HOME

Sebuah Perjalanan Si Perancang



Lihat posting di bawah aku sedar segala apa yang dirancang. Jadi untuk itu belajar untuk ada rancangan kedua, ketiga supaya ada back-up di belakang anda.



Begini, 20/03/2010 kebetulan aku balik ke kampung sebentar untuk pergi kenduri rumah sahabat ku Ooi. Pukul 7 pagi aku bergerak dari Damansara ke Sungai Besar. Dalam 2 jam aku sampai di sana. Rancangannya aku hendak balik kampung sebentar saja sebab hendak menjalankan kerja part-time kegemaran ku di Taman Tasik Perdana ( link Taman ). Ok macam biasa aku akan set dalam mind-set sebab semua rancangan aku adalah yang terbaik dalam pemikiran ku. Pukul 10am pergi kenduri, makan, sedap, jumpa pengantin, OMG baru bangun tido. ha ha. balik. Dapat satu panggilan dari adik ku. " Bang kereta ko eksiden ni kat depan Puspakom Teluk Intan ". berderau darah aku sekejap. Alhamdulillah aku berada di kampung ketika itu. Boleh aku selesaikan semua. " Ok, aku datang sana "Aku balas. Aku tanya adik aku cerita A to Z. ok kereta aku kena langgar dari belakang. Aku terfikir, Mesti orang tu yang salah.

Jadi kesimpulannya segala rancangan aku musnah. Jadi kerja part-time aku masih lagi sangsi. Dan sesungguhnya aku adalah kerdil ketika itu kerana semua perancangan telah dipotong oleh Nya. Mungkin ada hikmah,. Aku redha.

Sampai di tempat kejadian, ada 3 buah lori tunda dekat dengan aku. Aku punya rimas semua aku tolak. Aku lihat kereta, teruk juga ni, mesti aku nak claim dari si muallaf yang langgar kereta aku.. Aku telefon Abang Shahrom, aku punya dealer insurance. OK. dia cakap jangan bagi tarik kerana semua tu penipu. Yess memang aku percaya.

Aku buat report polis. Aku punya special lori tunda datang dari PJ ke IPD Hilir Perak. Ambil kereta aku bawa bengkel di Segambut.

Seterusnya - proses per-claiman .

No comments: