HOME

HOBI DAN MARKET VALUE

WE DONT HAVE A TOWN DRUNK, WE ALL TAKE TURN
Cerita baju di atas ni memang banyak sekali. Mana tak nya, kalau diikutkan dah lebih 10 tahun aku pakai baju ni. 10 tahun yer OK ! dan aku masih pakai baju ini lagi. Aku masih ingat aku beli baju ni di Kedai Bundle Mat Skru di Sungai Besar. Ketika itu aku dalam tingkatan 2 sekolah SMK Sungai Besar. Bulan 2 @ Februari tahun 1998. Ini adalah baju bundle kedua yang aku beli. Sehingga hari ini aku masih pakai baju ini untuk tidur. Ya, ini adalah baju tidur aku.

Aihh, baju tidur pun nak cerita dekat blog ke bro ??

Ermm.. bukan baju tidur yang aku nak ceritakan sebenarnya. Ada dua cerita yang aku hendak cerita di sini. Market Value dan Hobi, itu adalah perkara yang hendak dirungkai.

Sedikit info tentang baju di atas. Ia adalah baju 3 kain, dari campuran cotton, polister dan rayon. Sumpah, aku tak tahu baju ini adalah baju 3 kain ketika aku beli 12 tahun yang lepas. Aku beli kerana baju ini lawa, kain lembut dan baju jenis ring. beli dengan harga yang murah RM5. Sekarang aku agak gemar menziarahi blog-blog baju bundle, jadi aku agak terkejut la dengan perubahan harga baju ini. Harga pasaran baju ini dikatakan boleh mencecah RM200.

Sumpah sekali lagi aku terkejut !!

Ini la yang dikatakan Market Value. Semakin lama sesuatu barang, semakin bernilai dan semakin ramai yang meminati. Antara kegilaan kaki-kaki bundle Malaysia ini adalah baju vintage dan kain 50/50. Simpan la baju ini jika terjumpa. Mungkin tahun 2020 ia akan naik 200 kali ganda

Bundle akan terus menjadi hobi. Aku akan terus menyelam untuk kepuasan diri sendiri sahaja. Lebih kurang macam kumpul setem la, korang kumpul korang simpan. Nanti dah 20 tahun setem hari ini akan jadi benda vintage.

haha simple. =)

1 comment:

BabyChomei said...

hoh..aku de je baju 3 kain tuh..tade sape pon nak baju aku?