HOME

CERITA HARI INI #24

REALITI YOUNGSTER.

Anak muda. Ini ada lah kita, siapa kita ? Kita adalah remaja.

Semulajadi remaja senang di pengaruhi oleh persekitaran. Sentiasa mengikut alam persekitaran di sekeliling. Ironi nya mereka tidak sedar persekitaran itu hitam,putih atau merah. Ini adalah kita, tanpa disedari kita terperangkap ke ruang yang tajam. Diperah dan dikerah itu ceritanya. Kita telah diajar dari kecil supaya menghormati orang tua, jadi kita telah menghormati orang tua. Kita telah disuruh ke sekolah untuk belajar supaya lulus SPM. Ya mungkin berjaya. Kita telah diasuh dari kecil supaya berbuat kerja, ya kita juga akan bekerja.

Ini mindset realiti.

Remaja adalah zaman indah. Kita mengikut persekitaran global semasa. Jika remaja sekarang zaman I-pad zaman ayah nya mesti zaman papan hitam. Nanti jika anak sudah jadi ayah mungkin zaman nya sudah lain. Itu adalah cerita zaman. Zaman Remaja mesti ada idola. Idola mesti berjaya. Semestinya kamu mahu jadi seperti idola kamu. Kamu pun ikut dia punya gaya dan bercita-cita mahu jadi seperti mereka.

Itu salah.

Tolong Jangan mengikut idola anda, jadikan ianya aspirasi sahaja. Cara untuk menuju kearahnya adalah sama. USAHA. Sebab idola dan kamu orang yang berbeza cara hidup, kehidupan, dan kejayaannya sangat berbeza.

Sebab kamu remaja. Idola kamu tu siapa ?

Saya cadangkan supaya remaja tak perlu belajar tinggi tetapi belajar bagaimana untuk berusaha mencari apa yang diimpikan. Belajar berusaha bekerja keras untuk apa yang kamu mahukan. Belajar bersama di jalanan adalah sejarah yang paling indah apabila di imbau suatu hari nanti dari belajar di sekolah. belajar,belajar, belajar dan berusaha, berusaha, berusaha. Jika kita berusaha dan bertawakal sudah tentu Tuhan akan menghadiahkan sesuatu dari usaha kita.

Ingat rezeki adalah dari Tuhan bukan dari Ijazah.

Jika kamu belajar tinggi sekalipun kamu tidak akan senang dan kaya kerana hutang telah mengelilingi minda anda. Anak muda yang tidak berjaya di sekolah tetapi berjaya dalam hidup adalah Awesome !

No comments: