HOME

1430H



Tuhan tolong la hambamu ini,,

terangila hatinya ini dengan kasih sayang mu. berkatilah segala apa yang aku lakukan. Moga tahun baru ini mendapat cahaya dari telunjuk mu.

amin..

ANNUAL DINNER

DISEMBER : Banyak syarikat di luar sana mengadakan annual dinner bagi syarikat mereka meraikan target untuk setahun yag lalu. TIDAK MAHU BERCAKAP BANYAK. Sebenarnya aku hanya mahu cerita tentang annual dinner VADS yang di adakan di Sunway Convention Center pada 16/DEC/2008.

Aku seperti biasa duduk memerhati gelagat orang. Agak terkejut juga la asal nya. Lelaki yang aku kenal bepakaian perempuan. VOGUE !

Tapi naluri ku tetap akan rebel aku tetap tidak suka dengan fenomena itu. Naluri aku yang bosan ini mengatakan apa penting semua ini, padahal aku kenal semua orang itu. Terus terang tujuan aku datang bukan untuk berseronok, tapi hanya untuk makan. Makan pada malam itu dihidangkan Chinese Dinner Set. Makanan yang sama ketika dinner x-office.

PONDAN/MAKNYAH/APONG/SOTONG

itu yang mahu aku katakan.

p/s : nanti akan disambung kerana tak cukup tools. :(

AYAH

Sudah sekian lama tidak update untuk pemerhatibebas. berbagai pengalaman aku lalui selama dua bulan ini. Semuanya lalui dengan tabah. Mungkin aku tidak mengupdate nya ketika aku melalui, tetapi aku akan tulis di sini.

19/NOV/2008 adalah tarikh yang aku akan ingati sampai bila-bila. Kembalinya ayah ku kerahmatullah. Di saat itu hanya air mata dan tangisan serta al-fatihah yang mampu ku luahkan. Semuanya sudah tertulis dan semuanya ku lalui dengan tabah.

18/NOV/2008 aku cuti. Mak aku telefon suruh aku balik rumah kampung kerana mengesyaki sesuatu kepada ayah ku. Aku yang pada mulanya malas hendak balik ke kampung kerana baru balik seminggu sebelum itu berkeras. Tapi hati ku mula berdetik kerana aku takut menyesal pada kemudiannya. Mak aku cakap " Ujang, balik la kampung, bapa cakap nafas nya tak sampai esok". Tanpa berlengah aku balik ke kampung dengan Hapiz yang kebetulan free pada waktu itu.

11.30pm setelah sampai ke rumah, aku tidak bercakap banyak. Aku tanya ayah ku bagaimana keadaan nya. Dan aku terus hantar nya ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah. Sabak Bernam. Sesampai di sana, ayah ku dimasukkan di wat kecemasan. Setelah dalam 2jam rawatan di wad kecemasan di masukkan semula di wad biasa. Aku bertanya kepada doktor. Apa sebenar penyakit ayah ku ? doktor cakap ayahku ada penyakit kuning yang teruk. Masyaallah,,, dulu aku pernah bertanya kepada doktor. Orang tu cakap ayah ku cuma kurang air dan kurang makan maka ia kurang tenaga. Kalau dia makan, dia akan sihat seperti biasa. Tetapi dia sakit, sudah semestinya dia tiada selera makan.

2.30am 19/NOV/2008 ayah ku mengalami masalah untuk membuang air kecil. Aku bantunya berkali-kali tetapi gagal. Aku melihat ayah ku seperti resah, resah yang tidak tahu kenapa sebab nya. Lalu aku cakap kepada nurse, Nurse memanggil doktor untuk memasang saluran kencing kepada ayah ku.

9.00am doktor datang untuk memeriksa keadaan pesakit. Bila turn ayah ku, aku bertanya berkali-kali apa yang sedang ayah aku hidapi. Jawapan nya sama. PENYAKIT KUNING YANG KRITIKAL. kenapa tidak bagi tahu kepada aku dari dulu lagi ? sedangkan sebelum ini ayah ku sudah berulang kali ke hospital tersebut. Ayah ku masih lagi boleh bercakap seperti sedia ada, walaupun tidak selancar waktu sihat nya.

9.10am doktor bertanya kepada ku, mungkin ayah kamu ni akan di bawa ke hospital Klang, dan aku bersetuju. Selepas mendapat persetujuan daripada ku, aku melihat semua orang tergesa-gesa dan aku melihat seorang nurse menjerit "EMERGENCY CALLING". aku terkejut!.

9.20am doktor dan nurse masih lagi bertungkus lumus menyelamatkan ayah ku, Aku yang tidak keruan ketika itu menghubungi saudara mara terdekat. Ketika itu aku rasa sesuatu akan terjadi, Jantung ku tidak berhenti-henti berdegup dengan laju nya. Memang aku berasa sangat takut ketika itu.

9.45am. Setelah 20minit berlalu, doktor datang kepada ku. "Fairuz, ayah awak ni otak dia dah tak berfungsi, cuma jantung nya saja yang masih berfungsi. Pada waktu sekarang ini kalu hantar di hospital mana pun semua tak terima". aku hanya membalas "buat la yang terbaik doktor".

10.00am. Aku tidak keruan seorang demi seorang saudara-mara ku menziarahi ku. Pada waktu akhir-akhir nya semua yang datang sedekahkan yasin kepada ayah ku, Aku pilu. Pada waktu itu aku tahu siapa saudara-mara ku. Sebelum ini aku ego dengan perangai ku yang tak mahu kenal apa itu persaudaraan. Yasin berulang-ulang kali dibacakan. Ayah ku sudah nazak.

6.00pm. Ayah ku semakin nazak. nadinya semakin berkurangan denyutan nya. Hanya kalimah Laillahailallah yang mampu ku bisik kepadanya.

8.15pm. Ayah ku telah disahkan meninggal dunia. Aku menangis sekuat-kuatnya,, Ya-allah, ampunilah dosa ayahku..

9.00pm. Jenazah ayah ku dibawa pulang. Aku dan saudara mara ku yang lain memandikan jenazah nya. Selesai memandikan nya. Beramai-ramai membacakan yasin. Dan aku serta-merta adik beradik ku bergelar anak yatim.

Satu malam kami bacakan yasin kepadanya. Aku terhutang budi kepada saudara-mara ku yang datang dari serata Malaysia. Semuanya aku hargai dan tak terbalas dengan kata-kata. Dan peristiwa itu betul-betul menginsafi aku.

10.00am 20/NOV/2008 Semua orang kampung datang kerumah ku. Semuanya mengucapkan takziah kepad ku dan keluarga. Sembahyang jenazah juga diadakan dirumahku.

11.00am Jenazah ayah ku dikebumikan. Alhamdulillah semuanya selasai. Hanya doa dan alfatihah yang disedekah kan sebagai bekalan nya.

Seterusnya di adakan kenduri selama 7 malam di rumah ku. Dan aku sebagai yang sulong mesti bertanggungjawab keatas semuanya. Semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang menungu 40hari untuk mengadakan kenduri arwah sekali lagi.

sesiapa yang membaca ini sedekah kan lah al-fatihah kepada ayah ku

MOHD MOHYI BIN OMAR - al-fatihah...


IDEA SUNGGUH MENARIK

Haha.. faham-faham sendiri sesiapa yang terasa...
Jika gambar ini diletak di dalam tandas lelaki, mesti ramai lelaki yang tersengih ketika membuang air. Mungkin ada sesetengah yang tidak mahu berfikir dan buang air dengan laju-laju dan keluar dan keluar dengan cepat kerana makan dalam dengan gambar ini. Aku tahu benda ini tidak menimbulkan masalah kepada wanita, tetapi pada lelaki adalah sesuatu yang perlu diusahakan untuk menjadi lebih gagah. Jika tidak pada saiz mungkin pada pengendalian. Aku sendiri masih lagi belum mengalaminya. haha. malu nya. Hati aku meluap-luap untuk cuba. Tapi masih belum berkesampaian. Ok kita kembali, dari apa yang aku baca, saiz tidak penting. Hanya pengendalian saja yang penting. Jadi kepada lelaki jaga lah pemanduan anda...
Have a nice day...

HOW TO KNOT A TIE

Sekarang aku nak pakai tie begini di tempat kerja. Mungkin lebih style. Haha.


Kalau begini ?? over la pulak..


Kalau begini ?? best la juga kan..


Apa-apa pun kamu memang cantek. :p

HARI MINGGU DATANG LAGI

SABTU

Hari yang menghiburkan rasa. Sebenarnya aku hanya ingin melihat POH dan ingin berjumpa Mikie dan Kurie dan hajat tidak kesampaian untuk melihat POH. Aku terlepas dan aku hanya duduk sahaja ditepi melihat anak-anak muda berdansa. Sesekali berjalan ke mosh-pit dan aku ternampak sesuatu yang pelik. Seoarang remaja memakai helmet putih di tengah crowd. Oh betul-betul cool aku tengok dia. terkinja-kinja sambil jari mencucuk langit melayan MUH. sempat aku ambil gambar bersamanya.

AHAD

Blur - Pada mulanya adalah seperti biasa pergi makan besar di Kg Baru. Umm makan sedap-sedap lepas tu pergi Kl Central hantar siapa ntah nama budak tu. Lepas tu, sekali lagi blur. Kemana arah nak tuju ni ?? Tak pe, Isi minyak je dulu. Ok minyak dah isi, sekarang kita pergi jalan-jalan. Mula-mula nak pergi PD.

Tapi tak jadi.
Si A : "Weh, aku tak ada duit la nak isi minyak."
Si S : "ak ala ko ni, potong la. jom la."
Si U : "Tak pe kita pegi mandi air terjun, Sungai congkak ke Sungai Gabai ke ?"
Si S : "OK ! set."
Si A : "Tapi jauh la weh."
Si U : "Ko ni memang banyak hal la, jom je lah."
Si S : "Lets go !"

Wow. spontan.

BUNGA INI ADALAH DIA

umpanya sahaja...

Semalam aku berasa bahagia. Terasa melepas rindu. Sudah lama aku tidak berjumpa bersamanya. Bila sesekali berjumpa, luangkan waktu bersama. Aku berasa bahagia sekali. Ini bukan bermakna aku jatuh cinta. Mungkin aku jatuh hati padanya dengan kelembutan, tawa, simpul malunya. Doakan aku akan bersamanya.

Semestinya bukan seperti di bawah....

SUSAH DAN SENANG


Sekali lagi aku berasa keseorangan. Terasa kosong walaupun ramai di sekelilingku. Mana pergi teman-teman ku semua ? Hilang lagi kali ini. Arghh.. Biarlah aku seorang lagi. Apa perlu kamu semua. Bikin susah sama aku saja. Menyusahkan aku sahaja. Apakah aku akan senang selamanya ? Persoalan lagi ini. Benci aku ini. Yang sebenarnya aku. Tidak mahu. menyusahkan dan disusahkan

BOSAN !


Selepas hari raya ini aku bersemangat untuk mengupdate blog ini dengan harapan untuk meletak gambar-gambar hari raya. Tapi bila aku nak update mengapa sudah 3 hari belum lagi update apa yang aku post ? Dan aku fed-up aku akan buat blog yang lain dan aku aku publish kepada masyarakat antarabangsa, kerana blog ini lebih kepada personal blog. Tulis & Baca. Dan aku mula sakit hati di hari raya di sebabkan dengan Blogger. Dan aku malas nak update picture ! huh

SELAMAT HARI RAYA

Tahun ini aku beraya di ofis, Sesuatu yang baru bagi aku. berbaju melayu di ofis, makan kuih, rendang di ofis bersama rakan sejawat sedikit sebanyak melupakan kemeriahan beraya di kampung halaman. Aku sudah dewasa. Ya ! Sebelum ini, aku sanggup melakukan apa saja asalkan aku akan balik ke kampung untuk berhari-raya. Tapi berbeza dengan tahun ini kerana aku sanggup meninggalkan kampung untuk berhari raya. Menunjukkan yang aku lebih mementingkan tanggungjwab di sini. Di ofis semuanya seperti sedia ada. Balik ke kampung ? Ya, aku akan balik ke kampung pada raya ke 3 dan ke 4 untuk beraya di sana. Kepada semua datang la beraya di kampung halaman ku. Beraya di bandar semestinya tidak menyeronokkan.

BIARLAH PANAS SEHINGGA HITAM

240908 mungkin hari keramat bagi aku. Mungkin hari ini hari luck aku. Hah ye ke ? Setelah aku bertungkus ke sana ke mari dan akhirnye aku dapat apa yang aku kehendaki. Cuma sekarang ini aku hanya perlu menjaga nya denagn sebaik mungkin. Pada hari itu aku telah keluar savvy hijau WNK 8763
dan satu lagi yang aku berasa seronok aku dapat sambung contract selama 3 tahun di tempat kerja ku. walaupun ramai kawan batch aku yang sudah tidak mahu kerja di sini tapi aku seronok kerja di sini... Wat ever.. saya mahu saja kerja di sini kerana sekarang aku sudah ada tanggungjawab.. good luck ujang.. :)

OHH BASIKAL TUA...

Semenjak ini aku selalu melayari web blog fashion. Ini yang aku tertarik melihat sesetengah orang berfashion dan berbasikal. Ohh in Malaysia someday. Saya mahu jumpa ia atau saya yang lakukannya. nice =)

SELAMAT BERBUKA PUASA

Kepada semua umat yang berpuasa selamat berbuka puasa aku ucapkan. Tapi yang tidak puasa harap maaf. Hah. Aku pun tidak berpuasa hari ini sebab tidak dapt menahan nafsu ku. Aku gagal pada puasa ke empat. Emm tapi aku senyap je wat tak tau. Memang aku begini hipokrit. Menipu diri sendiri. Semua orang ingat aku puasa, Tetapi aku dah makan nasi beli di kedai mamak. RM5. Dan langsung aku tertido. Tetiba, aku tersedar seorang yang ladyboy datang kepada ku menunjukkan kumis nya yang tumbuh merata. bertanya kepada ku.kenapa kumis nya lebat. Muka nya penuh bulu. HUH aku terjaga. aku bermimpi pondan rupanya. Haih terus ake send sms pada dia. "Awak nanti kejut saya kul 3.30 ya". Dan singgah di pasar Ramadhan.. Nyumm

Tetapi... hakikat nya aku berbuka di Ofis dengan kuew tiaw goreng dan air soya. emm sedih.. alhamdullilah.. ;)
ini juga di hati.

KEMERDEKAAN

Sempena bulan kemerdekaan. Aku mahu bertanya siapa yang sedar tentang erti kemerdekaan di kalangan muda-mudi. Hanya parti dan pesta muda-mudi sahaja yang diadakan. Apa yang mahu di ingati ? Hanya dikala Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengalukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957.Hanya itu saja yang diingati. Dan malam merdeka menjadi satu sejarah yang tidak mungkin dilupai. Malam sejarah oleh muda-mudi. Malam untuk meluaskan pengalaman di jalanan. Itulah malam merdeka.seronok ! Ingat lah sedikit sebanyak apa yang terjadi sebelum ini. cuba berfikir mana pergi hala tuju kita semua ini. semuanya hilang dimamah 51 tahun. Ingat sementara semuanya masih ada lagi. Sementara semuanya masih di Malaysia. :)

NOW AND EVER ......

Setelah selama sebulan menyepikan diri. Mengkaji tengtang hal-hal dalaman manusia aku berfikir untuk bertukar arah mengubah blog ini menjadi lebih reasonable dan lebih trendy. Tidak terlalu personal di mana hanya ada luahan hati cuma aku sahaja yang paham. Mungkin lebih user friendly. Dengan kegilaan kebendaan aku akan tunjukkan di sini. TQ Sekarang aku gilakan ini : * bundle ( since 2000 ) * collection bag/old shoes/branded clothing /RayBan * Bicycle * Paris/Italy/London * Model

Apabila Si Dia Menangis Tatkala pemergian Mu.

Aku masih lagi tak dapat menerimanya, aku dapat merasakan sesuatu dari air mata nya. adakah tangisan itu ikhlas atau fake aku masih tak dapat lupakan bila dia katakan sesuatu yang kesannya sering kali berputar-putar di ingatan ku. Di kala aku memerlukannya, si dia pergi. semuanya sudah di jangka. Penyampaian nya ku ragu di situ ku tahu semuanya. Sebelum semuanya terlambat. aku mengalah dahulu. katanya dia tidak mahu ada yang terluka tapi aku tahu mesti ini akhirnya, lalu ku berhijrah mencari noktah. Currently, saya sangat suka melihat blog street fashion. model igauan aku adalah di bawah. mungkin aku akan tukar penulisan dari emosi ke fakta atau blog fashion jalanan. dan masih dalam pembelajaran.

Maaf Dipinta Seribu Bahasa

Mengapa sekarang aku menjadi tidak menentu ? dari dulu atau semenjak ini, aku tidak mengetahui apa yang terjadi. Mungkin kerana azali lagi aku begini. Aku tiada petunjuk yang boleh menyuloh ku ke hadapan, semuanya berjalan sendiri. dengan tapak kaki ini aku berjalan, jatuh, lari. Dengan tangan ini semua bukti dosa, pahala. Aku sedar yang berat hanya dosa. Hari ini aku rasa begini lagi ankara sebuah perhubungan yang tak tahu mana usul nya. semua membuat aku jadi begini. mungkin hanya seketika ini sementara mencari pengganti. Lebih komited aku lebih menjadi begini. Tapi kenapa dia layan aku begitu. Hanya untuk meluangkan masanya, melepaskan dendam nya, perasaan palsu nya. bila semua otak tahu semua palsu. fikiran membelenggu. Otak syaitan sekarang menguasai diri. Apa sekarang mahu di buat ? Mahu ikut kata hati, nafsu, akal atau iman ? semuanya tanda soal. Otak ku pasti memikirkan kata hati. Hati aku buta. Siapa mahu membimbing ku. Itulah yang ku cari, seorang pembimbing san aku mahu berjalan bersama mu. mendorong ku. Tapi si dia tak mahu. Dan aku terkedu. Sekali lagi aku terjatuh. kali ini emosi aku terjatuh. Haaa TOLONGG ! Siapa lagi bergini. tolong aku.. aku mahu share semua ini. sekarang ni aku sedar semuanya lari dari ku. semua lari. memang nampak happy tapi hati siapa yang tahu. aktiviti ! ya ia cara yang bernas, melalui kawan. tapi semua kawan hilang. I,m lost in transaction. alone in a thousand faces. wtf. apa semua ini. seperti yang di tulis. aku hanya mahu penunjuk arah. pembimbing. YANG ESA tolong lah aku. aku terasa keseorangan sekarang ini. bukan nak meminta-minta. ini hakiki.
Bagaimana jika aku seorang nelayan ? aku akan panas, bukan kerana matahari tapi kerana minyak. minyak panas.
INGAT LAH, KITA SEMUA MASIH DALAM PERJALAN KE AZALI.
INGAT LAH ASAL-USUL MU

listening : KONSPIRASI = POH
Buatan jadian semulajadi Liku-liku haluan besar menara bukit hijau-hijauan sifat sejati haiwan berduri Laluan itu depresi Janda duda ekspresi 9 bulan 270 hari kesana-sini Di bungkus elok akhirnya mati si putih bersih tak terperi durjana, nafsu punca hakiki Kotor mata itu, lihat pondok itu tukar dengan batu, tarah yang usang mata rambang datang membawa masa hadapan dan janji dibentang semua terlopong dan tecengang !! tinggi sama taraf perut engkau kembang hati kepala akal hitam pandang aku bawah taraf SIAPA KAMU INI ?? pemimpin dunia ke 3 ?? Ahh sesat lagi kali ini masuk ke kiri semua ku lalu, mahu kembali mencari arah tadi tetapi aku.... terus ke kiri.

Publikasi Hati

Aku cuba untuk mengeksploit. Cuba untuk memerangkap diri. Menangkap sipulan eksploitasi. Melihatnya bergelejat. Cara buatan hipokrit. Diam ku kerdil. Datang ke pulau itu. Ramai sesama nya. Bergelejat bergembira, hala tuju mana, musim sama saja. Apa sebenarnya di sana. Pulau itu cara mereka. Pergi semula semalam, sama saja apa kelebihan. Aku kembali ke pulau, berdiri kebingungan, hala tuju sudah di suai. Purba kembali ke zaman. Cuma itu hari ini. Mungkin itu hadapan, semalam, tapi ia sama. Apa kelebihannya; sama. Bila melihat haiwan. Ada lagi kasih diantaranya. Mungkin monolognya ganas. Sifatnya sama. Bila melihat diri, monolognya suci hakikat sebaliknya. Ahh apa yang ada? Lalu ku lari mencari kasih. Masa yang belum tiba. aku berhenti. Tekad mengetahui kemahuan apa yang dimahu. Masih mencari. Hanya pada-Nya aku berserah. Kutahu kekerdilan ku di fana sementara ini. Sshhh,, lalu ku diam. Kembali ke pulau itu. Indah nya fenomena sementara. Lupa dengan keindahan ini. ada yang terindah lagi dihadapan. Lalu ku eratkan genggaman ini, mencari siapa di hadapan itu. Tapi aku masih lupa ! siapakah dia itu dan siapakah dia ini. kembali lah keasal mu. jangan lah alpa dengan keadaan mu.

PELUH SI BURUH ITU MUNGKIN SEDAP JIKA DIBANDINGKAN DENGAN BAU PELUH MU. ( walau kamu tidak berpeluh )




Melihat tajuk di atas menunjukan sesebuah emosi pemberontak. Melepaskan sebuah tekanan. Menghembuskan tekanan nafas. Mungkin tidak sesegar dulu. nasibnya yang baik tidak semesti hatinya suci. melihat mukanya yang kusam mungkin itu sesebuah pengorbanan. Jika sesebuah pengorbanan itu dieksploitasi adakah kamu akan kembali berkorban ? mungkin cukup untuk sekali. Mungkin ini permulaan untuk berkali-kali. melihat situasi bergini, aku kesedihan. Menangis. Masam mukanya melihat air mata lalu dikerahnya untuk sekali lagi. Inilah permulaan nya. Ia pun sedar, lalu mengambil jalan untuk beredar. Inilah yang sebenar, inilah dia fana, dan inilah dia dunia. Penindasan = sesuatu yang tidak akan hilang. Kasih - sayang = mungkin akan hilang, lenyap di bumi. Semuanya sudah tertulis dan hanya waktu yang menentukan. aku sendiri tidak tahu dimana kasih sayang sebenarnya,hanya kekerasan yang menghantui ku. kekejaman yang mendewasakan ku. dan menyelinap di sanubari ku.Ketika aku mahu lari, mahu mencari di mana itu kasih-sayang. Ia datang lagi menghatui ku.Sesekali aku terfikir di mana tempat yang sesuai untuk berpijak sebenarnya. aku puas melihat kekejaman ini. Aku sudah karat dengan cerita semua ini. Hak asasi di jual beli. Orang menjadi murah-murahan.Maruah di sedekahkan. Jahil dibangga-bangga. Muak. Aku Muak. Mungkin kehijauan itu ketenangan. Daun-daun itu keamanan untuk melambai sebuah kegembiraan. Leka ku diuruti oleh angin-angin yang nyaman. Ya, aku selalu mengimpikan nya. Aku mahu berada di sana. Melihat senyuman si nenek dan atuk. mengembirakan. Hiruk pikuk sungai mengalir. Ohh bahagianya.. berpeluh mencari sesuap nasi yang tidak seberapa, manusia menjadi lupa. alpa. Sanggup menjadi tuhan dengan darjat yang tak seberapa. Ya, aku kalah dalam situasi ini. Dan ada yang sanggup menjadi malaikat dengan menurut segala arahan nya. walaupun ia terbalik dengan dokma mu. Sakit aku dengan dunia ini.mungkin situasi sebenarku belum sampai. Ia dalam perjalanan. ya dalam perjalanan sebenar.

Adakah diam itu ketika kita mati sahaja ? fikirkanlah...

Duduk di kerusi, di depan PC, pejamkan mata sebentar. Mungkin anda akan hilang sebentar. Berenang di lautan kamu, tak tahu kemana. Bila kerusi di gerakan, dan kamu akan gementar serupa tiada di dunia. Mungkin di neraka.Minda bergelora memikirkan kamu yang kemana. Siapa yang berani menggerakan kerusi empuk ku ini ? Biadap kamu. Kalau saya tanya kamu, boleh kah kamu menjawab dengan ikhlas ? Bolehkah kamu diam sebentar? Saya sakit la.Tolong lah dengar dan lakukan apa yang ku katakan ini. Hanya suatu perbuatan mudah. SENYAP sebentar. Aku penatlah melayan karenah mu. Aku penat la melayan nafsu mu. kalau ku tahu kamu begitu. Aku tak akan masukkan kamu di dalam separuh hidupku.melihat mukanya yang berpipi tembam dan bermata kuyu, aku berasa kesal kerana melakukan sedemikian kepadanya. Tapi, sekali ini sahaja ya, tolong lah jaga perasaan ku. Aku sudah tak tahan melayan karenah ortodoks mu. Adakah kamu seorang yang pelupa ? Eh tak lah. Aku ingat lagi dulu sewaktu kecil, kita bermain bersama, pegi sekolah bersama. Lepak bersama. Kau yang mengajar aku banyak perkara positif. Kesemuanya masih ku ingat lagi. Tapi apa kena mengenanya dengan sekarang ? adakah kau perlu ? aku tak ingat la kau sekarang. Ish muka kau pun dah berubah. Hey ! pergilah kau. Apa kena mengenanya kedua di atas ? aku tidak mengerti. Ianya adalah dua perkara yang menghantui pemikiran ku. Tentang seorang yang tiada maknanya dan ianya datang kepada ku. Pandai berbicara. Mulut manis. Tapi apakah yang dia mahu sebenarnya. Adakah dia ikhlas ? Aku hanya mahu ikhlas. Aku hanya tidak ikhlas tentang kerja dan duit. Maaf. Adakah berkawan itu ikhlas ? ya, ikhlas berkawan. Kamu tidak akan kepura-puraan bila ikhlas. Bila kepura-puraan, semuanya tidak lama. Akan terkandas di tengah jalan. Sesuatu akan hilang dari perhubungan. Itulah dia tidak keikhlasan. keihlasan akan juga menjadi fenomena. Biarkan. Menekankan keihklasan. Tema ku. Aku teruk. Aku Busuk. Aku Buruk. Semua adalah aku. Jadi kamu apa ? Mungkin kamu sebaliknya. Aku tidak tahu apa-apa tentang kamu. Jangan mempedulikan ku. Aku tak mahu menjadi orang-orangan seperti kamu. Melalak terpekik. Tapi mana hala mu. Aku tiada kuasa menunjukkan jalan mu. Membetulkan mu. Aku juga rosak. Jangan ikut ku lagi. tolong. Aku berlari, lari dari semua. Eh tapi kemana ya ? Akhirnya aku kembali ke situ juga. Dan aku masih lagi berjumpa dengannya. mendengar segala cerita egonya. Aku menunduk tanda mengalah. Memandang keatas berfikir. Adakah kau sedar atau masih berada di dunia mu. Kerana mu aku hilang punca. Sifat mu aku hilang arah. Mungkin kamu akan sedar sendiri. Bila semua ini sedah kamu lalui. Kenapa aku tidak mampu petah seperti mu ya ? Aku sedari, idea tidak datang dari mulut ku. Mungkin ia boleh diadaptasi di entri ini. Jadi aku hanya petah disini. Hakikat aku bisu diam membisu. Ha tolong lah. Aku tidak mahu menjadi perwira mu. Gagah perkasa seperti suria. Biar lah aku disini menjadi diri sendiri. Biarkan aku menulis ini. Jangan mengata karena membaca ini. Sssyyyy.....

hilang mood

Setelah separuh apa yang ditaip hilang tetiba, arghh black out. tanpa save. arghh terus aku takde mood untuk menulis. next time yah

mari berjalan-jalan

27-01-08 Trip ke Melaka. wuweee.. menyeronokan dan memenatkan. puas ! itu yang ku mahu. di bawah adalah tinggalan dari hari itu.

bila

bulan yang sungguh sibuk penat, sakit badan argghh tolong.. tapi best.. semua sedang menuju ke puncak. tiada apa.