HOME

SUATU HARI DI AIDILFITRI

Selamat hari raya. ucapan untuk semua di luar sana ya !

Ok kali ni nak tanya korang Satu Malaysia.

Korang time raya ni korang tau tak ada satu aktiviti tu di panggil Bara'an ??

Apa itu bara'an ??

Mungkin dalam bahasa ia di panggil "berarak"



Bara'an ni tidak asing lagi bagi penduduk-penduduk Tanjung Karang , Sungai Besar , Sabak Bernam, Bagan Datoh dan lain-lain lagi. Tapi ada sesetengah tempat dipanggil Marhaban. ermm itu saya tidak pasti.

Ok. bara'an ni adalah aktiviti ziarah menziarahi antara satu rumah ke satu rumah pada Hari Raya Aidilfitri. Keunikan Bara'an ni ialah kerana ia di sertai dari semua ahli qariah sesuatu kampung itu. Jika satu qariah itu ada 40 rumah, maka 40 rumah akan diziarahi oleh ahli-ahli bara'an tersebut. Jadi secara tak langsung ada 40 orang akan ikut dalam aktiviti bara'an ini. Jika ada 2 orang satu rumah ?? haa tak ke 80 orang.. Lagi ramai, mesti la lagi meriah kan !

Kebiasaanya bara'an ini di buat pada hari raya pertama atau hari raya kedua kerana waktu itu masih ramai anak muda, saudara mara yang masih berada di kampung halaman. Sedikit sebanyak dapat lagi memeriahkan suasana hari raya dengan adanya majlis bara'an ini.

Tetapi ada juga sesetengah tempat yang buat aktiviti ini pada waktu malam, selepas solat Isyak, saya tidak pasti di kawasan mana. Tetapi niat asalnya adalah masih sama untuk ziarah-menziarahi, merapatkan silaturrahim, memohon maaf dan kepada kanak-kanak untuk dapat duit raya lah.

Ok. apa yang korang buat ketika bara'an tu ?

Kebiasaannya ada bacaan doa , selawat, takbir hari raya, ucapan dari tuan rumah dan juga ada jamuan makan yang disediakan oleh tuan rumah sendiri. Purata satu rumah dalam 10 hingga ke 15minit sahaja. tidak lah terlalu lama. Biasanya dalam 40 rumah boleh habis satu hari. Kalo 40 rumah makan lemang ?? haa puas la makan lemang. Tapi tak la 40 rumah buat makan lemang. Makanan mesti pelbagai, ada ketupat, pecal, bihun goreng, bihun sup, bakso, keropok, nugget, kuih muih dan macam-macam lagi.

Meriah. Ya memang meriah..

Secara tidak langsung, bara'an ini juga dapat mengurangkan aktiviti kanak-kanak beraya di depan TV, beraya dengan TV3 , Astro, beraya di sinema. Ternyata itu adalah aktiviti hari raya yang sia-sia. Jadi sesiapa yang baru tahu tentang bara'an ni boleh la mula dengan kecil-kecilan seperti ziarah ke rumah jiran-jiran, saudara mara dan sahabat handai. Siapa lagi nak start jika bukan anda.

Mesti hari raya anda lebih meriah. betul tak. ??

p/s = Alhamdullilah tahun ni dapat ikut bara'an di kampung aku. Penuh semua rumah aku naik. tak rugi aku MC hari raya kedua coz value hari raya kedua tak dapat di tukar dengan RM bro.. huhu

No comments: