meniti hari-hari yang mendatang.......
yayya.. selepas raya nih rutin kembali seperti biasa. kerja, makan, minum, tido, tengok tv. dan kembali membuat dosa. ya itu lah realitinya. Sama seperti ku, banyak dosa yang aku lakukan apabila ramadhan menghilang. aku banyak tidak mengotakan kata-kata ku. mungkir janji kepada kawan-kawan ku. menipu ! huh semua salah aku. aku tidak lagi seperti dahulu. aku sudah tidak lagi sporting seperti dahulu, tidak lagi tahu gelak tanpa punca, tiada la hiruk pikuk ketawa, hanya cerita-cerita masa depan saja yang aku ku bincangkan. aku tidak mahu bercerita benda yang tidak berfaedah. aku tidak suka. tapi realitinya aku tidak lah seserius ini. cuma hanya seketika saja. aku masih merindukan zaman remajaku. zaman kegemilangan ku.
dan baru-baru ini aku terkena juga dengan tabiat ku yang tidak menunaikan kata-kata, baru aku tahu betapa sakit hati apabila seseorang membuat perkara itu kepada aku. memang sakit hati !!
(p/s sorry banyak-banyak untuk teddy, kerana tak pergi rumah dia hari tu. aku penat sangat. aku minta maaf) dan aku tidak mahu lagi membuat sebarang janji apa-apa. biar aku sendiri menjalani hidup ini. tiada teman untuk berbicara, meluahkan perasaan, apa-apa saja, hati aku kosong. dan dari itu aku belajar mengenal siapa diriku. dengan kembalikan diri kepadaNya. aku sedar aku hanya hamba.
bila aku fikir kembali aku ini adalah antara orang-orang munafik. dan orang munafik ni adalah antara orang yang di muarakai oleh tuhan, dan aku tak nak di murkai oleh tuhan. jadi aku akan cuba tidak melakukannya lagi.
sekarang aku banyak meluangkan masa bersama keluarga ku. bersama ibu bapa, adik beradik. melayan karenah nya. haha dan aku menjadi semakin tua. dan menulis cerita untuk orang-orang tua.
mengapa ? kerana aku sudah puas untuk remaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment