HOME

http://wanipesona.blogspot.com

Weekends mesti nak ada sesuatu aktiviti yang menghiburkan. Aktiviti yang memenuhi masa. Sama lah dengan aku dengan dia, sabtu dan ahad lepas kami berkursus kahwin di wani persona. Terima kasih kepada ustaz-ustaz yang memberi ceramah. Memang seronok lah kursus di sana. Dengar nya tahun 2010 masa kursus dan harga nya akan dinaikan jadi kami bergegas lah kursus pada tahun 2009 ini. Semuanya berjalan lancar dan seronok di sana.

Melihat pasangan - pasangan yang pergi di kursus itu amatlah menghiburkan. Semua nya sedondon, comel, berseri-seri, cantik dan hensem-hensem belaka. Dengan berpakaian yang menutup aurat, seronok melihat anak-anak muda mudi kita begitu. Dalam kesemuanya menutup aurat, saya terpandang seorang wanita yang seksi di dalam pejabat itu. Dalam hati saya kenapa dia berpakaian begitu. Rupa-rupanya ingin mengambil sijil. Dalam hati ini lagi sekali "apa la punya perempuan, hormat la skit. walaupun kau tak bertudung, tapi nak pergi ambik sijil tu berpakaian la elok skit." Terus aku berpesan kepada tunang ku.

"cuba tengok perempuan tu, tak hormat langsung kat kita ni. Hari tu pegi kursus pakai cantik je, pakai tutup aurat. Sekali masa ambik sijil habis semua aurat di bukanya."

Bukan nya hendak dihormat sebagai raja. Tapi hormat lah kita sebagai umat islam. Walaupun seteruk-teruk mana perangai kamu. Jangan lah kamu mempersendakan agama mu. Hormat lah agama mu, agama islam.

Teringat kata-kata ustaz. "Jika seseorang itu ada kelebihan tangan, insyaallah dia takkan papa kedana"

Ape-ape pun aku terpegun dengan BMW kat depan tu dan sesiapa yang ada pengalaman lucu semasa kursus kahwin boleh la kita share bersama.....

No comments: