HOME

"Over-Confident"



Photobucket

Lihat balik posting ini. Aku memang bersifat begitu. Aku kekadang agak meluat bergandingan, mendengar, bercerita, berseloroh, berkerja bersama dengan orang yang "over-confident". Bila dia ada sifat tersebut dengan sendirinya menjadi macam ini :

- Bersembang dan bercerita bagai tahu semua benda
- Sekerasnya menolak idea orang lain. 100% hendak menerima idea dia walaupun jelas ideanya sebaik idea orang lain.
- Mulut manis @ soft spoken tapi sebenarnya menipu.
- Orang yang begini biasanya tidak boleh duduk berseorangan, dia akan sentiasa mencari peneman di kala sunyi.

Pengalaman bergaul bercampur dengan orang sebegini adalah memualkan. Berbagai karenah, perangai dan kehendak nya perlu diikut. Idea orang lain dia curi dan dengan kelembutan kata-katanya dia mencuri semuanya. Dengan kelembutannya juga aku terkena dengan kata-katanya. Boleh dikatakan ditipu dengan orang jenis begini. Aku kalah dengan orang begini dan seterusnya hanya mampu diam memerhatikan keadaan.

Seseorang yang sifat nya begitu kebiasaannya memang tidak akan berfikir panjang. Berfikir caranya adalah sesuatu yang gila. melihat sesuatu adalah dari perspektif objektif matanya sendiri. Jangan di halang. mungkin kamu akan terjebak bersama. Amaran ! Biarkan sahaja melihat dari kesimpulannya dan lihat dari keakhirannya.

Habiskan cerita tentang over-confident, Jadi carilah tahap konfiden yang sama level dengan kepandaian atau kecerdikan kamu. Jangan level kepandaian kamu 3 tetapi tahap konfident kamu 5. itu adalah over-confident.

Bagaimana hendak menilai tahap konfiden ?
Ambil cermin dan cermin muka, kamu akan dapat jawapan. OK

No comments: