Sudah sekian lama tidak update untuk pemerhatibebas. berbagai pengalaman aku lalui selama dua bulan ini. Semuanya lalui dengan tabah. Mungkin aku tidak mengupdate nya ketika aku melalui, tetapi aku akan tulis di sini.
19/NOV/2008 adalah tarikh yang aku akan ingati sampai bila-bila. Kembalinya ayah ku kerahmatullah. Di saat itu hanya air mata dan tangisan serta al-fatihah yang mampu ku luahkan. Semuanya sudah tertulis dan semuanya ku lalui dengan tabah.
18/NOV/2008 aku cuti. Mak aku telefon suruh aku balik rumah kampung kerana mengesyaki sesuatu kepada ayah ku. Aku yang pada mulanya malas hendak balik ke kampung kerana baru balik seminggu sebelum itu berkeras. Tapi hati ku mula berdetik kerana aku takut menyesal pada kemudiannya. Mak aku cakap " Ujang, balik la kampung, bapa cakap nafas nya tak sampai esok". Tanpa berlengah aku balik ke kampung dengan Hapiz yang kebetulan free pada waktu itu.
11.30pm setelah sampai ke rumah, aku tidak bercakap banyak. Aku tanya ayah ku bagaimana keadaan nya. Dan aku terus hantar nya ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah. Sabak Bernam. Sesampai di sana, ayah ku dimasukkan di wat kecemasan. Setelah dalam 2jam rawatan di wad kecemasan di masukkan semula di wad biasa. Aku bertanya kepada doktor. Apa sebenar penyakit ayah ku ? doktor cakap ayahku ada penyakit kuning yang teruk. Masyaallah,,, dulu aku pernah bertanya kepada doktor. Orang tu cakap ayah ku cuma kurang air dan kurang makan maka ia kurang tenaga. Kalau dia makan, dia akan sihat seperti biasa. Tetapi dia sakit, sudah semestinya dia tiada selera makan.
2.30am 19/NOV/2008 ayah ku mengalami masalah untuk membuang air kecil. Aku bantunya berkali-kali tetapi gagal. Aku melihat ayah ku seperti resah, resah yang tidak tahu kenapa sebab nya. Lalu aku cakap kepada nurse, Nurse memanggil doktor untuk memasang saluran kencing kepada ayah ku.
9.00am doktor datang untuk memeriksa keadaan pesakit. Bila turn ayah ku, aku bertanya berkali-kali apa yang sedang ayah aku hidapi. Jawapan nya sama. PENYAKIT KUNING YANG KRITIKAL. kenapa tidak bagi tahu kepada aku dari dulu lagi ? sedangkan sebelum ini ayah ku sudah berulang kali ke hospital tersebut. Ayah ku masih lagi boleh bercakap seperti sedia ada, walaupun tidak selancar waktu sihat nya.
9.10am doktor bertanya kepada ku, mungkin ayah kamu ni akan di bawa ke hospital Klang, dan aku bersetuju. Selepas mendapat persetujuan daripada ku, aku melihat semua orang tergesa-gesa dan aku melihat seorang nurse menjerit "EMERGENCY CALLING". aku terkejut!.
9.20am doktor dan nurse masih lagi bertungkus lumus menyelamatkan ayah ku, Aku yang tidak keruan ketika itu menghubungi saudara mara terdekat. Ketika itu aku rasa sesuatu akan terjadi, Jantung ku tidak berhenti-henti berdegup dengan laju nya. Memang aku berasa sangat takut ketika itu.
9.45am. Setelah 20minit berlalu, doktor datang kepada ku. "Fairuz, ayah awak ni otak dia dah tak berfungsi, cuma jantung nya saja yang masih berfungsi. Pada waktu sekarang ini kalu hantar di hospital mana pun semua tak terima". aku hanya membalas "buat la yang terbaik doktor".
10.00am. Aku tidak keruan seorang demi seorang saudara-mara ku menziarahi ku. Pada waktu akhir-akhir nya semua yang datang sedekahkan yasin kepada ayah ku, Aku pilu. Pada waktu itu aku tahu siapa saudara-mara ku. Sebelum ini aku ego dengan perangai ku yang tak mahu kenal apa itu persaudaraan. Yasin berulang-ulang kali dibacakan. Ayah ku sudah nazak.
6.00pm. Ayah ku semakin nazak. nadinya semakin berkurangan denyutan nya. Hanya kalimah Laillahailallah yang mampu ku bisik kepadanya.
8.15pm. Ayah ku telah disahkan meninggal dunia. Aku menangis sekuat-kuatnya,, Ya-allah, ampunilah dosa ayahku..
9.00pm. Jenazah ayah ku dibawa pulang. Aku dan saudara mara ku yang lain memandikan jenazah nya. Selesai memandikan nya. Beramai-ramai membacakan yasin. Dan aku serta-merta adik beradik ku bergelar anak yatim.
Satu malam kami bacakan yasin kepadanya. Aku terhutang budi kepada saudara-mara ku yang datang dari serata Malaysia. Semuanya aku hargai dan tak terbalas dengan kata-kata. Dan peristiwa itu betul-betul menginsafi aku.
10.00am 20/NOV/2008 Semua orang kampung datang kerumah ku. Semuanya mengucapkan takziah kepad ku dan keluarga. Sembahyang jenazah juga diadakan dirumahku.
11.00am Jenazah ayah ku dikebumikan. Alhamdulillah semuanya selasai. Hanya doa dan alfatihah yang disedekah kan sebagai bekalan nya.
Seterusnya di adakan kenduri selama 7 malam di rumah ku. Dan aku sebagai yang sulong mesti bertanggungjawab keatas semuanya. Semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang menungu 40hari untuk mengadakan kenduri arwah sekali lagi.
sesiapa yang membaca ini sedekah kan lah al-fatihah kepada ayah ku
MOHD MOHYI BIN OMAR
- al-fatihah...
1 comment:
Sabarla ujang..setiap yang berlaku tu ade hikmahnya..Mungkin ape yang berlaku ni membuatkan kau sedar ramai lagi orang yang betul2 penting yang perlu kau ambil berat..mak, adik2 kau..saat kau susah ramai yang ambil berat pasal kau..family..sanak saudara, kawan2..so jangan abaikan diorang..sabar banyak2 ye..untuk arwah ayah kau..Al-fatihah
Post a Comment