buang semua EMOSI di sini....
ya aku tak mahu beremosi disini lagi. mari kita bercerita. ha tadi aku pergi makan dekat dengan tempat kerja. aku makan nasi+ayam+ikan.. fuhh memang sedap ! murah lak tu rm2.50 je. tengah aku melayan makanan tu, aku terperasan seseorang. Eh macam kenal la mamat ni...
sekali kawan aku la masa kecik-kecik dulu.. fuh sekarang badan diaa... macam umur 32 tahun. padahal dulu cekeding je macam aku. sembang punya sembang dia kerja kat kilang buat rokok kat p.j. dan hulur la rokok sebatang kat aku. aku pun hisap.
dah abes sembang pasal kerja. sekali dia tanya aku 'Jang, ko tau kan ? aku dah kawin bulan 5 hari tu" Ya Allah.. terkejut aku ! dulu sikit punya nakal macam aku sekarang dah nak jadi bapak.. baru malam tadi dia pergi cek kat doktor yang isterinya
dah mengandung 1 bulan. Alhamdullilah.
seronok aku dengar kawan-kawan semua dah berjaya dalam hidup. patut la badan dia semakin besar. hati senang rupanya. Ni tak lama lagi, kawan aku nak bersanding bulan depan. Lagi bulan 2 ni pun ada. Yang baru lepas bertunang pun ada. Siap tak mahu cincin. nak rantai atau gelang !! fuhh. Yang kahwin lari kat siam pun ada ! siap pinjam duit orang rm250.00 lepas tu lari pergi siam ! Masyaallah.. "JANGAN LA MACAM TU KAWAN ! SABAR LA SIKIT." Mana-mana yang dah lepas kahwin tu, semoga berbahagia la ye.. (aku cemburu sebenarnya! haha)Macam-macam karenah kawan-kawan aku ni. sekarang aku menunggu, mana la tahu ada lagi jemputan mengejut dari kawan-kawan lain. jadi get ready for the surrrpppriiiseee !! haha
Eeii bila la turn aku agaknye ya.. haha sabar je la kan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment