aku adalah hipokrit
*radio telur ku
Aku adalah seorang scientist yang suka mengkaji sifat manusia. Sifat-sifatnya yang semula jadi tidak pernah puas dan cukup dengan apa yang ada menjadi bahan eksperimenku pada kali ini. Sifatnya yang tidak mahu kalah sehingga sanggup menjadikan apa-apa saja untuk dieksperimenkan termasuklah kucing, bantal, kasut, pokok kelapa, sungai, hujan dan mannusia itu sendiri. Apa yang penting ia akan menang dalam pertandingan ini dan mendapat benefit dari apa yang dilakukan atau diusahakan itu.
Antara bahan yang menjadi bahan eksperimen adalah muzik. Pelik, mengapa ? sesetengah manusia sungguh ekstremis dengan muzik sehingga sanggup memukul, memijak, menyayangi, menangis, ketawa kerana muzik. Aku sunguh pelik sehingga deruan bunyi air, bunyi angin, bunyi anjing menyalak, bunyi bom, lori, menjadi bahan pertaruhan di dalam sesebuah lagu sedangkan ia adalah bunyi-bunyi biasa yang kita dengar hari-hari. Sehingga aku membeli sebuah kaset di sebuah gig kecil-kecilan di ibu kota. Beli dengan harga yang murah serendah Rm4. Aku melihat cover nya yang cantik dengan gambar yang tidak aku fahami. Huh !
Was-was. Itulah perasaan yang aku rasa selepas aku membeli tape itu, adakah ia berunsur pemujaan. Dan aku sedikit berasa kesal dengan apa yang telah aku beli. Sedangkan aku ada berlambak cd dirumah, Cd dari artis popular tempatan idola Malaysia. LAgu-lagu yang membuat aku berasa tenang, teringatkan kekasihku di kampung, kisah-kisah silam ku berasmara dengan si dia dan bekas-bekas kekasih ku. Semua ini akan bermain di fikiran ku bila
lagu-lagu kegemaranku berkumandang.
Bila aku sampai dirumah, seperti biasa aku akan membuka tv melihat rancangan menarik pada malam ini, tetapi malangnya tiada apa yang menarik lalu ku menutup tv dan masuk kedalam bilik dan aku mengONkan radio telur ku, "Panas fm berkumandang sekarang ", kata djnya Fafau. " Ahh,, mandi dulu la" kata ku dan aku pun ke toilet untuk membersih badan setelah berpeluh-peluh dari gig tadi, dah la panas, bau busuk, huh tak suka !
Setelah selesai membersihkan diri, aku pun membuka bungkusan kaset tadi, hatiku berdebar-debar memikirkan apa yang ada di dalam nya. Aku pun membuka perlahan-lahan cover kaset itu dan aku terkejut kerana mendapati terdapat buku kecil dalam casing kaset itu. Huh ! ini mesti tentang pemujaan. Perlahan-lahan kau membaca dan fahami. Cuma terdapat unsur politik di dalam nya. Politik untuk kita bersatu, bersikap positif, sayang-menyanyi, sayangi haiwan dan alam sekitar. Wow ! aku terkejut, sesuatu yang baru bagi aku kerana tiada dalam koleksi lagu-lagu aku.
Perlahan-lahan aku masukan kedalam radio. Bila aku play, ' warghh - wargh - warrrgghhh' aku terkejut !! lalu ku perlahankan volumenya sambil menghayati dengan kusyuk. Wow, adunan muzik yang bagus ! ini pertama kali aku dengar lagu yang suaranya tidak jelas tetapi sound dan arrangement muzik yang bagus. Dan yang lebih membanggakan ia adalah band malaysia yang kita tahu ketinggalan jauh dalam seni hiburan ini jika nak di bandingkan dengan negara-negara jiran... Dan aku menghayati sambil membaca buku kecilnya itu.. dan aku semakin seronok kerana mendapat sedikit pengajaran dan ilmu dari apa yang aku baca.
Selepas dari kejadian itu baru aku tahu mengapa muzik menjadi satu flatform untuk kita berubah menjadi lebih terbuka, positif, negatif, pasif dan pelbagai lagi. Mungkin disebabkan oleh genre yang sedang didengar oleh seseorang pendengar. selepas dari itu, aku terus mengumpul koleksi dari band-band tempatan kerana aku berpendapat aku akan menjadi lebih positif dari dulu yang negatif.
Itulah jawapannya mengapa ada manusia yang sungguh ekstreme hanya dengan muzik sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment