Adakah kamu sedar bila waktu yang tepat kamu akan terlelap.....
Pada mulanya aku mahu menulis tentang perkembangan semasa didalam penulisan ku. Tentang idea ideology terkini. Tapi tiada apa yang aku mahu tuliskan dan aku banyak menulis cerita hidupku. Jadi aku mahu cerminkan diri ku disini. Aku mahu ikhlas. Aku semuanya semulajadi. Aku tidak mahu menjadi hipokrit disini. Biar dilepaskan semua nya disini.
Sekarang ini aku banyak memikirkan tentang hal yang remeh-temeh. Perkara yang aku benci semuanya bermain difikiran ku. Terngiang-ngiang di otak. Jam sudah 3.30am tapi aku masih tidak tidur.
Dan aku mesti bangun awal hari ni. Bnayak perkara yang terngiang-ngang dalam benak ku ini. Hati ku runsing. Jiwa ku kacau. Semuanya tidak tentu arah. Terfikir tentang masalah yang tidak pernah selesai, duit yang sentiasa habis, kawan yang sentiasa menyusahkan, soulmate yang terpah muncul-muncul. Aku terus terfikir. Semuanya datang bila aku mahu melelapkan mata. Sdang aku sungguh penat hari ni.memandu sejauh 110km. menolong orang untuk kenduri kahwin. Tapi, bila aku mahu tidur malam ini ? aku tidak boleh.
Lalu aku menulis sesuatu diruangan bodohku ini untuk melepaskan apa yang terpendam.
Apa yang aku fikirkan ?
Honda Accord,Juara, Wira, Kembara, Adik aku memancing dapt 3 ekor ikan haruan yang besar dengan menggunakan umpan cacing, pergi ke pekan sabak bernam dengan menggunakan kereta hanya untuk membeli sebuku roti dan kaya. Adakah perempuan yang kahwin tadi masih dara lagi ? (aku tidak mahu mengulas lelebih), Minyak motor belum isi lagi sedangkan aku tak tidur lagi, kalau lah aku lewat esok. Mampus. Kenapa filem porno melayu semakin banyak sekarng ini. Sentiasa up-to-date. Ahli parlimen Jasin yang mengatakan terlalu banyak perkataan english di melayukan (ya, aku setuju), Kawan aku nak tolak baju burberry rm15 dengan condition yang cantik (tapi dah ada orng booking).Adakah jodoh aku pada umur 25. lagu radja patah hati (walaupun aku tak suka band ini). Blogger semakin mengancam kerajaan?. Bila pilihanraya?. Kalaulah aku boleh hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Mpv ke Honda accord. Kenapa panas sangat malam ni, Kenapa dia dah dapat kad ? aku tak dapat lagi. Dan sampai bila aku terus beremosi begini ?. kematian. Bajet bulan ni cukup-cukup makan.
Aku akan terus bergini sampai ada seseorang yang memahami dan mendalami diri ini.
Aku terus terfikir siapakah si dia itu ?
Akhirnya aku terlelap… zzzz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
nape fikir merapik2 ni...tak baik tau tido lambat2..aku bukan taknak bagi kad kat ko aritu tapi mase aku jemput ko datang kenduri aku tu ko macam acuh tak acuh..ko suh aku jemput budak2 yang lain..aku pun kecik ati la ingat kan ko memang taknak gi.. kang dapat kad aku ko koyak kan ke..mane tau? sorry la aku bukan taknak bagi..mase aku bagitau zura jadi pengapit aku tu ko wat tak tau je..so aku wat kesimpulan ko memang taknak gi.. lagipun ko org 1st yg aku jemput..
Post a Comment