HOME

SELAMAT HARI RAYA

Tahun ini aku beraya di ofis, Sesuatu yang baru bagi aku. berbaju melayu di ofis, makan kuih, rendang di ofis bersama rakan sejawat sedikit sebanyak melupakan kemeriahan beraya di kampung halaman. Aku sudah dewasa. Ya ! Sebelum ini, aku sanggup melakukan apa saja asalkan aku akan balik ke kampung untuk berhari-raya. Tapi berbeza dengan tahun ini kerana aku sanggup meninggalkan kampung untuk berhari raya. Menunjukkan yang aku lebih mementingkan tanggungjwab di sini. Di ofis semuanya seperti sedia ada. Balik ke kampung ? Ya, aku akan balik ke kampung pada raya ke 3 dan ke 4 untuk beraya di sana. Kepada semua datang la beraya di kampung halaman ku. Beraya di bandar semestinya tidak menyeronokkan.

BIARLAH PANAS SEHINGGA HITAM

240908 mungkin hari keramat bagi aku. Mungkin hari ini hari luck aku. Hah ye ke ? Setelah aku bertungkus ke sana ke mari dan akhirnye aku dapat apa yang aku kehendaki. Cuma sekarang ini aku hanya perlu menjaga nya denagn sebaik mungkin. Pada hari itu aku telah keluar savvy hijau WNK 8763
dan satu lagi yang aku berasa seronok aku dapat sambung contract selama 3 tahun di tempat kerja ku. walaupun ramai kawan batch aku yang sudah tidak mahu kerja di sini tapi aku seronok kerja di sini... Wat ever.. saya mahu saja kerja di sini kerana sekarang aku sudah ada tanggungjawab.. good luck ujang.. :)

OHH BASIKAL TUA...

Semenjak ini aku selalu melayari web blog fashion. Ini yang aku tertarik melihat sesetengah orang berfashion dan berbasikal. Ohh in Malaysia someday. Saya mahu jumpa ia atau saya yang lakukannya. nice =)

SELAMAT BERBUKA PUASA

Kepada semua umat yang berpuasa selamat berbuka puasa aku ucapkan. Tapi yang tidak puasa harap maaf. Hah. Aku pun tidak berpuasa hari ini sebab tidak dapt menahan nafsu ku. Aku gagal pada puasa ke empat. Emm tapi aku senyap je wat tak tau. Memang aku begini hipokrit. Menipu diri sendiri. Semua orang ingat aku puasa, Tetapi aku dah makan nasi beli di kedai mamak. RM5. Dan langsung aku tertido. Tetiba, aku tersedar seorang yang ladyboy datang kepada ku menunjukkan kumis nya yang tumbuh merata. bertanya kepada ku.kenapa kumis nya lebat. Muka nya penuh bulu. HUH aku terjaga. aku bermimpi pondan rupanya. Haih terus ake send sms pada dia. "Awak nanti kejut saya kul 3.30 ya". Dan singgah di pasar Ramadhan.. Nyumm

Tetapi... hakikat nya aku berbuka di Ofis dengan kuew tiaw goreng dan air soya. emm sedih.. alhamdullilah.. ;)