HOME

21042010 BIRTHDAY BOY



Sempena hari jadi aku yang ke 26. Ya yang ke 26. Tua ke ? tetapi aku masih lagi rasa muda walaupun badan agak berat. Ya pada umur aku 26 berat badan aku naik menjadi berat idaman wanita. Opss. Tetapi hati aku akan tetap muda walaupun kematangan telah menuakan aku. Ya sedikit walaupun tidak banyak.

Pada umur 26 tahun ini cuba kamu baca bait-bait lagu dari POH ini " Satu lagi nak pesan, Busuk hati janganlah simpan, Nasihat untuk rakan dan taulan, Simpan semua jadi panduan, Sudah 26 tahun, Ilmu didada aku susun, Kalau berkat tak datang turun, Sampah sarap datang berduyun". POH. Ini adalah bait-bait sesuai dengan sesiapa yang sebaya dengan aku. Baca, selami dan hayati. Mudah.

Pada umur 25 tahun yang lepas aku berterima kasih kepada insan-insan yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat memahami aku. Membantu aku. Menolong aku. Mengajar aku. Mencelikkan aku. Menasihatkan aku. Dalam segala urusan dan hal. Sesungguhnya pada umur sebelum ini banyak pengalaman yang telah dilalui. Terima kasih kepada si dia, mama, adik beradik, pakcik dan makcik ku, saudara-mara dan kawan-kawan.

Pada umur 26 tahun aku berjanji akan improvekan diri aku ini. Improve apa ? Aku tidak boleh jawab sekarang kerana semuanya belum dilalui lagi. Tapi aku akan tinggalkan yang lepas-lepas itu sebagai pengalaman untuk menghadap 26. Apa yang aku sadar 26 akan lebih mencabar kerana hidup aku akan berubah ke level yang kedua. Harap dipermudahkan oleh Nya. Dipermudahkan segala-galanya. Amin.

Pada umur 26 dan seterusnya aku berjanji akan lebih menyayangi dan mengenali dia dengan lebih. Selebih-lebihnya. Bagaimana ? Biarkan saja, aku dengan dia saja yang tahu. Kepada keluarga, ibuku aku akan terus menyayangimu hingga ke akhir hayat ku. itu aku berjanji. adik beradik, saudara mara, kawan-kawan juga aku sayang. Jadi pada umur aku 26 dan seterusnya aku akan lebih berkasih-sayang. Kan Kasih-Sayang itu punk. OK

Jadi pada hari lahir ini tunang kesayangan ku bertanya,

Dia =" Sayang nak hadiah apa tahun ini?",

Aku =" hadiah pengorbanan awak kepada saya selama ini dah memadai untuk saya buat terharu, jadi tidak perlu ditukar ganti dengan material. Kasih sayang awak kepada saya adalah yang terbaik untuk saya. Terima kasih sayang."

Dia = " Wahh.. betul ke ni ? macam tak percaya je"

Aku = " Betul sayang, tapi jika nak bagi hadiah, baldi saya tadahkan " heee

:D

P/s : Jika kita gaduh atau ada krisis ke pesan lah saya untuk baca entri ini.

1 comment:

Anonymous said...

hepi birthday beby boyy.. dah tua dah ..love uu muahhh