HOME

DIORANG NI BIASANYA AKAN LEBIH BERSEMANGAT BILA . . .


Di bawah adalah atas pemerhatian aku. Ni antara mat-mat yang aku biasa jumpa di Malaysia ini. Aku assume yang umur mereka ini dari 18 hingga ke 30.
antaranya :

1) Mat MLM - Diorang ni biasanya akan bersemangat bila bercerita tentang bisness MLM mereka. Maklumlah bisness berjuta-juta. Mengajak rakan-rakan pergi minum di kedai mamak. Minum segelas teh dan bercerita bisness mereka sehingga subuh. Mereka biasanya akan berpakaian t-shirt berkoler dan berjaket hitam. Mereka mesti nak nampak bergaya kerana nak mengambil kepercayaan prospek.

2) Mat Underground - Diorang ni biasanya akan bersemangat bila ada gig atau konsert dibuat di sekitar tempat mereka. Kebiasaannya, mereka akan mendengar muzik yang agak ganas samada punk, trash atau metal. Golongan ini biasanya akan keluar dengan baju hitam atau dengan baju band kegemaran mereka.

3) Mat clubbing - Diorang ni biasanya akan bersemangat bila Ladies Night. Kerana ketika itu mereka akan enjoy, party dan minum di club sepuas-puasnya. Kebanyakan mereka ini akan memakai baju yang design sama saiz dengan dada mereka. maksudnya design baju yang besar atau gambar muka di baju mereka. Mungkin juga ada yang barbaju besar ala hiphop. Gemar bercakap besar.

4) Mat Motor - Diorang ni biasanya akan bersemangat bila ada kawan mereka beli motor baru. Mat rempit adalah mereka juga. Di mana golongan ini akan memberi cadangan untuk memodified motor baru itu. Berlumba dan berkonvoi adalah agenda utama mereka. Mereka ini juga akan bangga bila bawa awek tonggek. mencilok-cilok di Jalan TAR. Pakaian mereka lebih cenderung kepada seluar jeans levis siam yang di alter dibawahnya supaya lebih kecil dan berkasut sport.

5) Mat Kereta - Diorang ni biasanya akan bersemangat bila nak buat gathering sekenderaan dengan mereka. Berkonvoi adalah agenda sebenar mereka. Bagi mereka lagi banyak kereta, lagi hebat lah mereka. Biasanya mereka akan berpakaian sama menunjukkan kesepakatan. Moral adalah untuk mengeratkan silaturrahim.

6) Mat Sukan - Diorang ni biasanya akan bersemangat bila nak main futsal. Kebanyakan mat sukan ni mesti bermain futsal. Jika kita nak tau seseorang tu aktif bersukan atau tidak, kita boleh tanya dia samada dia bermain futsal atau tidak. Jika ya, mesti dia boleh bermain sukan yang lain seperti badminton atau carrom. Mereka lebih gemar berseluar pendek dan memakai jersey.

7) Mat Wayang - Diorang ni biasanya akan bersemangat bila wayang baru keluar. Ketika itu lah dia tidak akan melepaskan peluang untuk menonton cerita yang dinanti-nanti itu. Selepas menonton mereka mesti memberi komen kepada cerita yang ditontonnya. Kebiasaanya mereka akan cakap cerita itu tidak berapa menarik kerana imaginasi mereka lagi menarik dari cerita itu. Berpakaian biasa-biasa sahaja kerana tidak dapat dilihat dari luaran golongan ini.

8) Mat Awek - Diorang ni biasanya akan bersemangat bila nampak awek yang berdahi licin, tinggi, putih, bebontot tonggek, lalu didepan mereka. Ketika itulah mereka ni nak menunjukkan kehebatan mereka seperti bercakap kuat untuk mengambil perhatian. Biasanya golongan ini tidak setia pada yang satu. Mereka akan terus mencari perempuan sebagai spare part. Sedangkan dia tidak sempurna. Mereka ini tidak pentingkan dressing tetapi lebih mementingkan gaya. Gaya percakapan, gaya makan, gaya hisap rokok, gaya rambut tetapi sebenarnya mereka ketinggalan. Yang penting perempuan suka.

9) Mat Smart - Diorang ni biasanya akan bersemangat bila berjalan dengan kaum sejenis dengan mereka. Mereka senang dijumpai di shopping mall. Kamu cari lah jenis mereka ni. Kebiasaanya mereka akan membawa paper bag dari butik terkenal, kasut tajam, seluar skinny, rambut berwarna dan semestinya mereka ini lelaki metroseksual. mereka ini sangat pembersih ya. Kemungkinan mereka ini gayboy !

10)Mat Game - Diorang ni biasanya akan bersemangat bila ada game baru keluar. Kategori mereka ni mesti ada setidak-tidaknya Play Station dirumah, tidak kira PS1, PS2 atau PS3. Cara nak tahu samada kamu Mat Game atau tidak cuba main Winning Eleven, Jika kamu hebat main game itu, kamu layak digelar Mat Game. Pemakaian biasa-biasa saja. Kehebatan mereka akan diketahui bila mereka bercerita tentang game atau ketika memegang joystick.

KAKIKAKIKAKIt

No comments: