HOME

melihat hari ini.

Ya, selamat berpuasa kekawan. seperti biasa tiada apa dari sebelumnya. hanya hari-hari yang normal. pergi kerja, melihat-lihat orang, berjalan-jalan melihat gelagat orang namun tiada apa yang menarik. cuma yang bezanya adalah ini di bulan Ramadhan. dan sebagai hamba Nya, aku berpuasa mengikut kehendaknya. dan aku tidak mahu menjadi hamba. ya, aku akan cuba. cuma aku tertarik dengan sesuatu, sesuatu yang mengajak aku berubah. dari text nya aku terharu. seseorang mengajak aku pergi sembahyang terawih. Oh, dah lama aku tak terawih. sewaktu aku kecil dahulu, ayah dan mak aku selalu mengajak aku pergi sembahyang terawih. aku mengikut. malah aku siap bertadarus lagi. tapi mengapa aku tidak meneruskan ketika aku remaja ? huh, mungkin aku ego. ingin menongkah arus. arus apa yang aku tuju?. semua sia-sia. semua permainan dunia. di bulan yang mulia ini, dari hati ku. aku ingin menjadi diri aku yang sebenar. mungkin berubah dari aku dahulu dan mungkin menjadi lebih dewasa. mungkin menjadi lebih matang dan mungkin menjadi macam orang tua. harap kawan-kawan ku dapat memahami apa yang aku fikir. aku dah bosan berjalan mengikut punggung mu. biar aku bejalan sendiri. tapi, aku masih memerlukan kamu. aku biasa dengar orang berkata "ala si polan tu dah ada awek, patut la dia dah drop. orang lain pun ada awek. ok je. boleh pegi gig lagi. boleh kickboxing lagi siap 2step lagi" nanti mungkin ada sesiapa yang berkata begini kepada ku. cakap la, aku tak kisah. it's all yours now. sorry la kawan, aku tak ada awek lagi tapi, nanti kamu tahu apa yang sebenarnya. bila semuanya kamu dah lalui. tunggu. masa yang menentukan. dan aku menulis ini bukan nak mengajak kamu ikut aku. tidak. aku hanya untuk meluahkan apa yang aku simpan, yang aku rasa, yang aku perlu bawa. hanya untuk aku. tiada apa yang special. untuk orang biasa macam aku sahaja.

No comments: