HOME

ADAKAH KUALITI ITU UNTUK BERTAMBAH MUTU ATAU KUALITI ITU HANYA UNTUK KEPENTINGAN.



Tempat kerja aku adalah tempat agak stress walaupun fizikal nya nampak bersahaja. Semua stress di dalam. Dalam mana ? Kedalamannya adalah dari mimpi atau igauan para pekerjanya. Sesungguhnya pekerja tidak akan tahu apa yang terjadi seterusnya. Jadi seboleh-boleh semua pekerja mahu mengurangkan risiko untuk bermimpi pada malam hari.

Untuk mengurangkan risiko ada beberapa cara. Ianya adalah sebuah situasi organisasi. Bagaimana organisasi syarikat kapitalis ? Jadi seperti biasa hirarki memainkan peranan. Semua boleh dibuat jika kamu berada di atas. Berada di atas adalah sesuatu yang seronok pada luaran. Lihatlah di mana-mana organisasi dan lihat orang atasan mereka semua perut ke depan. Berperinsip kerja kurang tetapi income banyak masuk. Kesimpulannya semua boleh dibuat oleh orang atas dan aku orang bawah selalu menjadi mangsa keadaan. wtf.

Jadi aku yang buat kerja lebih disini walaupun aku antara orang lama. Gelaran "orang lama" tidak menimbulkan manfaat. Jadi pekerja yang beratus di tepi aku ini hanya sekadar batuk di tangga. Dapat gaji kemungkinan besar akan berhenti kerja. Ya ini adalah tempat pekerja keluar dan masuk. Bagaimana dengan gaji ?

Alhamdullilah. aku cukup makan di sini.

Bukan niat untuk kompelin tapi niat hati tak puas hati lah dengan orang atasan. Sekarang aku tahu cara orang atasan berfikir. Mereka tidak akan mengurangkan produktiviti, mereka akan menambahkan produktiviti. Dengan cara bagaimana, profesionalisme orang lama yang akan menambahkan produktiviti, jadi bagilah mereka kerja yang lebih. Manakala yang baru, ajar lah mereka dengan sambil lewa. Jika mereka bertahan, dia kuat pada mental nya. Dan seterusnya produktiviti mereka akan bertambah kerana disiplin pada mental nya yang kuat sudah terbentuk. Dalam masa yang sama hanya orang yang berkualiti saja yang akan tinggal di organisasi tersebut.

Berbeza dengan organisasi kerajaan di mana semuanya akan tetap. Jadi jika sekali kamu dipilih, mungkin kamu bertuah kerana kamu akan berada di sana tetap. Jadi mungkin kamu akan begitu sekarang dan begitu 10 tahun hadapan nanti. contoh mungkin sudah ada, cuba perhatikan.

Sekarang aku rela menjadi yang berkualiti dan cuba berubah dalam masa ke semasa. Cuba untuk berubah dan mengubah diri dari hitam kepada putih, bengkok kepada lurus, negatif kepada positif dll. Walaupun aku terasa ditindas. Yang menindas juga manusia. Dan yang ditindas ( aku ) adalah manusia juga. Jadi ada cara untuk penyelesaian.

Insyaallah.

No comments: