HOME

KEJAM KEJAM KEJAM

Dulu Mona fendi... Lepas tu kes Altantuya... Ni sekarang Sosilawati dan partners.

Jika kes mona fendi dulu memang dah terang-terang dia yang salah. Dan dah selamat kena gantung. semoga rohnya di cucuri rahmat.

Kes Altantuya ni pun dulu saya dengar ada dalang besar punya jaga. Tetapi yang kena hukum pencacai yang buat kerja tu juga. Saya orang biasa ni tak tahu lah apa yang terjadi dengan Si polis tu sekarang. Tapi yang pasti dalang besar tu ada lagi. saya tak tahu siapa. Tetapi jika ikut logik pemikiran saya ni. Takkan lah pencacai nak buat kerja, jika boss tak bagi arahan.

betul ?

Kes yang terbaru Sosilawati n Partners. Ini antara yang dasyat juga ni. Sebabnya dia bakar 4 orang sekaligus. Bukan nye calang-calang orang. Jika 4 orang tu perempuan, tau la sebab lemah. Ini 3 orang lelaki !. Fuhh Jadi yang tangkap, pukul dan bunuh tu mesti lebih dari 5 orang.

Ok Seorang pegang Sosilawati, Seorang pegang Driver, Seorang pegang peguam, Seorang pegang pegawai bank. tapi takkan dorang tak melawan, mesti la melawan. Jadi datang lagi 4 orang pegang dorang semua tu. Jadi jika suspek tu 8 orang kira logik lah. Jika ada labih pun saya percaya. Jadi kudrat yang tangkap mereka ni mesti kuat.

Jika ada 2 orang tangkap saya, insyaallah 50% saya boleh lari dan lepaskan diri.

Ok lepas tu takkan suspek yang 8 orang ni buat kerja tanpa ada mastermind mereka. Macam yang korang tengok movie tu kan, yang buat kerja semua pencacai. Bos dia dekat office hisap curut. haa jadi si Pathmanabhan a/l Nalliannen hisap curut la di pejabat. Dan si adik dia ni doktor gigi Surrendren a/l Nalliannen. dia ni jadi supervisor. Dia datang last untuk ikat mangsa atau pun dia yang bunuh mangsa.

Selepas semua selesai supervisor ni balik office. hantar laporan dekat boss. Boss hisap sebatang curut lagi. Alang-alang dah bunuh lebih baik bakar sekali, biar tiada bukti. boss bagi arahan. Supervisor pun buat la. Dia akan ikut sebab abang dia dah ada duit berjuta-juta dalam akaun. sebagai adik dia mesti ikut cakap abang. nanti derhaka !

Dan si adik ni pun bagi arahan kepada pencacai nya untuk bakar semua mayat tu. Abu mayat tu buang dekat sungai. Arahan diterima. 4 orang pun dah boleh buat kerja tu. Dekat ladang sawit ni bakar-membakar memang senang.

Dalam masa yang sama polis tengok ada transaksi pada akaun sosilawati. Jadi secara tidak langsung b-party tu boleh membantu sisatan. Jadi daripada membantu sisatan terus jadi kepada suspek utama. Terus dapat membongkar dan merungkai kemana perginya sosilawati dan partners. S iap ada yang kata mereka pergi holiday lagi.

Si pencacai yang sudah sedia takut tu pun jika kena tangkap dengan polis, apa lagi terus mengaku saja la. sebab boss dia tak bagi tahu suruh jangan mengaku. Jika boss mereka sudah bagi tau jangan mengaku, mesti diorang tak mengaku punya. kan ?. Sebab tu mereka senang sangat mengaku.

Ok sekarang mari kita jadi pemerhatibebas, di sebabkan mastermind tu peguam. Mungkin dia boleh memutarbelitkan keadaan fakta. Dari A jadi B jadi C hingga ke Z. Dari ada bukti hingga hilang bukti. Jadi mari kita lihat apa akan jadi kepada mastermind tu lepas kes ni selesai. mungkin kena gantung, penjara seumur hidup, atau lepas begitu sahaja. Tapi yang pasti pencacai tu akan kena hukum.

Tahniah kepada Polis kerana dapat tangkap penjenayah kolar hitam dan kolar birunya sekali. Sekarang saya nak lihat keberkesanan pihak Perhakiman atau pihak peguam untuk menghakimi mereka. Bila Akta 302 kanun keseksaan semua nya mesti kena hukum bunuh juga. jadi rakyat Malaysia mahu justice sebab sudah bosan dengan kes jubor Anwar. Jika mastemind tu terlepas saya akan assume sistem perhakiman, belum telus sepenuhnya. Saya buat statement begitu kerana mastermind ada wang yang melampau.

AL - FATIHAH kepada Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsuddin , Noorhisham Mohammad dan Ahmad Kamil Abd Karim. Sedih kerana yang tidak bersalah pun menjadi mangsa keadaan.

No comments: