new old stock.
dekat cermin, belah tepi dan atas ada cop BL
saiz 58[]14. made in USA
warranty card semua ada.
kain pengelap je tak da.


Barang ni ada seorang askar tu beli kat Lubnan masa dia ditugaskan dekat sana. Ada juga orang cakap Made in China. Kajian yang aku buat, aku berani cakap 100% original B&L Made in USA. Tapi jika ada yg cakap Made in China, boleh la kita jumpa untuk tengok barang. Aku nak proof yg dia cakap Made in China tu.

harga RM280 leh nego lagi kalo rase2 mahal..
apa2 hal sms je no kat bawah..

barang mesti original, kalo tak ori, moneyback guarantee

CERITA HARI INI #19


Hadiah dari Sungai Besar. Collection yang tak seberapa rare. Orang lain pakai Supra, yang ini je aku ada.
Offer la saya kalo berminat. =)